Konco - Konco

Thursday, September 13, 2012

Tribute to Haze : Road to Cardiff


Trututut!! Trututut! (bunyi telepon)

Am: Hello..


Ash: Hello Am, bizi tak?

Am: biase je, tgh standby slide meeting

Ash:
nak mintak tolong bleh?


Am:
apa?


Ash:
lupe esk last day untuk Haze kan? tolong lukih gambo leh x?


Am:
Glup!..tgk lar..nanti nak try

aku memang suka melukis (sebenarnya 'conteng' bkn lukis) time2 bosan. Aku conteng2 ikut suke ati aku. Tapi aku bukan pandai melukis mcm kawan aku Danial Haikal or orang lain. So bile tetibe arini opismate mintak tolong lukis..aku cuak!


sebab?

sorang staff unit aku akan fly ke UK untuk sambung study so aku kene lukis gambar semua ahli unit aku. Kirenye wat cenderahati kat dia la ni. So contenglah aku...



#1: Sesi pinjam-meminjam

Ini apparatus2 yang aku gunakan.
a) Pensel 2B dan Sharpener - aku pinjam member aku punyer (Shafi)
b) Pen Artline200 - pinjam Ash punyer
c) Pemadam - amik Aza punyer
d) Pilot 'SignPen' - yang ni je aku punye. Aku gunakan untuk sign dokumen sebenarnya.

Kenapa semua benda nak pinjam? sebab aku jenis suke hilangkan barang. Xpernah kekal lama.
so macam biase..aku mula dgn sesi sketching2. (sambil blur dan xtau nak buat caner)



#2: Cari idea..


Lukis2 dan jadilar camni. Aku rasa malu betol nak emel kat Ash. Dalam ati aku pikir mesti dia kata "ek eleh..cani jek. Buang masa aku jek mintak". 


#3 Dah siap! Buruk btol! Teke mana 1 gambo aku

Done!. 6.23 petang (aku balik lambat sket, buat menda ni) aku emel kat Ash. (Dia da lama balik). Dan.. pagi ini aku bukak emel dapat emel dari dia. Gambar smalam selepas di'kaler'kan oleh Ash.
TERBAEKK!!! (terbaik maksud aku bile dia kaler..bkn puji lukisan haku ye)

 Ini yang aku nak kongsikan sebenarnya. Lawo betel Ash kaler!! (bagi aku..ia lawo)


#4 Finale. Katanya kaler pakai Adobe Photshop. Aku xreti T__T

Itu je. Bukan niat nak menunjuk tapi berkongsi apa yang aku conteng (1st time) dan Ash touch-up. Huhu.



Maro said: "All da best Haze. Selamat berjuang di Cardiff nanti. Mai jersey Cardiff selai!!"

Monday, September 10, 2012

Next Prime Minister of Malaysia


Whether they will be the next Prime Minister of Malaysia or not.. we dont know. Nothing impossible right. Hehe

Next Malaysian PM?





watever it is.. proud to be MALAYSIAN!!!




Maro said: There's only one Malaysia in the world, love it wholeheartedly :)

Wednesday, September 5, 2012

Road To RVP!

Akhirnya. Sah RVP milik MUFC.
Satu keputusan yang pastinya mengecewakan beberapa kelab termuka dunia yang berhasrat untuk mendapatkan penyerang profilik Belanda ini. Huhu.

Sejujurnya masa RVP men dengan Feyenoord dulu lagi aku minat ngn cara mamat ni main. Pastu bila dia join Arsenal FC, aku masih folo dia. Sebab dia hebat! Ramai kata dia mata duitan coz keluar dari Gunners tapi bagi aku, sehebat mana or seberapa byk gol anda jaring sekalipun...kalo bermusim2 tanpa sebarang piala...is that worth it? tak kan..

So post kali ni aku nk ulas sikit ura2, isu2 perjalanan RVP yang aku kata Road To RVP tadi. Ini antara kelab2 yang pernah usya mamat ni.





Memula keluar isu RVP nak blah dari Gunners, Tottenham ada tunjukkan minat nak dapatkan RVP. Tapi Gunners mungkin xnak ulang kes jual Sol Campbel dulu.


RVP in Toffes Kit


Sejak akhir2 ini Gunners dah macam pembekal pemain kepada Man City kan. (Apa2 pun aku tetap rasa simpati kat depa sebab terpaksa lepaskan sorang2 star mereka. Dah star mereka xnak stay situ). Duit banyak..nak sapa pun boleh. Tapi atas nak ke tak la jugak kan (pemain itu). Tapi...RVP tak join pun team ni. So, sapa kata dia mata duitan? Huh? huh?  Tapi aku akui, team ni men best sekarang.


RVP in The Citizen Kit


Nak jugaakk. hehe. Dengar kata juara Itali ini pernah buat lawak menawarkan £ 8 juta untuk dapatkan RVP. Cantik sgt. Hoho. Season lepas mereka jadi juara Serie A dengan rekod tanpa kalah. Hebat!

RVP in The Zebra Kit



Sapa xnak men dgn team power kan. Xleh dinafikan (walaupun kalah liga season lepas), team ni memang terbaik dunia buat masa ini. Join Barca, RVP hampir pasti akan memenangi trofi yang didambakan selama ini. Cesc Febregas xsampai 10 match main dah kucup 1 piala. huhu

RVP in Catalan Kit


Join kelab ini (hasil pemerhatian aku) ada baik dan buruknya buat pemain bola sepak dunia. Kalo nasib anda baik, ia menjadi. Kalo nasib kurang baik, anda rugi. Contoh: Owen (legend kat Liverpool tetibe pergi sana, apa jadi lepas tu?), Kaka (wira kat AC Milan..skarang?). Itu bagi aku contoh yang kurang bernasib baik. Yang pergi dikira menjadi ada la macam Beckham, C.Ronaldo, Nistelrooy (tapi sayang cz injured..skarang xmain daa). Steve Mcmanaman??. Tapi sapa masuk sini, reputasi memang hebat la. Kalo lepas2 ni main ngn Pahang FC pun, orang kata "Pahang amik bekas pemain Real". hehe ("kalau")


RVP in The Galacticos Kit



Anelka dan Drogba da blah. Tinggal Torres sengsorang. Dah nampak menjadi semula selepas kemarau panjang. Tak mustahil RVP pergi situ selaku Juara Eropah dan kelab kaya. Tapi tak! RVP tak pergi..

RVP in The Blues Kit

Kelab Perancis yang mula menyinar di Eropah (sejak akhir2 ini). Duit banyak..diurus oleh Carlo Ancelotti dan ghairah membeli pemain2 ternama masakini seperti Zlatan Ibrahimovic, Ezequiel Lavezzi dll.

RVP in PSG Kit

Kalo betullah duit yang menjadi sasaran RVP. Dia patut masuk club Russia neh yang terbukti menawarkan gaji tahap gaban kepada pemainnya. Tengok Samuel Eto'o! (antara pemain bergaji paling mahal di dunia..brpa juta ntah seminggu. Ayarkh!!! (Kalo aku dapat, langsai terus utang PTPTN aku). Tapi join club neh boleh jadi Juara Eropah la. haha (ketawa sinis)


RVP in Anzhi Kit


Tak kira la korang pernah dengar kelab mana sekalipun yang try pancing RVP (kot2 ada lagi yang aku xlist kan dalam post ni)...yang pasti RVP skarang sah milik Red Devils. Malah dah mula tunjuk taring (ada taring ke?) dengan menjaringkan hatrik dalam perlawanan ketiganya. 4 gol dalam 3 perlawanan utama. Not bad!


RVP in Red Devils Kit



Maro said: "Menunggu Amri Yahyah atau memana anak Malaysia join Fenerbahce (contoh kelab Eropah)"



Thursday, August 16, 2012

Salam AidilFitri 1433H


Assalamualaikum.
Dikesempatan ini, kususun 10 jari memohon kemaafan kepada semua yang mengenali andai kata terdapat salah dan silap sepanjang kita bersahabat, berkerjasama dan apajua urusan sekalipun. Mohon ampun dan maaf atas segalanya. 

Semoga AidilFitri kali ini disambut dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tersayang dan moga semua selamat sepanjang perjalanan.


Salam  Aidilfitri   
Maaf Zahir & Batin

maro said: "Kosong-kosong....."

Monday, August 6, 2012

Air Mata Juara - LCW

Tewasnya seorang juara. Prospek emas Malaysia pada Olimpik 2012 akhirnya tewas kepada musuh tradisi, Lin Dan, 21-15, 10-21, 19-21.


LCW telah melakukan segala yang termampu tapi ternyata Lin Dan berada dalam kelas tersendiri yang tidak ada pada kebanyakan pemain handalan badminton dunia lain.


Air mata kekecewaan.



Apa2 sekalipun, sekalung tahniah buat LCW diatas kesungguhan anda. Adat perlawanan. Kami tahu berat beban yang anda pikul.


Maro said: "Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Malaysia akan dapat emas pertama hari ini bila Datuk Nicol Ann David turun gelanggang. Ngee..kenapa??? xpercaya ker????

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers