Konco - Konco

Tuesday, October 25, 2011

Don't Pish Me!!

Anda pengguna perbankan internet? Kad kredit?
Pernahkan anda menerima panggilan daripada pihak tidak dikenali yang meminta maklumat peribadi anda? Hati2..

Sama ada anda sedari atau tidak, pada bulan Jun yang lalu negara kita telah dikejutkan dengan ancaman kumpulan penggodam antarabangsa yang menggelarkan diri sebagai 'Anonymous' (nama ntah pape). Kononnya kumpulan ini bertindak untuk menggodam laman Portal malaysia.gov.my.

Menurut laporan akhbar2 tempatan, ancaman godaman laman web malaysia.gov.my adalah cetusan tindak balas pengguna internet berikutan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses kepada lebih 10 halaman perkongsian fail yang popular dengan alasan perkongsian fail berhak cipta dan melanggar akta hak cipta tempatan. (Ini tiada kaitan block FB kat opis aku).

pelbagai langkah keselamatan telah diambil bagi menghalang kejadian tersebut berlaku. Walaupun ancaman tersebut berjaya diatasi, banyak lagi insiden-insiden lain yang memang benar2 berlaku dan perlu diberi perhatian.

Insiden keselamatan siber didapati meningkat sebanyak 147 peratus dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Husin Jazri sebanyak 7,404 insiden keselamatan siber dilaporkan sepanjang Januari hingga Jun tahun ini berbanding hanya 2,991 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu. Selain itu, 2,820 kes penipuan siber yang dilaporkan tahun ini, kes 'phishing' iaitu percubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan dan data kad kredit dengan menyamar sebagai entiti sah dalam komunikasi elektronik mencatat jumlah paling tinggi.

Aktiviti 'phishing' pada masa kini adalah lebih canggih, meluas dan merbahaya. Mengikut laporan polis yang dikeluarkan untuk tiga bulan pertama pada tahun ini, rakyat Malaysia telah kerugian sebanyak RM4juta akibat ditipu melalui perbankan internet.


Bagi memenuhi tanggungjawab untuk memastikan ruang siber negara sentiasa berada dalam keadaan selamat, MyCERT, CyberSecurity Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan membangunkan aplikasi yang dikenali sebagai 'DontPhishMe'.

Apa itu 'DontPhishMe'?
DPM (aku singkatkan namanya), adalah satu alat tambahan (add-on) kepada web browser yang dicipta untuk melindungi pengguna siber daripada ancaman perkhidmatan perbankan Internet terutamanya 'phishing'. Untuk makluman, aplikasi ini diwujudkan khas untuk pengguna2 perbankan internet Malaysia seperti:

  • Maybank2u
  • Public Bank
  • Bank Islam
  • EON Bank
  • AMBank
  • RHB
  • Al Rajhi Bank
  • Hong Leong Bank
  • BSN
  • Standard Chartered Bank
  • Cimbclicks
  • Bank Rakyat
  • HSBC
  • UOB
  • OCBC
  • Citibank
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • Muamalat
Tambah sikit lagi, DPM akan mengeluarkan amaran secara automatik sekiranya laman perbankan internet yang meminta maklumat peribadi atau kewangan anda adalah laman web palsu. Amaran ini akan menyelamatkan anda daripada terjerumus menjadi mangsa penipuan yang boleh merugikan wang anda.

DPM boleh dimuat turun melalui Potal Cybersafe iaitu dialamat http://www.cybersafe.my/dontphishme.html. Buat masa ini browser yang sesuai untuk dipasang DontPhishMe adalah Mozilla Firefox dan Google Chrome sahaja.

Maro saya:"Guna teknologi pakai otak, jangan click melulu"..

2 comments:

  1. yang ni ker dia bagi taklimat arituuu..aku x sempat g....tapi makan sempat....ding-ding

    ReplyDelete
  2. bukan la.
    masa jemput Cybersecurity ritu xde sentuh pun topik ni

    ReplyDelete

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers