Konco - Konco

Friday, June 3, 2011

Jenayah Kolar Putih

Aduyai! Sakit hati btol aku membaca kebanyakan isu dalam negara pada masa kini..
Terbaru...RASUAH DALAM SUKAN!

Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua. Itulah kata2 sesuai untuk beberapa pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan yang kini sedang disiasat oleh SPRM.


Dikatakan mereka mengaku mendapat RM2k seorang bagi beberapa perlawanan yang keputusannya ditentukan 'bookie'. SPRM juga tak nafikan kemungkinan kegiatan mengatur perlawanan juga membabitkan perlawanan dalam Liga Super Malaysia. Who knows...

Mereka kelihatan begitu seronok menikmati hasil 'durian runtuh' secara rasuah. Inilah jadinya apabila diri begitu teruja (bukan begitu berharga) dengan kelazatan mendapatkan untung sebegitu rupa, maka soal perundangan dan dosa pahala jauh dari kotak pemikiran.

Apa yang kita mahu sepatutnya semangat perjuangan, semangat berpasukan, berdisiplin, main ikut peraturan, tidak mudah give up dan bermotivasi. Asal ada 'bookie'.. mudahnya hilang rasional diri..

Kesannya usaha terancang dilaksanakan untuk memenuhi kehendak perasuah seperti kualiti permainan sengaja direndahkan, main sambil lewa dan membelakangkan aspirasi semangat berpasukan.

Kalau begitu..sia2 sajalah pelaburan wang, pembangunan kemudahan fizikal, tenaga dan pemikiran yang dilaksanakan oleh persatuan sukan dan pihak kerajaan selama ini.

Ingat! bagi penonton dan penyokong pula, ini adalah sandiwara yang tidak mereka sedari. Semangat penyokong untuk datang ke gelanggang perlawanan bagi memberikan sokongan umpama 'susu dibalas dengan tuba".

Ditipu dengan gelagat pemain yang 'dibeli' dan tidak menunjukkan prestasi sebenar mereka di padang. Buat sakit tekak penonton memekik dan bersorak bertujuan untuk menaikkan semangat pemain dan pasukan yang disayanginya..namun ia tak lain daripada hanya membuang masa dan tenaga. Pemain tak ubah seperti boneka dan pak lawak (masuk Maharaja Lawak laa) menjanjikan perlawanan yang cukup menjelekkan. Siasatan perlukan dijalankan setelusnya sehingga ke akar umbi dan bukan hanya memilih bulu.


Maro says: "Mentaliti camni nak layak World Cup??? Boleh ke?..pikir2kan..selamat beramaaall"

Monday, March 14, 2011

Congratz Datuk LCW




Itulah yg boleh aku katakan sekarang. TAHNIAH!!.


Final Kejohanan Badminton All England 2011 pada malam tadi akhirnya menyaksikan kehebatan wira kita Datuk LCW menewaskan seteru utamanya Lin Dan. Dalam tempoh kira2 52 minit, wira negara kita ini dinobatkan selaku juara dengan catatan 21-17, 21-17.


Memang puas hati aku. Sedikit sebanyak kemenangan malam tadi membuktikan kepada semua pengkritik2 LCW bahawa LCW mampu menewaskan Lin Dan. Ada kata2 sebelum ini yg menyatakan LCW boleh menang semua final dengan syarat tanpa Lin Dan. Nak dijadikan cerita pulak...Terbuka Malaysia 2011. LCW menang bila Lin Dan tarik diri dan xmasuk final pastu bila kedua2 mereka jumpa di final Terbuka Korea 2011...LCW kalah. Aku setuju dengan tindakan LCW selepas match tersebut when he just said "No comment".


Iya lah, kebanyakan player bila dah kalah selalunya menyalahkan orang lain. Salahkan jurulatih, salahkan persatuan dan macam2 alasan lagi. Tapi tidak bagi LCW. Human being. Sapa main bagus, dia menang. Dia kini tanpa jurulatih kesayangannya tp dia boleh menang.....dan yang paling penting adalah menang ke atas Lin Dan di ALL ENGLAND!. Satu momen yang kutunggu sejak dulu lagi. Harapan selepas ini, LCW terus buktikan dia mampu tutup mulut Lin Dan di kesemua final kejohanan utama. Iyalah kalo tak, makin seronok la jagoan China tu bukak baju bila habis game. Tp malam tadi tak bukak baju kan??..hahaha


Kepada pasangan beregu utama kita pulak, mereka boleh menang malam tadi. Kemenangan yg akan memastikan rakyat Malaysia berbangga jika 2 final kita gapai. Tapi kegopohan mereka meleburkan segalanya. Tapi xpe, harap kekalah itu memberi pengajaran berguna (da banyak kali daa) buat mereka. Hanya yang terbaik layak final dan pemain terbaik dikalangan terbaik akan menjadi juara. So mereka tetap hebat. Idup MALAYSIA!!!


Maro said: "Yakin kita boleh dan jgn layan tohmahan orang...dats da key!"

Sunday, January 30, 2011

Elakkan jika mau sihat!

Walaupun perut sudah kenyang, banyak cara dilakukan untuk memberikan lebih kepuasan.

Namun, adakah korang tahu tidak semua amalan selepas makan mendatangkan kebaikan walaupun ia sangat selesa dilakukan. Melakukan sesuatu selepas makan tengahari atau malam adakala boleh mendatangkab beberapa tindak balas kepada tubuh. Mungkin akan mengambil jangka masa lama untuk melihat kesannya.

JANGAN!!!

  • Merokok- Kajian mendapati menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok sekali gus. Tapi itu yg biasa aku dilihat dikalangan umat manusia neh. Lepas makan, wajib!
  • Mandi- Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut seterusnya melemahkan sistem pencernaan. So bangun pagi terus mandi jgn terus buka saji.
  • Minum Teh- Daun teh boleh mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar dihadam atau dicerna.
  • Tidur- Makanan yang diambil itu tidak dapat dicerna dengan baik, ini boleh mendatangkan masalah jangkitan pada usus. So kepada yg beragama Islam..lepas sahur digalakkan ke masjid solat subuh..jgn sambung tarik selimut. huhu
  • Makan buah-buahan- Makan buah-buahan sebaik habis makan akan menyebabkan perut dipenuhi udara (kembung). So makan satu hingga dua jam sebelum makan.
  • Longgarkan tali pinggang- Ia boleh menyebabkan usus anda bermasalah seperti terbelit atau tersumbat.
  • Berjalan-jalan- Tindakan ini akan menyebabkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrisi daripada makan yang ditelan.
Haa, mesti anda semua terkejut campur heran kan bila benda2 yang biasa dan ingat bagus padahal banyak keburukannya. Jadi ayuh kita fikirkan kembali.


Maro says: " Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang..amik sikit je nasi tu kang xhabis"

Tuesday, January 18, 2011

Budaya dan Kemestian

Inilah budaya kita..
Tidak bermaksud untuk memperkecilkan kejayaan yg dikecapi tetapi sekadar renungan supaya semua berfikir sejenak. Kerana kita pernah mengalami akibatnya.
So what i wanna say is.. don't spoil our team with lucrative rewards!




Congrats HARIMAU MALAYA!!!!

The Malaysia football team's success in the Suzuku Cup lifted the gloom surrounding local soccer for da past three decades and PM rewarded the team abundantly.
Da issue is, one shouldn't praise the team sky high as South East Asian and South Asia football standards are the lowest in the world, and one is hard pressed to gauge the country's truly international form and status.

Its right that the FAM build up this team for future as the players are young and should peak in 2 to 5 years. One can see flashes of SuperMokh in this team. There is much hope if the training and coaching programmes are executed competently and the team is disciplined and not spoil by various lucrative rewards.


I totally agree that money has been a major spoiler and detriment to local football and its hoped that the FAM has learnt a valuable lesson from this experience and that the funds will be well utilized to mould the team into a regional powerhouse and also to reorganize football at the local, state and national levels to increase the reservoir of footballers with good skills. It will be difficult for Malaysia to catch up with teams in East and Central Asia and the Middle East. But we must try to regain our past glory. A new generation can ignite a revival, just as in the 1960s and 1970s. Let us think thoroughly bout it...

Maro says: What happen to Hafiz Hashim??.. (after a lucrative reward)..respect to Datuk Nicol David

Monday, January 10, 2011

Selamat Datang 2011 ++ Selamat Tinggal 2010




Selamat Menyambut Tahun Baru 2011!!!

Huhu..agak terlambat untuk aku postkan mesej ini. Almaklumlah masuk tahun baru means aku pelbagai urusan dan agenda yang telah direncanakan mula bergerak ke fasa pelaksanaan semula.
Tapi xpe, aku nak jerit SELAMAT TAHUN BARU!!!!

Alhamdulillah masih diberi kesempatan terus hidup di alam fana ini. Alam persinggahan sementara bagi semua makhluk Allah. Oleh itu, aku sedar aku harus pergunakan sebaik2nya sebagai bekalan di masa itu.

Aku doakan moga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Tahun yang memberikan kebahagian hidup, keberkatan, kenikmatan, kesihatan, keselamatan dan kejayaan buat aku, keluargaku dan semua sekali. Moga masih dipanjangkan umur buat semua dan mencapai cita2 hidup masing2.

Ma dan abah!
Moga panjang umur, murah rezeki dan terus diberikan kesihatan.

Buat adikku Anuar... all da best! Semoga mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tempoh hari. Cabaran selepas ini adalah lebih sukar untuk ditempuhi dan semoga menjadi insan berjaya dunia akhirat. Yang lain...sama, moga2 perancangan kita selari dengan perancangan Allah S.W.T..

Maro says: "Hidup ini hanya sekali, gunakanlah peluang ini sebaik2nya"..

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers