Konco - Konco

Tuesday, July 10, 2012

Buka Puasa. Halalkah??




Tinggal berapa hari je lagi kita nak puasa kan. Sepatutnya bermula Julai ni, kita dah tak nampak lagi restoran dan medan selera menggunakan perkataan atau ungkapan halal bersalahan dengan logo halal Malaysia atau.... bersedialah menerima tindakan.



Selaras penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 di bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011, hanya logo halal Malaysia saje boleh digunakan bagi melindungi pengguna dikelirukan atau diperdayakan. Sebenarnya isu halal berkisar kepada tiga perkara asas iaitu sikap pengguna Islam terhadap nilai halal dan haram makanan dibeli, sikap penjual sama ada menghormati pantang larang orang Islam dan ketiga, penguatkuasaan undang-undang membendung perbuatan menipu logo halal.

Tindakan mewajibkan setiap restoran mempamerkan logo halal Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di premis atau restoran adalah penyelesaian terbaik. Penyeragaman logo halal boleh mengelak umat Islam daripada tertipu dan terkeliru.

Berbalik kepada sikap pengguna pula, sejauh mana kita umat Islam memberi perhatian kepada makanan yang dimakan sedangkan kita dah tau, setiap makanan akan menjadi darah daging. Perlu diingat, kita ada keluarga.

Jika dari segi pemilihan makanan kita mengambil sikap sambil lewa, tak mustahil kita juga tidak serius dalam menjaga amal ibadat khususnya kewajipan perlu ditunaikan kepada Maha Pencipta.

Buktinya masih ada orang Islam yang kita lihat enak menikmati hidangan di restoran atau gerai dimiliki pengusaha bukan Islam dan pemandangan itu menimbulkan tanda tanya, apakah mereka ini benar-benar jahil?. Masihkah anda ingat tahun 2010 (kalo xsilap), satu paper mengeluarkan iklan promosi berbuka puasa tapi gambar hidangan ba**! Yerk!!

Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, yang membincangkan adab makan merujuk hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertakwa.”

Jadi, disini jelas kita ketahui bahawa pemilihan makanan bukan saja dilihat dari sudut halal makanan itu, tetapi dilihat dari sudut orang yang menyediakan makanan.

Meskipun kita melihat ia agak remeh untuk difikirkan bagi sesetengah pihak, namun apa membimbangkan ialah kesan serta natijahnya kepada diri. Pemakanan halal mampu menjana pembentukan Muslim yang bertakwa.

Maro says: "Ramadhan adalah bulan topup pahala. Moga ia menjadi Ramadhan terbaik buat kita. Selamat berpuasee...)"


No comments:

Post a Comment

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers