Selamat Menyambut Tahun Baru 2011!!!
Huhu..agak terlambat untuk aku postkan mesej ini. Almaklumlah masuk tahun baru means aku pelbagai urusan dan agenda yang telah direncanakan mula bergerak ke fasa pelaksanaan semula.
Tapi xpe, aku nak jerit SELAMAT TAHUN BARU!!!!
Alhamdulillah masih diberi kesempatan terus hidup di alam fana ini. Alam persinggahan sementara bagi semua makhluk Allah. Oleh itu, aku sedar aku harus pergunakan sebaik2nya sebagai bekalan di masa itu.
Aku doakan moga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Tahun yang memberikan kebahagian hidup, keberkatan, kenikmatan, kesihatan, keselamatan dan kejayaan buat aku, keluargaku dan semua sekali. Moga masih dipanjangkan umur buat semua dan mencapai cita2 hidup masing2.
Ma dan abah!
Moga panjang umur, murah rezeki dan terus diberikan kesihatan.
Buat adikku Anuar... all da best! Semoga mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tempoh hari. Cabaran selepas ini adalah lebih sukar untuk ditempuhi dan semoga menjadi insan berjaya dunia akhirat. Yang lain...sama, moga2 perancangan kita selari dengan perancangan Allah S.W.T..
Maro says: "Hidup ini hanya sekali, gunakanlah peluang ini sebaik2nya"..
No comments:
Post a Comment