Konco - Konco

Tuesday, December 18, 2012

18 December 2012 : [Part 2]



18 December 2012


Hari yang dinanti2kan akhirnya tiba.

Alhamdulillah. \"o"/


Maro said: "Bila kita diatas, jangan lupa tunduk kebawah. Bila kita didepan, jangan lupa toleh kebelakang"

Thursday, December 13, 2012

18 December 2012 : [Part 1]


______________________________________________

situasi di hujung bulan dan awal bulan..
menunggu tibanya detik itu


Maro said: "Moderation is a key for our life"

Wednesday, December 12, 2012

Senyum!..Tak perlu kata apa-apa!

Tekan punat radio..

"Senyum...tak perlu kata apa-apa...senyum...." - (lagu Najwa Mahiadin)

Senyum. Mudah je. Gerakkan sedikit otot mulut dan pipi. Jadilah senyum. Nampak ceria, pahala pun dapat.




Aku tak paham kenapa sesetengah orang susah sangat nak senyum. Malah kat opis aku pernah kena buat kempen dan ceramah SENYUM kepada warga Kementerian. Ingat lagi aku call deejay Sinar FM utk jadi penceramah. haha. Senyum pun kena ajar eh. Amik contoh, seorang pakcik kat kuarters aku. Mak aiih!!! punye lah mahal senyuman dia.

Setiap kali bertembung dengan dia aku akan lemparkan senyuman. Tapi..apa reaksi dia?? Muka ketat..muka blur..tak kira kat mana jumpa. Dalam lif, dekat lobi..malah masa bersalam lepas solat jemaah kat surau sekalipun....Ya Allah...aku plak jadi panas. Huhu..


Kat surau ada sorang budak lelaki. Darjah 4. Punya la petah bercakap ngan aku setiap kali berjumpa. Pastu kat kuarters ni ada jugak seorang makcik..punye la peramah setiap kali jumpa aku dalam lif masa nk pergi or balik kerja. Mereka ni sentiasa tersenyum. Sejuk hati memikirkannya. Tapi bila pikir pakcik tadi?



"kreek...kreeeekkk...." (bunyi cengkerik)



Semalam masa nak datang kerja. Pintu lif terbuka aku nampak pakcik tu sorang2 dalam lif. Macam biasa, aku pun senyumlah secomel2nya. Dan macam biasa.....takde respon. Ketat! Huhu...daripada nak bersembang terus tak jadi. Memasing mengira nombor kat lif tu.. 10..9..8..7..6................GF...pastu memasing keluar bawa haluan sendiri.




Masih tak paham. Kenapa orang susah nak senyum?

Pagi tadi, masa nak datang kerja jugak. Lif terbuka dan aku lihat pakcik tu bersama adik dan makcik peramah yang aku ceritakan. Makcik dan adik tu senyum dari belakang pakcik tu. Aku balas. Pakcik tu..jangan tanya apa dia buat. Now aku dapat tahu bahawa dia adalah suami dan bapak kepada makcik dan budak lelaki PERAMAH itu. 

Ok..Fine! Aku akan terus tersenyum sebab senyum itu satu sedekah. Positif2!!


Maro said: "senyum selagi boleh senyum. xluak pun"

Friday, December 7, 2012

Renungan: Hinanya air tangan orang yang tidak solat!


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.

Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.

Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. 


Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu dan isteri kita. Jadi, kepada pembaca sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dan sebagainya.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita. Sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril AS.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), 

“As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” 

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir dan batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam.


Maro said: "Jangan sesekali kamu kata kubur masing2 melainkan bila mati, kamu mandi sendiri, kafankan diri sendiri, solat jenazah sendiri dan masuk ke liang lahad dengan sendiri. Berpesanlah untuk kebaikan semua"

Thursday, December 6, 2012

Crossing The Divide: Bridging Innovation dan Competitiveness


Innovation vs bureaucracy 


Innovation is undoubtedly a major driving force behind the advancement of any nation including ours. However...its incapable of standing alone. In order for a country to take full advantage of its innovative capabilities, there has to exist a supportive business environment.



Maro said: "Caught in a bureaucratic trap - for minds that invent freely, the restrictions on making ideas a reality can be an uphill struggle. Argh!!! Sigh~~

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers