Konco - Konco

Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Monday, May 9, 2016

Ku seru namamu wahai MOTIVASI


Alhamdulillah genap sebulan aku kembali bertugas
Alhamdulillah jua, setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.

Tapi sejujurnya kalau dibicara dalam konteks KERETA, aku merasakan enjin aku masih belum panas.
Umpama beli kereta baru, hanya pandu perlahan kerana dalam tempoh percubaan.

Aduh!
Aku perlukan MOTIVASI aku yang dulu.

Ku seru namamu wahai MOTIVASI! Plizz come to me!


MOTIVASI!!!!!!!


Maro said: "Cuba untuk menjadi diri sendiri kerana kita adalah kita...bukan orang lain"

Sunday, June 8, 2014

8th JUNE 2014


Alhamdulillah..
Kupanjatkan setinggi2 kesyukuran ke hadrat Allah SWT
Kerna dengan mengizinkan aku masih hidup di dunia ini..

8 June.. Tarikh aku dilahirkan. Makanya berubah lagilah angka umurku..

Ya Allah..lanjutkanlah usia aku dan kembarku juga kedua2 ibubapaku serta ahli keluargaku. Tetapkan iman kami, berikan kesihatan kepada kami, kejayaan dan kebahagiaan kami dunia akhirat. Amin.

Maro said: "Moga tahun baru ini memberikan sinar yang berpanjangan dalam hidupku. Amin"

Thursday, February 13, 2014

Husband vs Wife : Why Mom Always Late?


Perasan tak setiap kali nak keluar kemana-mana, kebanyakannya akan jadi macam ni?


So siapa cepat dan siapa lambat?
Dan kenapa dia boleh cepat sebaliknya sorang lagi sentiasa lambat.
Hehe. Aku ni pun lelaki tetapi bila ditanya sapa cepat siapa lambat, aku pikir pihak suami perlu faham situasi ini. Realitinya memang macam ni pun kan.

Biasanya anak-anak kalau nak mandi, cari baju, makan minum, jarang cari bapak tapi cari emak. 
So ni jawapannya. Hehe.

Maro said: "Hormatilah dan sayangilah kedua-dua ibu bapa kita. Baik mereka masih ada ataupun telah kembali kepadaNya".

Tuesday, September 24, 2013

Al Fatihah buat arwah Maksu Yah


Setiap yang hidup pasti akan mati. Dunia ini hanya sementara dan akhirat jualah kekal selamanya.
Lama dah aku tak update blog ni. Banyak sangat ideanya tapi masa je tak ada. Termasuk lah saat aku buat post ini. Tapi aku amik sedikit masa untuk taip jugak.

Tajuknya..Al fatihah buat arwah Maksu Yah.

Aku masih ingat masa kecik2 dulu (sekolah rendah), aku ngan kembar aku suka sangat ponteng sekolah. Pakai baju skolah kemas2 then nyorok masuk hutan (semak je sebenarnya). Dengan harapan lepak lah situ sampai waktu budak balik sekolah then kami keluar balik umah. Hehe.."DENGAN HARAPAN".

Kenapa aku kata "DENGAN HARAPAN" sebabnya semua usaha kami tidak menjadi seperti yang DIHARAPKAN. Selalu je kantoi. Seingat aku member aku ada post pasal kisah kami ni. Cer klik IrwanZul.

Dan apa kaitan plak ngn habit suka ponteng aku dengan tajuk ini?
Sebenarnya Maksu Yah ni jiran yang cukup aku respek dan sayang masa kecik2 dulu. Even masa kami kantoi dulu, dialah ni lah yag pergi mereport kat abg aku. Tapi xpernah sesekali aku berdendam dengannya malah makin sayang adalah. Semalam aku dapat berita dia telah kembali ke rahmatullah. Innalillah.

Sedih dan terkilan. Masa kecik aku selalu kerumahnya. Arwah suaminya adalah tukang gunting rambut feveret aku. Tapi selepas suaminya meninggal, aku jarang lagi kerumahnya. Bila tamat sekolah rendah, masuk MRSM kat kelantan, lepas tu masuk U, lepas tu skg menetap di ibu kota...bertambah lamalah aku tak jumpa dia.

Terkilan. 2 minggu lepas kau balik kampung. Mak kata Maksu Yah tak berapa sihat sekarang. Dulu lepas operate mata, arwah jarang keluar rumah. Duduk rumah je. Paling sedih raya ritu aku dengar arwah jatuh kat bilik air tapi dia sorang2 tak ada sapa bantu sampai jiran jmpa masa ke rumahnya. (aku start sedih)

Mak suruh aku g melawat MakSu Yah. Ye aku nak pergi tapi disebabkan sibuk ke kebun ambil buah utk bawak balik Putrajaya esoknya, aku tak sempat melawat Maksu Yah. Last2 esok pepagi aku balik Putrajaya.

Semalam, aku dapat berita Maksu Yah dah tak ada. Aku tengah mesyuarat time tu, keluar air mata. Sedih dan terkilan. Kenapa aku tak lawat dia hari tu. Allahuakbar...inilah manusia..bila kehilangan baru nk rasa menyesal..

Aku doakan moga roh arwah Maksu Yah ditempatkan dikalangan orang beriman dan bertakwa di sana. Moga segala dosanya juga diampunkan Allah. Amin.

Maro said: "Speechless"

Tuesday, July 23, 2013

Gred Hidup



Pangkat2 ni dunia je semuanya. Tak boleh dibawa ke mati. Yang dikira nanti amalan kebajikan sepanjang kita hidup di dunia ini. Raja ke, orang biase ke, kaye ke, miskin ke, apabila mati nanti..amalan kita yang akan dihitung.

So andai bagi yang berpangkat or berstatus tinggi, xboleh rasa bangga malah menyombong diri dengan orang bawah/orang biasa. Sama jugak dengan yang tidak bernasib baik, susah, pangkat bawah. Tak boleh nak agung2 sangat mereka yang diatas itu. Namun..semuanya masih berpegang pasal prinsip hormat-menghormati. Tolong menolong. Kann..

Hehe..dah macam Ustazah Bahiyah plak aku cakap tanpa henti neh. (Cakap ke taip???..erk..)

Ok. Fine!. Pahal tetibe kuar isu pangkat eh? Huhu.. Takde sebenarnya jadi pada aku (aku tanya..aku jawab...so what!!!). Hehe.. Kat ofis aku berkawan dengan semua orang. Tua, muda, pangkat tinggi, pangkat bawah. Sebab bagi aku, persahabatan x kenal status. Janji ada kejujuran dan keikhlasan.

Bukan nak kata aku pangkat tinggi. Jap, sebenarnya aku heran dan selalu terpikir sorang2. Kenapa dalam dunia semasa ni perlu ada perbezaan? Sapa tau? sila komen. Hehe. Kalau dalam kerjaya aku sekarang ni, ada kategori pegawai, ada sokongan, ada tetap, ada kontrak, Turus, JUSA, 54, 48, 44, 41 dan kebawah3nya.. Ada level! dan Level ini kekadang jadi gap dalam hubungan seharian. Ini based on pengalaman aku lar. Kalau aku, aku rasa biase je pangkat2 neh. xde efek dalam pergaulan seharian......but still..respect to each other.



So nak jadi cerita, aku selalu join sukan ngn staf2 ofis aku dan kebanyakannya support staf. Bukan aku nk cakap aku level tinggi ke apa tapi nak cerita duk main2 selama ni..tetibe ada seorang member kpd staf aku tu lar. Mungkin dia duk dengar cara member2 dia cakap ngn aku, satu ari masa men badminton dia cuit aku

"eh, Yo, kamu bos ke kat sini?, tanya dia. 

"xde ah, ngarut ah. Aku biasa2 je mcm diorang". Aku jawab. Tapi katanya dia perasan semua mcm takut2 n hormat2 kat aku. Lepas tau aku ni 'pegawai' (kononnye tinggi sket daripada mereka), lepas tu terus aku perasan dia sendiri jadi skema ngn aku. Padahal sebelum ni duk men tak hingat, jerit2, bertempuk tampar. Hoho. Kenapa? sebab beza level tadi kan. Adoi.. setiap kali join geng diorang rasanya aku yg paling giler2. Tapi still dengan aku depa jadi skema. T__T

1 lagi cerita. Setiap tahun ofis aku ada buat majlis berbuka puasa. Dan kat situ aku kenal seorang staff ni. Asal Kelantan. So memandangkan aku sekolah lama kat sana then mak aku pun asal Kelantan so boleh sembang2 dalam loghat Kelate lah. MOF ni besar so 3 tahun keje sini, tu 1st time jumpa dia. LOL. Setiap ari buka pose sama kat ofis. Lepak2, sembang2. Then sampai satu ari, dia duk sembang ngn aku then tanya aku ni gred berapa, 17 ke 27 (orang Gomen tau la pasal gred neh). So aku jawab "tak, aku gred ***. Muka dia macam terkejut then lepas tu terus jadi skema dengan aku walaupun aku masih lagak mcm biasa. Itu tahun lepas. Tahun ni aku jumpa pun camtu lah, cakap segan2 ngn aku. Adoyai.. Paling xleh blah, elok2 bahasakan diri 'kawe', 'demo'..skarang tukar 'saya'..'encik' plak dah. Padahal aku masih guna 'kawe' 'demo'.

So....itulah sebabnya aku keluar post ni kali ini. Pasai apa ada beza2? Then pangkat2 ni dunia semuanya je. Kat sana nanti xpandang dah. Aku berkawan tak kira level. Janji respect to each other (again)

Itu je. Mungkin ada pembaca akan kata poyo lah aku post pasal ni. Nak cakap aku pegawai la tu. Mungkin ada! Aku yakin. Tapi aku xde niat. Lillahitaala. Cuma just nk luahkan apa yg aku duk rasa dan pikir selama ini.  :D

Maro said: "Kat ofis boleh la ber'encek'2..kat luar tak payah lah. Kita semua sama je blaka"

Friday, January 4, 2013

Eksploitasi emosi si pengemis


KEBANYAKAN daripada kita pernah melalui pengalaman seperti berikut:

Apabila kita berjalan di tengah bandar, kita didatangi peminta sedekah berkopiah yang meminta sedikit wang. 

Apabila kita keluar dari pintu masjid, terdapat wanita yang berpakaian selekeh sedang mendukung anak kecil meminta simpati. 

Sebaliknya, apabila kita menjamu selera di restoran, ada pula gadis-gadis muda yang berpakaian cantik mendatangi kita. Mereka lazimnya memberitahu bahawa mereka sedang mencari dana untuk membina rumah anak yatim atau pusat pengajian agama.Mereka juga membawa bersama beberapa barang untuk dijual, walaupun barang yang dijual itu mungkin bukan sesuatu yang perlu dibeli.



Sebagai manusia, kita memang bertanggungjawab untuk mengurangkan beban dan penderitaan yang ditanggung oleh manusia lain. Bantuan yang kita berikan sedikit sebanyak boleh membantu mereka. Apatah lagi mereka itu saudara seagama dengan kita.

Secara psikologikal, manusia terdorong untuk membantu orang lain yang tidak bernasib baik kerana ia dapat mengurangkan kesan psikologikal yang dialami.Manusia akan berasa bersalah sekiranya tidak membantu orang lain yang sedang dilanda musibah, seolah-olah satu kesalahan besar sekiranya tidak menghulurkan bantuan tersebut. 

Kajian juga menunjukkan bahawa dengan membantu orang lain, individu akan mengalami kepuasan diri. Oleh yang demikian, bagi mengurangkan emosi bersalah tersebut, manusia akan menghulurkan bantuan apabila diminta walaupun dengan nilai yang sangat kecil.



Gerak emosi 


Sungguhpun kita mungkin perlu bersimpati, kita juga perlu berhati-hati.Tidak semestinya gerak emosi kita selalunya benar. Adakalanya kita mungkin terperangkap dengan beberapa fenomena psikologikal yang sedang dimainkan oleh para peminta sedekah dan pemungut derma ini.Mereka mungkin bermain dengan emosi kita sahaja, sedangkan hakikatnya mereka mungkin tidaklah menghadapi situasi sukar seperti yang kita jangkakan. 

Apatah lagi dengan kewujudan pelbagai sindiket profesional yang tahu bagaimana untuk memanipulasi manusia lain.Kita mungkin membantu bukan kerana mereka kelaparan atau mengalami kesusahan, tetapi kita telah diperangkap oleh stereotaip kelompok. Lebih buruk sekiranya bantuan yang kita hulurkan itu berkemungkinan 'membantu' meningkatkan lagi jenayah pemerdagangan manusia.

Kajian-kajian mendapati bahawa manusia cenderung untuk memberikan bantuan apabila mempunyai maklumat bahawa orang yang dibantu mempunyai perkaitan atau ciri yang hampir sama dengan mereka yang membantu. Sebab itulah, kita akan selalu melihat mereka yang berkopiah atau memakai jilbab/tudung meminta sedekah di hadapan masjid.

Strategi memakai kopiah atau berjilbab mungkin tidak membantu sekiranya mereka meminta sedekah di hadapan rumah ibadat bukan Islam. Begitu jugalah apabila ada anak-anak muda yang datang meminta derma ketika kita sedang makan di restoran. Mereka ini akan memaklumkan kepada pelanggan yang sedang menjamu selera bahawa mereka ialah anak-anak yatim yang perlu mendapatkan derma bagi membina rumah anak yatim dan sebagainya. Mereka berpakaian kemas agar kelihatan profesional.

Rasa curiga

Secara psikologikalnya, kerana mereka mempunyai ciri yang sama dengan kita, misalnya dari segi agama, kita berasa sangat perlu untuk menolong mereka. Bagaimanapun, sesekali kita juga perlu mempunyai rasa curiga. Sekiranya mereka ialah anak yatim yang sepatutnya perlu dijaga, mengapa mereka dihantar untuk meminta derma selewat pukul 12 malam?

Siapa pula yang menghantar mereka untuk berjalan seorang diri di setiap kedai makan pada waktu selewat itu? Bukankah membiarkan anak-anak gadis ini berjalan seorang diri di waktu malam mendedahkan mereka dengan risiko yang lain?

Kajian-kajian yang pernah dijalankan juga menunjukkan bahawa manusia cenderung untuk menghulurkan derma dalam keadaan apabila diperhatikan orang lain.Ini kerana manusia mempunyai sifat 'ego' dan perlu menunjukkan bahawa mereka mempunyai nilai terpuji, apatah lagi apabila sedang diperhatikan. Apabila seseorang itu tidak menghulurkan bantuan tatkala sedang diperhatikan' oleh pelanggan lain yang sedang menjamu selera, atau jemaah yang sedang berjalan keluar dari masjid, kita berasa bahawa kita telah menonjolkan sikap buruk.

Harus diingat, 'diperhatikan' dalam konteks ini bukanlah bermaksud bahawa kita sedang diperhatikan oleh individu lain. Ia hanyalah perasaan yang bermain dalam fikiran kita sahaja.Sebab itulah, walaupun memberikan sedekah dan derma itu hal yang terpuji, tetapi ia tidak semestinya benar dalam semua keadaan. 

Sifat terpuji yang kita miliki adakalanya telah dijadikan kelemahan oleh pihak tidak bertanggungjawab membuat keuntungan. Lebih daripada itu, sikap baik kita itu mungkin membantu kepada jenayah yang lain. 

Sebagai manusia, kita perlu lebih rasional dalam setiap tindakan. Setiap hari kita mungkin sedang dimanipulasi oleh manusia rakus dengan pelbagai cara. Adakalanya kita menyangka bahawa apa yang sedang kita lakukan itu sebagai betul dan merupakan ajaran agama, tetapi sebenarnya kita mungkin sedang dimanipulasi oleh pihak lain yang mungkin sedang menggunakan nama agama.

Sumber : Kosmo
 
Maro said: "Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Pengalaman di Kota Bharu dulu, budak2 mintak sedekah drp aku, bila aku tak bagi..ditarik dan dicubitnya aku."

Wednesday, December 12, 2012

Senyum!..Tak perlu kata apa-apa!

Tekan punat radio..

"Senyum...tak perlu kata apa-apa...senyum...." - (lagu Najwa Mahiadin)

Senyum. Mudah je. Gerakkan sedikit otot mulut dan pipi. Jadilah senyum. Nampak ceria, pahala pun dapat.




Aku tak paham kenapa sesetengah orang susah sangat nak senyum. Malah kat opis aku pernah kena buat kempen dan ceramah SENYUM kepada warga Kementerian. Ingat lagi aku call deejay Sinar FM utk jadi penceramah. haha. Senyum pun kena ajar eh. Amik contoh, seorang pakcik kat kuarters aku. Mak aiih!!! punye lah mahal senyuman dia.

Setiap kali bertembung dengan dia aku akan lemparkan senyuman. Tapi..apa reaksi dia?? Muka ketat..muka blur..tak kira kat mana jumpa. Dalam lif, dekat lobi..malah masa bersalam lepas solat jemaah kat surau sekalipun....Ya Allah...aku plak jadi panas. Huhu..


Kat surau ada sorang budak lelaki. Darjah 4. Punya la petah bercakap ngan aku setiap kali berjumpa. Pastu kat kuarters ni ada jugak seorang makcik..punye la peramah setiap kali jumpa aku dalam lif masa nk pergi or balik kerja. Mereka ni sentiasa tersenyum. Sejuk hati memikirkannya. Tapi bila pikir pakcik tadi?



"kreek...kreeeekkk...." (bunyi cengkerik)



Semalam masa nak datang kerja. Pintu lif terbuka aku nampak pakcik tu sorang2 dalam lif. Macam biasa, aku pun senyumlah secomel2nya. Dan macam biasa.....takde respon. Ketat! Huhu...daripada nak bersembang terus tak jadi. Memasing mengira nombor kat lif tu.. 10..9..8..7..6................GF...pastu memasing keluar bawa haluan sendiri.




Masih tak paham. Kenapa orang susah nak senyum?

Pagi tadi, masa nak datang kerja jugak. Lif terbuka dan aku lihat pakcik tu bersama adik dan makcik peramah yang aku ceritakan. Makcik dan adik tu senyum dari belakang pakcik tu. Aku balas. Pakcik tu..jangan tanya apa dia buat. Now aku dapat tahu bahawa dia adalah suami dan bapak kepada makcik dan budak lelaki PERAMAH itu. 

Ok..Fine! Aku akan terus tersenyum sebab senyum itu satu sedekah. Positif2!!


Maro said: "senyum selagi boleh senyum. xluak pun"

Thursday, November 22, 2012

Renungan: Tanda-tanda hati kotor



Kali ini kita bercakap soal HATI. Apa itu HATI?. 
HATI adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. HATI adalah ketua segala tubuh badan. Jadi HATI ini adalah amat penting sekali pada diri setiap manusia, HATI yang bersih boleh merasakan KETENANGAN walaupun ditimpa musibah dan ujian dari Allah S.W.T...Pandangan HATI adalah paling HAKIKI jika HATI itu bersih..HATI yang kotor akan menyebabkan kita mudah lalai dan leka dengan hasutan SYAITAN. SYAITAN mudah meyelinap masuk ke dalam HATI dan bila HATI terlalu KOTOR, payah untuk kita membersihkan HATI kecuali dengan BERISTIQAMAH dan MUJAHADAH..Insya'Allah....

Apa tanda2 hati kotor?
  • Gelisah walaupun tiada masalah
  • Selalu berbangga dengan diri sendiri
  • Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang
  • Sombong dan bongkak
  • Selalu mengintai keaiban orang dan menyebarkannya
  • Suka mengumpat dan membuka aib orang lain
  • Gembira melihat orang lain susah atau rendah daripada dirinya
  • Lidah yang tajam atau laser
  • Suka menyakiti hati orang dengan sindiran
  • Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang
  • Menyampaikan ilmu dengan riak
  • Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
  • Berpakaian elok untuk dipuji
  • Derhaka kepada kedua2 ibu bapa
  • Talam dua muka (manis di depan tapi jahat dibelakang)
  • Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada
  • Solat yang tidak boleh khusyuk
  • Selalu mencari kesalahan orang lain
  • Cinta kepada duniawi.

Astagfirullah hal'azim..banyak lagi yang perlu aku perbaiki dalam diri aku ini. Ya Allah, jauhkanlah hati aku daripada sikap2 begini.

Maro said: "Baik buruk amalan kita, semuanya akan dikira"

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers