Konco - Konco

Wednesday, May 16, 2012

Samsung I9300 Galaxy S III: Pro and Kontra


Bile bercakap pasal teknologi ni, xpernah habis n xpernah stop. Ada aje produk2 terbaru dicipta.
Belum puas duk berbangga miliki produk sebelum ni tup2 dah keluar yang baru. Huhu.

So seperti yang kita semua sedia maklum, Samsung telah mengeluarkan satu lagi produk telefon pintarnya. Samsung Galaxy S III. Aku bukan jurucakap Samsung ok. (Peminat produk Samsung blh la :D)



Enfon ni mempunyai skrin 4.8 inci dan menggunakan Android 4.0 (Ice CreamSandwich) dan dijangka untuk tiba di Malaysia pada awal Jun depan (145 buah negara lain akan menerimanya pada penghujung Mei). Akan ada dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu biru gelap atau putih dipanggil - Pebble Blue dan White Marble - walaupun lebih banyak pilihan telah dijanjikan. 

Harga masih tidak didedahkan namun ia mungkin sekitar RM2,000 (mungkin tidak lebih RM2,100 kot).

Galaxy S3 bermatlamat untuk membangunkan telefon pintar yang terbaik yang pernah dibuat Samsung dengan memberi tumpuan kepada mewujudkan pengalaman pengguna yang unik melalui reka bentuk perkakasan dan kegunaan yang optimum.

Ada sorang member aku, suke sangat tukar2 enpon. Asal keluar baru je dia tukar. Keluar baru je dia tukar. Huish! aku ni selagi tak klasik rupenya..menten aje. ahha. Persoalannya bagus ke enfon terbaru ni? So hasil pantauan sikit2, ni aku share pro n kontranye. Layann


PRO

Reka bentuk - Dari segi reka bentuk, S3 memang agak ringan - 133g dan tahap kenipisannya memang munasabah iaitu 8.6mm. Mengikut kata Samsung la, model kali ini direka untuk mengoptimumkan cengkaman pegangan kita supaya tidak mudah jatuh dan lancar ketika menaip. Wah!

Storage - Galaxy S3 menawarkan pilihan penyimpanan 16GB dan 32GB dengan Samsung menjanjikan versi 64GB akan boleh didapati tidak lama lagi. Telefon ini menyokong slot microSD, yang tidak dimiliki telefon lain seperti iPhone 4S dan HTC One X. hehe (pemilik 2 enfon tu bleh pikir balik nk tukar ke idak yer, haha)

OS — Galaxy S3 akan disetkan pada Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) yang dilaporkan menawarkan teknologi intuitif bagi menyampaikan pengalaman mudah alih peribadi yang unik.

Komunikasi Jarak Dekat (NFC) - Galaxy S3 mempunyai teknologi NFC yang membolehkan transaksi tanpa tunai dan pemindahan data dengan hanya menyentuh dua peranti secara serasi bersama. Buat masa ini ia belum diperkenalkan dengan meluas di negara ini tapi lama-kelamaan ia pasti tiba dalam masa terdekat.

S Voice - Galaxy S3 mempunyai suara yang diaktifkan sebagai pembantu peribadi (menyamai fungsi Siri pada iPhone 4s) — suara tersebut digelar S - Voice. Antaramuka pengguna bahasa yang maju direka seakan semulajadi tersebut boleh menjawab atau menolak panggilan dan boleh memberitahu keadaan kamera semasa proses rakaman dilakukan. Pendek kata, kita mampu hantar mesej dan e-mel serta menetapkan jadual menggunakan suara saja.

Ciri-ciri tambahan - Panggilan terus, Isyarat Pintar, S Beam, Cast AllShare, AllShare Play dan rakaman Burst pada kameranya ditonjolkan dengan ketara dan sememangnya menjadi aspek penting bagi ICS.

Mengecas secara wayarles - Galaxy S3 mempunyai teknologi pengecas tanpa wayar yang direka berdasarkan pengecas induktif. Letak saja telefon anda, ia akan mengecas menerusi platform khusus. 





KONTRA

RAM - Walaupun didatangkan dengan RAM yang better daripada iPhone 4s atau One X (1GB serta 512MB), terdapat laporan yang membayangkan peranti sebenarnya boleh datang dengan RAM sebanyak 2GB.

Kamera - HTC One X, iPhone 4s dan Galaxy S2 mempunyai kamera 8 megapiksel. Henfon ini tidak membawa apa-apa yang baru berbanding telefon lama yang disebut tadi sebab sama je.

Processor - Sebelum pelancaran S3 itu, Samsung mengumumkan telefon mereka akan dikuasakan oleh Exynos 4 pemproses quad-core 1.4GHz, syarikat pertama yang tampil dengan aplikasi pemproses quad-core dan dilaporkan menawarkan dua kali keupayaan pemproses pendahulunya, proses kejuruteraan 45nm berasaskan Exynos 4 dual core. Tapi, memandangkan bahawa cip tidak diuji sebelum ia pergi ke dalam pengeluaran berskala penuh dan diletakkan dalam peranti utama syarikat, mungkin ada yang takut sekiranya berlaku masalah.

Tapi, apa2 pun bagi aku Samsung Galaxy S3 memang betul-betul menawarkan kemudahan terbaik kepada si pemakai. Pendek kata, lebih positif dari negatifnya. Ia benar-benar mengujakan dan sangat berbaloi untuk berada di tangan anda. Nak info lanjut, sila click

Maro say: "Terbaik mcmana skalipun kebolehan panggilan produk itu, panggilan Illahi jangan lupa" 

4 comments:

  1. Android ni banyak sangat background activity. Higher background activity = faster battery drain. Setakat aku guna s2 pun dah rasa ok sangat :). Demo beli la s3....ICS takde release utk S plus.

    ReplyDelete
  2. huhu. tgh kumpul uang utk dapatkannya.
    Skg sekadar guna S Plus, itu plan nk try. :D

    ReplyDelete
  3. hehe..suatu masa dlu aku penah tertarik ngn HTC. Tapi suatu masa dulu :D

    ReplyDelete

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers