Konco - Konco

Showing posts with label Ujian Hidup. Show all posts
Showing posts with label Ujian Hidup. Show all posts

Thursday, April 7, 2016

APRIL 2016 : Kisah Baru, Jalan Cerita Baru




Assalamualaikum WBT.
Dah lebih setahun aku stop menulis di blog ini. Hari ini terfikir untuk menulis kembali.
Kenapa menghilang? Panjang ceritanya.

APRIL 2016. 
Kisah Baru..Jalan Cerita Baru.

ALHAMDULILLAH segala puji hanya bagi Allah. Baik buruk nasib dan rezeki kita, Allah yang tentukan segalanya. 

Sebenarnya kenapa lama aku menyepi adalah kerana aku sedang berjuang. Berjuang #DemiSebuahCita. Berjuang untuk mencapai cita-cita hidup aku. Cita-cita yang aku usahakan sejak 18 FEBRUARI 2010.

Dan 1 APRIL 2016...Allah dah makbulkan hasrat dan cita-cita tersebut. 

ALHAMDULILLAH.
Terima kasih Abah, Ma, Kak Long, Abang Ngah, Abang Uda, Man, Dikwa, semua ahli keluargaku, sahabat2 dan semua atas jasa dan doa kalian semua selama ini. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian semua.

APRIL 2016 juga aku membawa angin baru di pejabat baru setelah 5 tahun menikmati detik dan pengalaman terindah di Kementerian Kewangan Malaysia.


ALHAMDULILLAH. Permudahkanlah segala urusanku selepas ini Ya Allah.
Moga segala perancanganku selari dengan perancanganNYA. In Sha Allah

Maro said: "Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya. Apapun yang kita usahakan, yakinlah dan buatlah kerana ALLAH TAALA"

Thursday, July 10, 2014

Fifa World Cup 2014: Victory vs Tragedy vs GAZA


Okeh. X hbs2 lagi pasal WC kan. Hehe. Okeh, dua2 semifinal dah tamat.
Alhamdulillah team aku menang! Hehe. Kejutan yang sangat..paling..pasti..xsiapa jangka.
Kelihatan terlalu mudah untuk Jerman meratah pasukan pilihan (tuan rumah) Brazil sampai 7-1.
Memula aku tgk (masa tgh bersahur)..masa Jerman score gol pertama, aku rasa biasa je.
Tapi selang beberapa minit, bila Miroslav Klose score gol kedua...aku jadi 'Wah!!!" dan gol ini mencipta sejarah baru Klose sebagai pemain yang menjaringkan gol WC paling banyak setakat ini...16 gol! Terbaik!! (aku tunggu saat ini)

Miroslav Klose #16
 
Tapi bila selang beberapa minit Jerman score lagi..lagi..dan lagi...bulu roma aku meremang. Srius. Biar betul! Apa yang aku tengok ni. Serius bkn aku sorang malah semua pasti xkan percaya..termasuklah pemain Jerman sendiri masa tu. 7-1 ke atas pasukan tuan rumah Brazil (Juara Dunia 5 kali)

So VICTORY kepada JERMAN dan TRAGEDY kepada Brazil.
Kesian jugak, tapi inilah bola sepak. Sape sumbat gol..dia menang. Hehe. Xkira main best ke x.
Habis.



Pagi ini pulak BELANDA lawan ARGENTINA. 
Mcm pernah aku cerita kat post sebelum ni. Jerman pasukan no 1 aku dan Belanda adalah pasukan no 2.
So aku fokus jgk lah perlawanan ini. Sampai terlentok2 atas sofa. Ye la! diheret ke sepakan penalti plak dah.
Aku harap Belanda menang, tapi sebaliknya yang berlaku. Argentina menang sepakan penalti 4-2.
Sedikit frust..tapi pikir semula..takpe lah. Pasai pa??
Sebab kat final nanti xdelah dilema untuk aku bila dua2 team fevret aku lawan. Hehe..Tak gitu?
So bila Jerman je layak...aku sokong Jerman lah!
Habis.

_____________________________________________________


Bola2 jugak..tapi sebenar2 TRAGEDY adalah apa yg berlaku pada saudara kita di bumi Gaza, Palestin sekarang.
Allahuakbar..begitu besar ujian ke atas mereka di bulan suci ini. Aku jadi sedih dan malu dengan diri sendiri.
Beria2 cakap pasal bola itu ini. Padahal pada masa sama, saudara kita di sana sedang menempuhi detik yang menakutkan. Masya Allah..



Jadi In Sha Allah..sama2 kita tadah tangan mohon doa kepada Allah SWT moga diselamatkan saudara Islam kita di sana. Moga dihancurkan musuh-musuh Islam di sana dan diberi kemenangan ke atas pejuang2 Islam.
Yang mana berkemampuan, sama2 bantu salurkan bantuan kewangan.
Tapi jangan lupa untuk terus BERDOA. Kerana DOA lah sebaik2 senjata. Allahuakbar..

SELAMATKAN UMAT ISLAM DAN BUMI PALESTIN/SYIRIA/MESIR.

Maro said: "Allah Maha Adil. Alfatihah kepada para-para syuhada. I love u Palestin"

Wednesday, July 2, 2014

Salam Ramadhan Al Mubarak 2014

Salam Ramadhan Al Mubarak..

Dah masuk puasa ke 4 baru nak wish. Hehe..Takpa lah, belum terlambat kan.
Memula sekali..ALHAMDULILLAH kupanjatkan setinggi2 kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana memakbulkan doa dan berikan lagi peluang untuk jumpa Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah. 
Dan sampai puasa yang keempat dah pun. Doaku moga aku dan ibu ayah serta keluarga dan sahabat semua terus dilanjutkan usia, diberi kesihatan untuk terus mengharungi bulan yang penuh barokah ini. (Serta tahun2 selanjutnya. Amin)..

Ajal maut kita tak tahu kan..
Amik contoh, baru2 ni hari kedua Ramadhan kita dikejutkan dengan kes seorang saudara kita meninggal masa dalam perjalanan nak ke Bazar Ramadhan Putrajaya. 
Sampai sekarang pun masih imagine mcmana boleh berlaku. Difahamkan mangsa terjatuh masa cuba melompat longkang di tapak baru bazar tersebut. 
Tengok longkang macam kecik je. Tapi itulah kalau dah ajal. Kita tak tahu kan.
Moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman di sana. Al- Fatihah.

Puasa pertama dan kedua aku berada di kampung.Berbuka bersama mak ayah dan keluarga sangatlah indah detik itu. Semalam dah balik Putrajaya..buka pose beli nasi kerabu n balik makan sorang2 kat rumah..sadisss..

Apa2pun, post aku just nak cakap..
Allah dah bagi peluang kita jumpa lagi Ramadhan kali ini. Ayuh kita manfaatkannya. Ini bukan bulan biasa..bulan istimewa. Janganlah kita jadikan ia mcm bulan2 lain je..Amalan perlu dipertingkatkan
Tapi bukan alasan kerja dan tanggungjawab perlu dikurangkan..
Kerja tetap kerja..Amanah tetap amanah..

Baru habis meeting ngan Tan Sri (bos) kejap tadi. 
Lumrah lepas habis meeting...kerja bertambah,
So nak cakap..walaupun pose..kerja tetap bertambah. Huhuhu
Tan Sri bagi due date seminggu!! (bila puasa kena byk sabar. hehe)
So means...xleh pulun makan bulan ni..kena pulun keje la aku sekarang ni..
Tu pon kalo ko nak BERAYA nanti ye Maro!

Aku ni mengomen je..tapi keje tu tetap kena buat.
Mau tak......xmo aku sorang2 kat opis time orang beraya (cuti xmohon lagi)

Maro said: "Kerja adalah amanah dan tanggungjawab. Kerja kerana Allah..In sha Allah dipermudahkan.Moga dipilih untuk mendapat rahmat dan berkat Ramadhan kali ini...malam Lailatul Qadar"

Friday, April 18, 2014

Mengejar Dunia Akhir Zaman


Assalamualaikum..

Lama dah aku xbuka blog aku dan semestinya lama juga aku x berkongsi apa2 disini.
Bukan tiada idea dan bukan tiada topik untuk dikongsikan
Tetapi..aku terlalu sibuk dengan urusan dunia yang kita semua tahu..
dunia sudah makin hampir ke akhir zamannya.

Untuk ingatan bersama,
In sha Allah sama2 kita kembali ke pangkal jalan yang sebenar2nya.
Andai selama ini ada terkurang..sama2 kita penuhkan
Andai selama ini kita jarang melakukan kebaikan..sama2 kita biasakan.
Andai selama ini kita sering tersilap..ayuh sama2 kita baiki kesilapan

Target aku?
Masih belum tercapai setakat ini.
In sha Allah moga Allah permudahkan urusanku ini.

Ya Allah, Kau rahmatilah hidup aku, ibu ayahku, ahli keluargaku, saudara maraku dan semua muslimin muslimat di seluruh alam ini. Pilihlah kami untuk mendapat hidayah dan petunjukMu. Amin.

Maro said: "Kita senang mahupun susah..jangan lupa segalanya dari Allah SWT sebaik2 perancang"

Thursday, February 13, 2014

Husband vs Wife : Why Mom Always Late?


Perasan tak setiap kali nak keluar kemana-mana, kebanyakannya akan jadi macam ni?


So siapa cepat dan siapa lambat?
Dan kenapa dia boleh cepat sebaliknya sorang lagi sentiasa lambat.
Hehe. Aku ni pun lelaki tetapi bila ditanya sapa cepat siapa lambat, aku pikir pihak suami perlu faham situasi ini. Realitinya memang macam ni pun kan.

Biasanya anak-anak kalau nak mandi, cari baju, makan minum, jarang cari bapak tapi cari emak. 
So ni jawapannya. Hehe.

Maro said: "Hormatilah dan sayangilah kedua-dua ibu bapa kita. Baik mereka masih ada ataupun telah kembali kepadaNya".

Thursday, February 6, 2014

Selamat Pagi GAZA : Good Morning GAZA


Pagi ini di Gaza,
Ibu ayah terbangun lagi,
Anak kecil bermandi api.

Pagi ini di Gaza,
Anak muda alah bisa,
Menang atau jadi para syuhada'.

Pagi ini di mana-mana,
Berduyun-duyun berdemonstrasi,
Minta PBB cari resolusi.

Pagi ini di mana-mana,
Rijal bangkit bersengkang mata,
Tadah tangan memohon doa.

Pagi ini di Israel,
Rakyat jelata lari bersembunyi,
Perang dilancar memakan diri.

Pagi ini di White House,
telefon berdering berkali-kali,
Israel merayu minta simpati.

Pagi esok datang lagi,
Cahaya kemenangan takkan sirna,
Cahaya kemenangan takkan pernah sirna.

Selamat pagi Gaza!

Petikan: Hatta MD, Cheras


Maro said: "Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah dan selamatkanlah semua umat Islam di bumi Palestin. Rahmatilah mereka dan berikanlah kemenangan ke atas umat Islam di sana. 
Amin ya robbal a'lamin".

Monday, November 11, 2013

Friendster vs Facebook

"Habis madu sepah dibuang"
Tak ada pape pun sebenarnya, aku just tetibe teringat kat akaun Friendster aku.

Nak login tapi dah lupa password. BTW ada lagi ke Friendster skarang?


Tringat lagi aku masa zaman Diploma dulu. Asyik benar menelaah benda alah tu.
Tup..tup..keluar plak Facebook.
Sian Friendster..makin lama makin dilupakan. Last2 sunyi sepi.

Mula2 aku xsuka sgt FB sebab xpaham
Plus aku heran bila kawan2 kelas aku cepat2 nak balik kelas semata2 nk buka FB memasing.

Last2 bila aku start guna..aku xheran dah. haha

Lani..keluar plak Twitter, Instagram n mcm2 lagi lah
Sama..aku rasa heran dgn org2 yg macam maniac kat benda tu.
Aku ada jugak akaun, tp xreti sgt. Xcapai lg part yg bestnye ngn benda tu.

So...

Skarang aku masih lg setia ngan FB.
In fact sebelum ni aku gila ngan YM (Yahoo Messanger).
Malah geng2 dulu mesti kenal MySpace, MIRC bagai kan.
Tapi aku xmen lg masa tu. Masih beringus men perang2 dalam semak.Haha
Macam2 kan aplikasi/laman zaman skarang

Skarang VS Dolu2

Tapi kan..yang pasti....

SEMUA TU LAGHAA (Kalo disalahgunakan)

Maro said: "Mudah je nak lalaikan anak masa kini. Terutamanya Muslimin Muslimat. Itulah agenda Barat sebenarnya.. Kaann".

Monday, October 21, 2013

Mobile Toilet aka Jamban Bergerak

Thodiaa!
Post aku kali neh adalah berkaitan benda alah yg digelar Jamban Bergerak neh. Hoho.

Sejujurnya benda ni aku dah lama tengok sejak stahun duatahun lepas. Especially bila ada event besar kat sekitar bandar Putrajaya. Contohnye, Hari Belia dan lain2 (malas nak pikir).
Mesti ada benda ni diletakkan di port2 tertentu untuk bagi chance orang2 membuat hajat memasing. Hehe.

Dan sejujurnya aku xpernah langsung masuk n gunakan kemudahan ni. Bukan ape, aku rasa xyakin n xselesa.
Aku lebih rela kemut sampai ke rumah daripada gunakannya. Haha.
Over kan? entahlar..aku xpernah masuk tgk caner pun tp terus prejudis. Adoi.

Ni haa..yang aku tengah citer neh.

Nak jadi crita, minggu lepas aku terlibat ngn even ofis aku 1 Malaysia Entrepreneurs (1MET) kat KLCC.
Alah event yang konon pada asalnya Barrack Obama nak datang rasmi tapi xjadi tu lar. Last2 Senator John Kerry je yang datang rasmi. Bukti?
Tapi xpayah pikir sangat pasal depa tuh. Aku nak citer pasal jamban neh la.

Ok. Mcm aku cakap tadi, bile event besar je konfem ada benda ni. Kaan.
Mau tak disediakan? 3000 kot peserta terlibat ngan event tersebut. So aku tengok macam2 kaler ada. Suwwit sgt!! haha..

Sama jer ngan yang atas tu.

Pukul 6.30 pagi aku dah kena sampai kat situ. Mak aih!! itu John Kerry je. Korang tau jadual asal kalo Obama yg datang, kami kena standby jam 5pagi. Deng!
Nak jadi cerita, sejak malam tu perut aku asyik memulas je. OMG!.
Situ bukan senang nk cari toilet kan. Soo..(ceteke aku tgk apa) hoho

Nak x nak, terciptalah sejarah aku gunakan jamban bergerak neh. Bapak jakun mula2 aku masuk.
Tp bila masuk dalam.. WAH!!! hebat! hoho
Ada mangkuk..pastu nk flush tekan ngan kaki. Nak kuar air sinki pun tekan pakai kaki.
Mujur x basuh berak ngn kaki je kan. Hoho
Tapi aku xbuang air besar. Xjadi. Aku buang yg kecik2 je.
Fuh!! epic! (sebab aku dah guna jamban neh)

Yg uniknye pasal jamban neh, kalo nk tau ada org x,,ada tanda MERAH or IJAU.
Merah tandanya ada org n pintu terkunci. Huhu

Nak habiskan event sampai tengahari, kemain girang lah aku ulang alik guna jamban tu.
Canggih kot!! Haha
Padahal duk dalam ekon sejuk sgt asik nk terkucil jek.

dum..dam..dum dang..
Satu....Malaysia!!!
Satu...Malaysia!!!
Laungan tu sebab Dato Seri PM kita ada bersama.Ok.

Bila event dah habis, aku nak amik peluang sekali lagi guna jamban tu.
Macam biasa, tgk tanda kat pintu kaler IJAU. Means available letteww..

Masuk slow2 then kunci dari dalam.
Pastu...pastu...(xyah cerita deh)

Tengah syok aku pastu..pastu..
Tetibe pintu terbuka
ARGH!!!!!!!!!!

Nasib baik gambar dah censored


Sorang pakcik ngn selamber bukak pintu jambanku. Xtahan kot cepat2 dia nak masuk.
Wargh!!! dengar aku mengaum terus dia
Arh! Soli..soli...(seraya tutup pintu n belah)

Aku?
Kelu..... T_T

Dem! aku benci jamban bergerak

Maro said: "Jangan sangka pintu kunci xleh bukak"

Friday, October 18, 2013

Ular Misteri di UiTM Machang


Sape pernah duduk Kelantan (atau korang memang ore Kelate) mesti tau kemeriahan pasar malam kat sana.
Kalo tanye aku,,woooih!!! tempat wajib n paling suka aku pegi time belajar dulu2.

"Kak, bui nasik krabu daging bakar so, kueh tu so, hok tu so, pahtu hok ni duo rial deh"
(Kak, bagi nasi kerabu daging bakar satu, kuih itu satu, yang tu satu, pastu yang ni dua ringgit ye)

amik! itu baru setengah je aku sebut. Padahal banyak lagi. Punyelah tamak kan. Nafsuuu..

Bile dah penat, meronda, melihat gelagat puluhan manusia kat pasar n memilih juadah, aku n geng 'kacip' (teman karib) aku Radi, Kamil n Shidi (semua bukan nama sebenar) pun start moto then balik u.

Sampai kolej, berlari2 lumba naik tangga. Tingkat 4 woo (mana ada lif).
Semua x sabo nak mentekedarah kan..
tp sebelum makan kena basuh tangan kan

Memula member aku Radi pergi toilet,
aku ngn Kamil follow,
kebersihan diutamakan, badan cergas otak pun cerdas, giteww :)
Meggi..meggi rasa , sedap cukup rasa`
Teringat lagu emi mastura kat tibi plak. haha

Tengah2 leka aku basuh tangan yang ada 7 turutan tu (saranan Kementerian Kesihatan)
Radi tetibe menjerit. Panggil nama aku n Kamil,
Gelabah semacam je gayanya. Kulihat mukanya sedikit pucat.
Radi tolak kitorang ke sebuah toilet yang dia masuk tadi
Ado ular lah!!!




Aku tengok ular tu,
Tergamam!
Mak aihh..seram dowh..panjang.
Aku turut sama jadi pucat. Takut, aku cepat2 keluar balik bilik,
Aku duduk kat kerusi study,
Termenung panjang. Kelu~

Budak 2 orang tu masuk bilik start makan,
Aku makan slow2, tak cakap pape.
Mata tenung keluar tingkap ke arah tangga 'batu caves'
Makanan tak habis.

Kamil tanya aku,
Bakpo tak abih nyo? (Apsal tak habiskan)

NATE APO!!
panjang betul tahi dalam toilet tadi.
Malaun mana lar lepas2 then xmo flush balik,
Patut la makcik cleaner situ asyik membebel

ARGH!!!!
ilang teros selera aku.
Panjang macam ular boh.
DENG!



Maro said: "Reti buang reti flush. Kucing pun pandai kambus hasil peninggalan beliau".

Tuesday, September 24, 2013

Al Fatihah buat arwah Maksu Yah


Setiap yang hidup pasti akan mati. Dunia ini hanya sementara dan akhirat jualah kekal selamanya.
Lama dah aku tak update blog ni. Banyak sangat ideanya tapi masa je tak ada. Termasuk lah saat aku buat post ini. Tapi aku amik sedikit masa untuk taip jugak.

Tajuknya..Al fatihah buat arwah Maksu Yah.

Aku masih ingat masa kecik2 dulu (sekolah rendah), aku ngan kembar aku suka sangat ponteng sekolah. Pakai baju skolah kemas2 then nyorok masuk hutan (semak je sebenarnya). Dengan harapan lepak lah situ sampai waktu budak balik sekolah then kami keluar balik umah. Hehe.."DENGAN HARAPAN".

Kenapa aku kata "DENGAN HARAPAN" sebabnya semua usaha kami tidak menjadi seperti yang DIHARAPKAN. Selalu je kantoi. Seingat aku member aku ada post pasal kisah kami ni. Cer klik IrwanZul.

Dan apa kaitan plak ngn habit suka ponteng aku dengan tajuk ini?
Sebenarnya Maksu Yah ni jiran yang cukup aku respek dan sayang masa kecik2 dulu. Even masa kami kantoi dulu, dialah ni lah yag pergi mereport kat abg aku. Tapi xpernah sesekali aku berdendam dengannya malah makin sayang adalah. Semalam aku dapat berita dia telah kembali ke rahmatullah. Innalillah.

Sedih dan terkilan. Masa kecik aku selalu kerumahnya. Arwah suaminya adalah tukang gunting rambut feveret aku. Tapi selepas suaminya meninggal, aku jarang lagi kerumahnya. Bila tamat sekolah rendah, masuk MRSM kat kelantan, lepas tu masuk U, lepas tu skg menetap di ibu kota...bertambah lamalah aku tak jumpa dia.

Terkilan. 2 minggu lepas kau balik kampung. Mak kata Maksu Yah tak berapa sihat sekarang. Dulu lepas operate mata, arwah jarang keluar rumah. Duduk rumah je. Paling sedih raya ritu aku dengar arwah jatuh kat bilik air tapi dia sorang2 tak ada sapa bantu sampai jiran jmpa masa ke rumahnya. (aku start sedih)

Mak suruh aku g melawat MakSu Yah. Ye aku nak pergi tapi disebabkan sibuk ke kebun ambil buah utk bawak balik Putrajaya esoknya, aku tak sempat melawat Maksu Yah. Last2 esok pepagi aku balik Putrajaya.

Semalam, aku dapat berita Maksu Yah dah tak ada. Aku tengah mesyuarat time tu, keluar air mata. Sedih dan terkilan. Kenapa aku tak lawat dia hari tu. Allahuakbar...inilah manusia..bila kehilangan baru nk rasa menyesal..

Aku doakan moga roh arwah Maksu Yah ditempatkan dikalangan orang beriman dan bertakwa di sana. Moga segala dosanya juga diampunkan Allah. Amin.

Maro said: "Speechless"

Thursday, August 22, 2013

Tregedi kemalangan bas di Genting Highland (21 Ogos 2013)

Lama sangat2 dah rasanya aku xpost pape isu kat blog ni.
Tapi sebenarnya aku lupa, walau berkurun lama aku xupdate blog ni sekalipun, ada orang kesah??
Takde kan.. haha.. ok fine! (sigh)

Sebenarnya byk je benda nak dikongsikan. Especially pasal apa berlaku time raya aku ritu. Pasal isu2 masakini. Tapi when it comes to the time nak menaip, ada kerja plak. Bila ada masa lapang sket, rasa malas plak. Itu je alasannya.

Apa2 sekalipun, aku ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa kemalangan bas di Genting Highland petang semalam (21 Ogos 2013). Al Fatihah buat mangsa-mangsa yang beragama Islam dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

Maro said: "Moga kita semua sentiasa dilindungi Allah dan dijauhkan daripada sebarang malapetaka serta kecelakaan seperti ini. Nauzubillah. Hati-hatilah dijalan raya"

Tuesday, July 23, 2013

Gred Hidup



Pangkat2 ni dunia je semuanya. Tak boleh dibawa ke mati. Yang dikira nanti amalan kebajikan sepanjang kita hidup di dunia ini. Raja ke, orang biase ke, kaye ke, miskin ke, apabila mati nanti..amalan kita yang akan dihitung.

So andai bagi yang berpangkat or berstatus tinggi, xboleh rasa bangga malah menyombong diri dengan orang bawah/orang biasa. Sama jugak dengan yang tidak bernasib baik, susah, pangkat bawah. Tak boleh nak agung2 sangat mereka yang diatas itu. Namun..semuanya masih berpegang pasal prinsip hormat-menghormati. Tolong menolong. Kann..

Hehe..dah macam Ustazah Bahiyah plak aku cakap tanpa henti neh. (Cakap ke taip???..erk..)

Ok. Fine!. Pahal tetibe kuar isu pangkat eh? Huhu.. Takde sebenarnya jadi pada aku (aku tanya..aku jawab...so what!!!). Hehe.. Kat ofis aku berkawan dengan semua orang. Tua, muda, pangkat tinggi, pangkat bawah. Sebab bagi aku, persahabatan x kenal status. Janji ada kejujuran dan keikhlasan.

Bukan nak kata aku pangkat tinggi. Jap, sebenarnya aku heran dan selalu terpikir sorang2. Kenapa dalam dunia semasa ni perlu ada perbezaan? Sapa tau? sila komen. Hehe. Kalau dalam kerjaya aku sekarang ni, ada kategori pegawai, ada sokongan, ada tetap, ada kontrak, Turus, JUSA, 54, 48, 44, 41 dan kebawah3nya.. Ada level! dan Level ini kekadang jadi gap dalam hubungan seharian. Ini based on pengalaman aku lar. Kalau aku, aku rasa biase je pangkat2 neh. xde efek dalam pergaulan seharian......but still..respect to each other.



So nak jadi cerita, aku selalu join sukan ngn staf2 ofis aku dan kebanyakannya support staf. Bukan aku nk cakap aku level tinggi ke apa tapi nak cerita duk main2 selama ni..tetibe ada seorang member kpd staf aku tu lar. Mungkin dia duk dengar cara member2 dia cakap ngn aku, satu ari masa men badminton dia cuit aku

"eh, Yo, kamu bos ke kat sini?, tanya dia. 

"xde ah, ngarut ah. Aku biasa2 je mcm diorang". Aku jawab. Tapi katanya dia perasan semua mcm takut2 n hormat2 kat aku. Lepas tau aku ni 'pegawai' (kononnye tinggi sket daripada mereka), lepas tu terus aku perasan dia sendiri jadi skema ngn aku. Padahal sebelum ni duk men tak hingat, jerit2, bertempuk tampar. Hoho. Kenapa? sebab beza level tadi kan. Adoi.. setiap kali join geng diorang rasanya aku yg paling giler2. Tapi still dengan aku depa jadi skema. T__T

1 lagi cerita. Setiap tahun ofis aku ada buat majlis berbuka puasa. Dan kat situ aku kenal seorang staff ni. Asal Kelantan. So memandangkan aku sekolah lama kat sana then mak aku pun asal Kelantan so boleh sembang2 dalam loghat Kelate lah. MOF ni besar so 3 tahun keje sini, tu 1st time jumpa dia. LOL. Setiap ari buka pose sama kat ofis. Lepak2, sembang2. Then sampai satu ari, dia duk sembang ngn aku then tanya aku ni gred berapa, 17 ke 27 (orang Gomen tau la pasal gred neh). So aku jawab "tak, aku gred ***. Muka dia macam terkejut then lepas tu terus jadi skema dengan aku walaupun aku masih lagak mcm biasa. Itu tahun lepas. Tahun ni aku jumpa pun camtu lah, cakap segan2 ngn aku. Adoyai.. Paling xleh blah, elok2 bahasakan diri 'kawe', 'demo'..skarang tukar 'saya'..'encik' plak dah. Padahal aku masih guna 'kawe' 'demo'.

So....itulah sebabnya aku keluar post ni kali ini. Pasai apa ada beza2? Then pangkat2 ni dunia semuanya je. Kat sana nanti xpandang dah. Aku berkawan tak kira level. Janji respect to each other (again)

Itu je. Mungkin ada pembaca akan kata poyo lah aku post pasal ni. Nak cakap aku pegawai la tu. Mungkin ada! Aku yakin. Tapi aku xde niat. Lillahitaala. Cuma just nk luahkan apa yg aku duk rasa dan pikir selama ini.  :D

Maro said: "Kat ofis boleh la ber'encek'2..kat luar tak payah lah. Kita semua sama je blaka"

Monday, June 10, 2013

Entri Tanpa Tajuk

Dalam pale otak aku terpikir untuk tuliskan sesuatu
Tapi aku tak tahu nak tulis atau taip apa.

Banyak sangat.. barangkali

Semenjak dua menjak ni banyak sangat benda berlaku pada aku. Benda yang aku terima sebagai ujian tapi sebagai manusia biasa yang lemah, bagi aku semuanya mendukacitakan.

Mungkin itu alasan aku tidak tahu apa topik kali ini...Mungkin.

Maro said: "Nothing"

Wednesday, May 8, 2013

Tips Menangani Login Failed Error!


LOGIN FAILED
ERROR..

Jujur, aku memang alergik betol ngan dua ayat di atas. Tensen rasa setiap kali melihat benda alah tu. Ada 2 alasan je, lupa password (mistake common aku) atau internet itu sendiri. Huhu.

Aku bukan budak pure IT. So post ni tidak berniat menghurai pasal benda ni secara teknikalnya. Sekadar menghubungkait LOGIN FAILED ERROR ni dalam konteks kehidupan kita sebagai manusia. Betul, kita sebenarnya bukanlah sebuah mesin kann.

Sedarkah kita dalam kehidupan seharian acapkali kaki kita mungkin tersadung, stuck dalam jem, terpaksa beratur panjang di kaunter dan macam2 lagi lah. Time kita nak cepat, masa tu la ada halangan. So kita terpaksa bersabar...dan bersabar lagi. Tapi, itulah yang menjadi asam garam kehidupan. (Kenapa asam, kenapa garam, aku xpasti).

Sabar itu separuh daripada IMAN.

So, biasanya lah apa langkah2 yang boleh kita bila kita menghadapi situasi sulit yang melengah2kan urusan kita?. Macammana nak betulkan persepsi minda kita apabila kita tiba2 gagal login atau mudahnya untuk dapat apa yang kita mahu?

Kemana hendak ditala rasa kecewa dan bengkek? (amik..keluo loghat dah)

Dicurah ke pegawai HELPDESK kah? Ada SOP kah untuk kita bertindak selanjutnya. Nak buat macam mana dengan worm dalam server otak kita tu? Last2 otak jadi mereng. Tak stabil. huhu

So tetibe aku rasa rajin nak kongsikan beebrapa tips untuk berdepan dengan situasi yang tidak diingini atau tak diingini dalam kehidupan kita.


manipalblog.com

1. CELIK MATA HATI, RESET MINDA DAN JIWA
Ubahlah cara kita berfikir, cara kita buat sesuatu pekerjaan dan baiki diri sendiri. Paling baik, jadilah seorang yang fleksibel dan bukan kuat membebel.


2. TETAPKAN KONFIGURASI KEUTAMAAN
Apakah kita tahu apakah senarai tugas kita setiap hari, start bangun tidur sampailah nak tidur semula. Sebaiknya kita harus tahu membezakan mana yang perlu didahulukan dan yang dikemudiankan. "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" (xde kaitan. haha).

Mana yang utama, mana yang hendak disegerakan, apa yang kurang penting malah apa yang boleh ditinggalkan. Semua tu kita perlu nilai. Setiap saat itu sungguh berharga. Ingat...


"Demi masa, sesunggunya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh" (Surah Al-'Asr)


3. BETULKAN CODING DATABASE ANDA
Jadikan kehidupan kita ringkas dan tak serabut. Tapi perlu SIGNIFIKAN. So sama jugak dengan coding dalam kehidupan kita seharian. Make it simple, easy, accessible untuk semua orang disekeliling. Kalau kita pilih untuk menjadi seorang yang Alhamdulillah educated, Allahuakbar sophisticated dan uptrend dan disulami pulak dengan Astagfirullahalazim complicated, jangan salahkan orang lain jika kita tidak dapat LOGIN jiwa kita dan memahami apa yang kita sebenarnya hendak dan katakan.


4. BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN - FAQ
Setiap website kebanyakannya ada Frequently Asked Questions (FAQ) kan. Sebab apa? Sebabnya daripada manusia pertama diciptakan oleh Allah lagi iaitu Nabi Adam A.S dijadikan memang suka bertanya beribu macam soalan. Inikah pula kita manusia di akhir zaman ini. FAQ adalah kamus rujukan kepada yang lama dan yang baru supaya jangan ulangi kesilapan yang sama macam beribu orang sebelumnya. So, ikutlah langkah yang telah disediakan oleh mereka yang pakar. Pilihlah untuk menjadi seorang yang bahagia di dunia dan akhirat.

www.freepatentsonline.com


5. LOGIN SEMULA DAN REFRESH MINDA
"Anda perlu login semula untuk menyambung kembali sesi yang telah ditamatkan". Annoying kan. Haha,. Try ingat balik, berapa kali anda pernah log in semula dan sudahnya refresh PC anda yang tiba2 terpadam dengan sendirinya? Virus kah?. Maybe jugak sebab kita jarang buat maintenance PC or laptop kita. PC pun macam kereta gak, sampai masa kena hantar servis. Kita sebagai manusia pun sama lah. Sampai satu peringkat, cas negatif banyak dalam rohani dan jasmani, so SIGN OUT lah dahulu dan LOG IN lah semula. Bila MINDA / Processor kita dah sejuk, virus free!

Jangan hadapi ia dengan cemuhan dan rungutan saja, tapi syukurlah dengan adanya kehidupan yang pernuh warna-warni (jangan lupakan HITAM kerana ia juga sejenis warna) dan ambillah peluang untuk tambahbaik apa yang kurang.Kita mampu mengubahnya.. ececeeeh.. :D


Maro said: "PC padam, jangan terus ditukar baru. Selidik punca dan cuba perbaikinya. Dari itu, kita tahu apa kesilapan dan permasalahannya."

Thursday, April 18, 2013

Batasan Kesabaran


Orang selalu kata sabar itu ada batasnya.
Betul! sebagai manusia biasa, kekadang sampai satu tahap ada hilang kesabarannya.
Tapi ingat, selagi boleh..SABAR..
Kerna sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.


Memikirkan ketidak adilan serta tidaktentuan dunia ni kekadang buat aku nak tanggal baju tunjukkan siapa aku sebenar. BERTUKAR!!

Maro said: "Kita hanya mampu merancang dan berusaha, seterusnya Allah yang akan tentukan hasilnya. Tapi jangan penat untuk berusaha".

Monday, April 1, 2013

Renungan: Mengapa Tun Dr. Mahathir Sedih?

Mengapa Tun Dr. Mahathir Sedih?

shalattas.com

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, Menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Sumber: Artikel Utusan Malaysia

Maro said: "Jangan sampai bumi milik dipijak orang. Jaga keamanan tanah air kita"

Tuesday, February 26, 2013

Penantian!


Orang kata penantian itu satu penyeksaan.

Ye! aku sedang menanti dan ianya cukup menyeksakan.


Ya Allah, jadikanlah hasil usaha aku dan teman2 tempoh hari dan doa kami selama ini adalah hasil yang mengembirakan.


Maro said: "Usaha + Doa + Tawakal. Moga perancanganku selari dengan ketentuan Allah SWT"


Friday, February 15, 2013

Perjuangan belum selesai


Alhamdulillah.. 15 Februari 2013. Selesai sudah satu fasa. 

Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah langkah aku pada kali. Permudahkanlah segalanya dan jadikanlah langkahku tadi merupakan satu langkah yang akan memberi sinar selepas ini. Amin Ya Robbal a'lamin.


Maro said: "Semoga ianya adalah rezeki buat aku dan sahabatku"

Thursday, January 31, 2013

Senator John Kerry’s confirmation hearing to serve as US Secretary of State


Tu diaa..tajuk xleh blah.

Saja aku guna tajuk tu sebab tak tahu nak buat tajuk apa untuk entri aku kali ini. Tak ada kaitan pun. Malah xpernah sekelumit rasa dalam hati aku untuk menyokong negara US neh.


Maro said: "Suka menconteng bila kepala rasa kusut dan serabut"

Monday, January 7, 2013

Aku sebuah kalkulator saintifik

lalalala

Maro said: "Semoga perancangan kita sentiasa selari dengan perancangan 
Allah Yang Maha Kuasa"

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers