Konco - Konco

Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Friday, December 27, 2013

IPv6


Apakah itu IPv6

IPv6 ialah Internet Protocol version 6 yang diwujudkan bagi menggantikan protokol sedia ada iaitu IPv4 selain menjadi inisiatif untuk menaiktaraf internet secara keseluruhan.

Tujuan utama IPv6 diperkenalkan adlah untuk menangani masalah kehausan alamat IPv4 yang sering dihadapi sekarang.

  • Alamat IPv4 bersaiz 32 bit manakala IPV6 bersaiz 128 bit;
  • Dengan IPv6, internet mampu berkembang menjadi lebih besar (berjuta kali ganda) berdasarkan saiz, pengguna, peranti dan objek yang bersambung dengannya.
  • Ciri IPv6 yang memperkenalkan 'extension headers' telah memberikan keupayaan pada protokol tersebut untuk melakukan pemprosesan yang lebih berkesan;
  • IPv6 menyokong Quality of Service (QoS) yang memberikan pengendalian istimewa bagi sesetengah jenis paket;
  • Penggunaan Internet Protocol Security (IPsec) dalam IPv6 dapat meningkatkan ciri keselamatan

Kelebihan IPv6.

Keupayaan protokol IPv6 memberikan alamat IP (IP Address) yang lebih besar seterusnya membolehkan internet berkembang dengan lebih besar dan pesat untuk menampung keperluan semsa dan akan datang.

Maro said: "Tak ada kaitan dengan cerita IP Man"

Monday, December 16, 2013

Amalan Selamat Apabila Menggunakan Smart Phone.


Post kali ini sekadar berkongsi 9 tips selamat apabila menggunakan smartphone.

  1. Memasang nombor PIN dan katalaluan pada telefon pintar;
  2. Tidak melakukan sebarang pengubahsuaian terhadap konfigurasi ciri keselamatan smartphone;
  3. Pastikan hanya memuat turun aplikasi mobile dari sumber yang dipercayai. Kita seharusnya melakukan semakan dan mengkaji terlebih dahulu untuk memastikan aplikasi tersebut adalah dari sumber yang betul;
  4. Semak dan faham "app permission" yang diperlukan sebelum memasang mana-mana aplikasi mobile;
  5. Sentiasa update dan patch telefon dari sumber yang dipercayai;
  6. Sentiasa berwaspada dalam menggunakan kemudahan Wi-Fi di tempat awam bagi mengelakkan session hijacking dan serangan Man-in-the Middle (Digalakkan menggunakan encrypted VPN bagi akses Public Wi-Fi)... Masih mengharap WiFi free???
  7. Laksanakan data wipe sebelum menukar dan menjual smartphone anda untuk mengelakkan maklumat sulit bocor kepada pihak ketiga. Nak2 yang banyak video 'pelik-pelik'. Haha
  8. Laporkan kehilangan smartphone (kod IMEI) kepada syarikat telekomunikasi; dan
  9. Pasang aplikasi antivirus yang sah untuk mengimbas aplikasi yang telah atau akan dimuat turun ke dalam smartphone anda.

Maro said: "No matter where you are or what you do, remember..Allah is watching over you"

Monday, November 11, 2013

Friendster vs Facebook

"Habis madu sepah dibuang"
Tak ada pape pun sebenarnya, aku just tetibe teringat kat akaun Friendster aku.

Nak login tapi dah lupa password. BTW ada lagi ke Friendster skarang?


Tringat lagi aku masa zaman Diploma dulu. Asyik benar menelaah benda alah tu.
Tup..tup..keluar plak Facebook.
Sian Friendster..makin lama makin dilupakan. Last2 sunyi sepi.

Mula2 aku xsuka sgt FB sebab xpaham
Plus aku heran bila kawan2 kelas aku cepat2 nak balik kelas semata2 nk buka FB memasing.

Last2 bila aku start guna..aku xheran dah. haha

Lani..keluar plak Twitter, Instagram n mcm2 lagi lah
Sama..aku rasa heran dgn org2 yg macam maniac kat benda tu.
Aku ada jugak akaun, tp xreti sgt. Xcapai lg part yg bestnye ngn benda tu.

So...

Skarang aku masih lg setia ngan FB.
In fact sebelum ni aku gila ngan YM (Yahoo Messanger).
Malah geng2 dulu mesti kenal MySpace, MIRC bagai kan.
Tapi aku xmen lg masa tu. Masih beringus men perang2 dalam semak.Haha
Macam2 kan aplikasi/laman zaman skarang

Skarang VS Dolu2

Tapi kan..yang pasti....

SEMUA TU LAGHAA (Kalo disalahgunakan)

Maro said: "Mudah je nak lalaikan anak masa kini. Terutamanya Muslimin Muslimat. Itulah agenda Barat sebenarnya.. Kaann".

Tuesday, May 14, 2013

Survey handphone? : 10 telefon pintar terbaik sepanjang 2012


Tora datang lagi!!!
Hehe..sgt kebudak2an. LOL. Bukan nak iklan pasal Tora pun. Haritu aku ada post pasal telefon pintar terbaik sepanjang 2011, so kali ini nak share antara telefon pintar best sepanjang 2012.

Mana lah tau kot2 ada diantara kita tengah2 survey enset tenyeh2 jari kat skrin tepon ni. kaann.

Okeh. Aku malas nak taip banyak2. Layan.





Ye..ye!! aku tau skarang dah keluar S4 dah pun kan. Tapi dah tajuk post adalah smartphone tahun 2012. So jangan cakap pasal 2013 deh. Hehe. So apa yang best dengan phone ni? Bagi aku, boleh dikatakan antara smartphone yang serba lengkap lah.
Detail? klik sini





Macam biasa, Apple ngan Samsung ni bersaing je kan. So keluaran ini merupakan model pertama dengan skrin 4 inci dan dilengkapi dengan penyambungan data 4G LTE. Setakat ini, smartphone paling kacak lah bila bercakap pasal designnya. Anda boleh dapatkannya dari AT&T, Sprint ataupun Verizon dan lepas ni ada di T-Mobile. Tapi dengar2, macam nak keluar iPhone 5S plak daaa.
Detail? klik sini




Apa yang best pasal phone ni adalah jangka hayat baterinya yang tahan lama. 21 jam. Bercakaplah sampai kering tekak. Saiznya kelihatan besar sikit kan (4.3 inci). Kalau bagi anda ianya besar (rimas lah), RAZR M pun okay. Lebih murah dan bateri tahan selama 20 jam. Masih mampu bercakap sampai kering tekak. Hehe
Detail? klik sini




Macam biasa, Nokia akan mengeluarkan phone dengan OS Windows Phone 8. Apa yang menariknya, phone ini merupakan keluaran pertama dengan penstabilan imej optik selain membolehkan anda ambil gambar dengan terang dan jelas walaupun di dalam cahaya yang rendak (gelap). Dibekalkan dengan koleksi warna-warna pastel membuatkan ia nampak menariklah. Plus ada pengecas tanpa wayar. :D
Detail? klik sini



 Walaupun skrinya bukanlah yang terbesar diantara phone2 lain, boleh dikatakan sederhanalah. Nak kata tablet pun tak sangat. Nak kata phone plak besar sikit. So kita gelarkan ia 'Phablet'. Ngeee.. Rasa2 xmau guna stylus, xpe..phone ni membenarkan fungsi tangan jugak ok.
Detail? klik sini




Siapa jenis kaki game, bagi aku phone ni sesuai sangat. Dilengkapi dengan Nvidia Tegra 3 quad-core 1.7 GHz super processor, memori 64 GB, skrin 4.7 inci dengan resolusi 720p menjadikan phone ini antara smartphone terbaik dan berkuasa pada masa laani. Hehe. Sama jugak dengan kebanyakan handphone terbaru HTC, phone ini membantu anda untuk merakan video dan mengambil gambar secara serentak. Cuma, bateri xberapa tahan sikit namun masih tersenarai sebagai phone popular tahun 2012.
Detail? klik sini




Daripada pandangan aku, phone ni titik beratkan pasal kamera. Dilengkapi dengan kamera 41.5 MP tetapi takde lah mengharapkan kita ambil gambar 41.5 MP kan so dia buat dafault 5MP. Bila anda zoom in 3x, kualiti gambar masih 5MP. Best tak? best tak?.. selain itu, anda boleh juga zoom 4x selain buat rakaman video dengan mengekalkan kualiti resolusi 1080p penuh. Ohsem lah!
Detail? Klik sini




Amik!! nama hebat doo. Apa yang menarik pasal phone ini? Jika LG Optimus G memiliki resolusi kamera kedua tertinggi...model apa pulak jadi yang pertama? Haa..tentulah HTC Titan II. Dengan kapasiti 16 GB dan menggunakan OS Windows 7.5 ia memang mengiurkan malah dengar2 mengenai bakal keluarnya Windows Phone 8 Titan III aka Zenith. Tungguu..
Detail? Klik sini




Macam transformers plak kan. 2 sebab kenapa phone ini menjadi 10 phone terbaik 2012 adalah ia merupakan smartphone US pertama dengan quad-core processor yang menjadikannya antara phone paling hebat tahun ini selain menduduki tempat kedua dalam kategori resolusi kamera tertinggi (13MP) selepas HTC Titan II. Aku dah cakap kat atas tadi..xcaya!
Detail? Klik sini


10. HTC 8X

  
Last but not least, again from HTC. Merupakan Windows Phone 8 smartphone yang memiliki design yang agak cantik selain sound sistem pun boleh dikira sangat bagus.
Detail? Klik sini

Itu je. Selamat memilih. Kalau ada masa, next year aku ulas best smartphone untuk tahun 2013 pulak. 
In sha Allah. hehe..xde keje kaaan...


Maro said: "Kesederhanaan adalah kunci kebahagiaan. Tak perlu bermegah-megah kerana disana nanti kita sama melainkan bekal amal kita semasa hidup dunia ini"

Friday, April 19, 2013

Adobe Photoshop : Jakunkah aku?

Masih aku ingat zaman diploma dulu aku gila sangat ngn Adobe Photoshop. Versi 7.0 kalau xsilap. Tapi skarang dah CS dan apa2 bagailah. Sejak kerja ni aku tak amik tau langsung pasal tu. Huhu..Tak sempat lah. Malah skg dah version berapa pun aku xsure.
Cuma tetibe arini tergerak hati nak guna photoshop. Amik! semua berubah.

Tu sebab orang kata teknologi ni tak terkejar kot. (Bagi rakan IT diluar sana macam Adi Wenk, mesti dia perlekehkan aku bila baca post ni kan... huhu). Biar ah! deme memang my idol!

Takde pape, cuma first time aku mewarna (skema betelll) pakai Adobe Photoshop. hahaha.

Korang tengok biasa je kan? haha. Takpe, sebab ini kali pertama aku mewarna pakai 'kedaigambar' neh, so aku kata "wah!! terujanya aku!!!!"

Maro said: "Ini semua poyo!!!"

Wednesday, November 14, 2012

Samsung Galaxy Note 2

Idea..
Bukan senang nak dapat idea best. Tapi kadang2 certain time idea datang sendiri mencurah2..
Kadang2 banyak sangat topik untuk diperkatakan atau dikongsi bersama
Kadang2 pulak xde langsung.

So sekarang..srius aku blur. Xde apa2 untuk dikongsi bersama. Sekadar kongsikan lakaran aku menggunakan stylus pen Samsung Galaxy Note 2 je. Weiiii...

Gambaran aku tengah blur

Itu je. Hehe


Maro said: "Hebat2 catatan di Galaxy Note..lagi hebat catatan amal dikiri dan kanan bahu kita."

Monday, November 12, 2012

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet (Remaja & Kanak- kanak)



Chatrooms, Instant Message, Streaming, Texting, Telefon, WAP, WIFI dan Blog...bagaikan tak pernah berakhir. Tapi apabila dan berminat dengan trend terkini pastinya akan muncuk pula teknologi yang lebih hebat dengan isu keselamatan yang baru.

Tapi don't worry, hanya dengan beberapa petua ringkas, anda boleh melayari Internet dengan selamat.

LOL (laughing out loud)
- Penggunaan gaya bahasa dan cara penggunaannya akan menimbulkan minat kanak-kanak untuk terus melayari internet. Tapi gunakanlah dengan bijak dan berhemah ok.

TTYL (talk to you later)
- Oleh itu, untuk kali ini sahaja, berikan tumpuan dan bacalah tips ini dan jangan hantar atau taip mesej selain daripada mesej yang diberikan ini. Setuju?

BTW (by the way)
- Dengan menggunakan filtering software, anda boleh menghalang kandungan yang tidak berfaedah dan langkah terbaik adalah dengan mengenali rakan bual anda. Ingat tu!! Jangan sesekali bertukar-tukar maklumat peribadi dan gambar anda di internet. Pendek kata jangan mudah mempercayai orang.

- Berjuta kanak2 melayari internet semasa anda membaca post ini. Tapi...anada masih belum bersedia lagi untuk menggunakan Interent sehingga anda membaca maklumat ini:

www.esecurity.org.my


GTG (got to go)
- Sama ada anda sedang berbual, belajar dan ketawa, anda perlu sentiasa ingat bahawa amalan terbaik melayari internet supaya anda tidak digodam (hack), mendapat virus atau menjadi mangsa pencuri identiti.

Anda juga perlu mengabaikan mesej dari orang yang tidak dikenali, bertanya tentang kata laluan (password) dan maklumat peribadi, melihat laman web lucah yang muncul secara tetiba2 (no..no..no..!) dan menerima e-mel SPAM (emel remeh) seperti peraduan palsu dan e-mel hadiah percuma.

Oleh itu, anda perlu melayari internet dengan bijak dan sentiasa berwaspada dengan SPAM serta memadamkan mesej tersebut.


BERTINDAK DENGAN BUJAK JANGAN TERTIPU!

Terdapat ramai pengguna internet yang sentiasa mencari peluang untuk menganiaya orang lain terutama golongan remaja dan kanak2. Biasanya mereka akan menghantar e-mel/mesej secara rabdom dan mengharapkan seseorang akan membalas e-mel/mesej tersebut. Soo..

JANGAN SEKALI-KALI...
  • Berikan nama, alamat, nombor telefon, nama sekolah atau kata laluan
  • Bertemu dengan orang yang tidak dikenali semasa anda berbual di Internet tidak kira apa yang mereka katakan
  • Membukan e-mel atau attachment daripada orang yang anda tak kenal, mempercayai gambar dan mesej yang anda terima daripada orang yang tidak dikenali
  • Sembunyikan sesuatu daripada ibu bapa, guru atau penjaga anda jika seseorang atau mesej yang dihantar menjadikan anda berasa tidak selesa.

BRB (be right back)
- Antara soalan popular yang sering ditanyakan oleh kanak2:

Saya hendak memuat turun muzik atau membeli sesuatu secara dalam talian. Apa yang perlu saya lakukan?

  • Memuat turut (download) muzik yang dilindungi hak milik tanpa membayarnya adalah menyalahi undang2.
  • Gunakan laman web yang biasa digunakan oleh rakan anda, atau nama yang biasa dikenali.
  • Gunakan mekanisme pembayaran yang selamat. Cari kunci mangga di bahagian bawah laman web.
  • Guakan kad kredit kerana ia biasanya dilindungi daripada penipuan.
  • FIKIR sebelum anda membuka emel. "Adakah saya mengenali orang ini?"
  • Adakah tajuk ini masuk akal? Jika tidak...jangan buka.
  • Halakan tetikus pada pautan untuk melihat alamat laman web (URL). Jika URL itu berbeza daripada jangkaan anda, jangan klik padanya.
  • Laporkan spam dan virus kepada MyCERT, ISP, orang dewasa atau polis.
  • Ingatm anda TIDAK wajib membuka emel. Jika ia penting, dan anda memadamnya, orang itu akan menghubungi anda semula.
Saya sedang berbual dalam talian dengan seseorang yang tidak saya kenali. Apakah yang perlu saya lakukan?
  • Sentiasa pastikan maklumat peribadi anda dirahsiakan.
  • Jangan berbual mengenai sesuatu yang membuatkan anda berasa tidak selesa.
  • Jangan menyamar menjadi orang lain.
  • Sentiasa memberitahu ibu bapa @ guru jika ada yang bertanya mengenai maklumat peribadi anda.
Saya hendak pastikan nombor telefon mudah alih saya selamat. Apa yang perlu saya lakukan?
  • FIKIR dahulu sebelum menghantar nombor telefon mudah alih kepada rakan bual di dalam talian.
  • Minta kebenaran daripada rakan2 anda sebelum anda menghantar gambar mereka.
  • Hanya berikan nombor telefon mudah alih anda kepada orang yang anda kenali dan percayai.
  • Jangan jawab mesej daripada irang yang anda tidak kenal. Abaikan mereka atau lebih baik lagi..padam terus mesej itu.
Seseorang bertanyakan kata laluan saya. Apa yang perlu saya lakukan?
  • JANGAN SEKALI-KALI berikan kata laluan (password) anda. Jika anda telah berikan, tukarkannya dengan segera.
  • Gunakan gabungan huruf, nombor dan simbol sebagai kata laluan. Contohnya: $hu1F3Dd
  • Bank @ laman web TIDAK SEKALI-KALI menghantar & meminta pengesahan butiran log masuk melalui emel atau mesej yang lain.
Ibu bapa saya tidak mengetahui apa itu internet. Apa yang perlu saya lakukan?
  • Libatkan mereka dan ajar mereka tekniknya.
  • Tunjukkan mereka cara untuk membuka dan menggunakan akaun emel dan bagaimana Mesej Segera (Instant Message) berfungsi.
  • Lakukan carian mengenai hobi mereka dan tunjukkan mereka cara menggunakan Google.

PERISIAN KESELAMATAN INTERNET

Spyware/AdWare Remover
Spybot - Search & Destroy - http://www.safer-networking.org
Ad-Aware - http://www.lavasoftusa.com/

Firewall
Zonealarm - http://www.zonealarm.com

Anti -Virus
Avast - http://www.avast.com
AVG - http://free.grisoft.com/

Web Browser (Built-in Anti-Phishing Tool)
Mozilla Firefoz - http://www.mozilla.com/en-US/firefox/
MS Internet Explorer - http://www.microsoft.com/windows/products/wonfamily/ie/

Email (Built-in soam filter/Anti-Phishing Tool)
Mozilla Thunderbird - http://www.mozilla.com/en-US/thunderbird/

Anti Spam (for Outlook & Outlook Express)
http:www.spamfighter.com/

Sumber: (ISC)2 & CyberSecurity Malaysia


Maro said: "No matter where u are or what u do..remember Allah watching over u"..

Thursday, September 20, 2012

Samsung Galaxy S4 vs iPhone 5


:: Concept lagi neh
Samsung Galaxy S4?? 
Dah keluar ke?? .... ke iPhone5 neh..

Tak! Serius Samsung Galaxy S4. Baru je Apple Inc nak berbangga ngan produk terbaru mereka, dengar cerita Samsung bakal melancarkan Samsung Galaxy S4 pada Februari tahun depan. Baru2 ni mereka melancarkan Samsung Galaxy Notes 2 (gabungan notes dan Samsung S3)

Ura2 pelancaran produk terbaru Samsung ini didengar semasa Kongres Mudah Alih Dunia di Sepanyol tempoh hari.

Model terbaru ini dijangka meneruskan legasi super popular Galaxy SIII dan akan tampil dengan skrin 5 inci. S3 4.8 inci je. So besar sikit. Produk baru konfem akan dipadankan dengan perkakasan dan aplikasi terbaik. Aku yakin Samsung akan memberikan kapasiti maksimum dan teknologi termaju dalam Samsung Galaxy S4 nanti.

"Samsung S4 akan menyaksikan sedikit perubahan luaran tetapi mengekalkan rekaan empat segi sama dengan konsep separa bulat di bucu", kata seorang pegawai Sambung Mobile.

"Kami xminat buat bentuk ala2 pembaris macam kompani itu buat", seloroh penulis blog ini. haha.

Nokia ngn Sony sunyi je. hehe
Smartphone terbaru ini jugak dijangka mengekalkan pelbagai ciri istimewa pada Galaxy S3 termasuk sokongan untuk menggunakan rangkaian LTE(4G) dan penggunaan processor keluaran Samsung Exynos dan Snapdragon dari Qualcomm. bergantung kepada negara di mana ia dijual kelak.


Info lanjut?..click here


Maro said: "Cukuplah aku pakai yang lama neh. Guna wat tepon n mesej je plus tenet kekadang".

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers