Konco - Konco

Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Monday, July 4, 2016

Who's LINA and ADHA?


Siapakah LINA dan siapa pula ADHA..
Berapa umur mereka, dimana mereka tinggal..

Soalan ini telah wujud di benak fikiran aku sejak dulu sampai sekarang
Siapa yang pernah mencari kerja secara online mesti sering berurusan dengan LINA ataupun ADHA ni kan.

Dan bagiku, LINA dan ADHA adalah kawan yang sentiasa setia membantu kita semua.
Daripada aku xde keje tetap dulu sehinggalah aku dah punyai kerjaya yang terjamin kini..
LINA dan ADHA masih setia menawarkan bantuan, membuat hebahan tawaran kerja sampailah sekarang.

Siapa LINA dan siapa ADHA tu xpenting, yang penting mereka banyak membantu kita semua.


Terima Kasih LINA dan ADHA
Aku hargai bantuan kalian berdua
Walaupun kita xpernah mengenali apatah lagi bersua muka.
Aku pun dah lupa, bilakah mulanya kita berkenalan.


Maro said: "Nak berjaya, nak senang...kita perlu usaha dan perlu yakin denganNya. Kita menangkan Allah dalam setiap urusan kita, In Sha Allah, Allah akan menangkan kita sentiasa".

Monday, February 10, 2014

Facebook Maniac - I love posting!








Baru2 ni aku perasan fesbuk ada buat aplikasi video plak kan. Alah yang ramai2 duk share video fesbuk memasing tu lah. Bleh imbas kembali kisah2 lampau..katanya. Tak tau??? sila terminate akaun anda. LOL
Selain itu, aku perasan timeline pun ada.

Bila aku check balik timeline aku ngn kengkawan zaman lampau dulu, tetibe rasa malu kat diri sendiri. Huhu. Mau taknye, teruja kenal fesbuk..pasal arini makan apa pun nak tulis, pemadam hilang pun nak tulis, kucing beranak kembar pun nak tulis jugak, boxer kaler apa pun nak bgtau semua, kadang2 tulis sebab aritu xde post pape lagi kan. Haruu..

Tapi apa yang aku realize, timeline ni jugak menjadi pengukur tahap mana matangnya seseorang itu dalam arena Mukabuku neh. (termasok kita lah!). Skarang try memasing check timeline sendirik dan bezakan cara penulisan korang dulu ngan sekarang. Kalau 2 tahun lepas duk post menda ntahpape, kisah dalam pelikat pun nak heboh, dan sampai arini masih sama je genre post korang....tak tau nak kata apa lah. Huhu.

Setakat "Rindu la kat awak, hubby" pun nak post kat wall (padahal laki dah ada kat sebelah dalam bilik), bukan xleh wassapps pun kalo betol desperate sekalipun kan. Tapi itulah...layan jela. Tak layan kan..dah lama kena block!. Huhu.

Maro said: "Teknologi memungkinkan saluran dakwah dan perkongsian membina sesama kita. Teknologi jua membawa kita kearah sebaliknya..andai disalahgunakan"


Friday, December 27, 2013

IPv6


Apakah itu IPv6

IPv6 ialah Internet Protocol version 6 yang diwujudkan bagi menggantikan protokol sedia ada iaitu IPv4 selain menjadi inisiatif untuk menaiktaraf internet secara keseluruhan.

Tujuan utama IPv6 diperkenalkan adlah untuk menangani masalah kehausan alamat IPv4 yang sering dihadapi sekarang.

  • Alamat IPv4 bersaiz 32 bit manakala IPV6 bersaiz 128 bit;
  • Dengan IPv6, internet mampu berkembang menjadi lebih besar (berjuta kali ganda) berdasarkan saiz, pengguna, peranti dan objek yang bersambung dengannya.
  • Ciri IPv6 yang memperkenalkan 'extension headers' telah memberikan keupayaan pada protokol tersebut untuk melakukan pemprosesan yang lebih berkesan;
  • IPv6 menyokong Quality of Service (QoS) yang memberikan pengendalian istimewa bagi sesetengah jenis paket;
  • Penggunaan Internet Protocol Security (IPsec) dalam IPv6 dapat meningkatkan ciri keselamatan

Kelebihan IPv6.

Keupayaan protokol IPv6 memberikan alamat IP (IP Address) yang lebih besar seterusnya membolehkan internet berkembang dengan lebih besar dan pesat untuk menampung keperluan semsa dan akan datang.

Maro said: "Tak ada kaitan dengan cerita IP Man"

Monday, December 16, 2013

Amalan Selamat Apabila Menggunakan Smart Phone.


Post kali ini sekadar berkongsi 9 tips selamat apabila menggunakan smartphone.

  1. Memasang nombor PIN dan katalaluan pada telefon pintar;
  2. Tidak melakukan sebarang pengubahsuaian terhadap konfigurasi ciri keselamatan smartphone;
  3. Pastikan hanya memuat turun aplikasi mobile dari sumber yang dipercayai. Kita seharusnya melakukan semakan dan mengkaji terlebih dahulu untuk memastikan aplikasi tersebut adalah dari sumber yang betul;
  4. Semak dan faham "app permission" yang diperlukan sebelum memasang mana-mana aplikasi mobile;
  5. Sentiasa update dan patch telefon dari sumber yang dipercayai;
  6. Sentiasa berwaspada dalam menggunakan kemudahan Wi-Fi di tempat awam bagi mengelakkan session hijacking dan serangan Man-in-the Middle (Digalakkan menggunakan encrypted VPN bagi akses Public Wi-Fi)... Masih mengharap WiFi free???
  7. Laksanakan data wipe sebelum menukar dan menjual smartphone anda untuk mengelakkan maklumat sulit bocor kepada pihak ketiga. Nak2 yang banyak video 'pelik-pelik'. Haha
  8. Laporkan kehilangan smartphone (kod IMEI) kepada syarikat telekomunikasi; dan
  9. Pasang aplikasi antivirus yang sah untuk mengimbas aplikasi yang telah atau akan dimuat turun ke dalam smartphone anda.

Maro said: "No matter where you are or what you do, remember..Allah is watching over you"

Transaksi Teknologi Near Field Communication (NFC)

Handphone zaman sekarang dikatakan sebagai teman paling akrab, teman setia dan sentiasa bersama kita sepanjang masa. Ia mampu menjadi medium transaksi pembayaran menerusi teknologi Near Field Communication (NFC).

Bayangkan, mudahnya hidup kita kalau boleh beli barang atau gunakan servis dengan membayar menggunakan handphone. Wallet kita tak perlu lagi membonjol sebab penuh duit dan kad, tapi dengan hanya sebuah handphone, kita mampu bayar segalanya. In fact, pelanggan juga tak perlu bersemuka dengan peniaga atau jurujual.

Bunyinya macam dunia berbeza. Dunia tanpa cash!

Walaupun ia mungkin masih jauh untuk dikecapi secara sepenuhnya, namun ia tidak mustahil. Melalui teknologi wireless sekarang, Near Field Communication (NFC), semua traksaksi seperti itu dapat dilakukan. Untuk makluman, teknologi ini telahpun berjaya dipraktikkan di beberapa negara di dunia seperti Jepun.

Beroperasi dengan kerjasama tiga pihak iaitu bank, syarikat telekomunikasi mudah alih dan peruncit atau penyedia pengangkutan awam. Syarikat telekomunikasi  NTT DoCoMo di Jepun telah merealisasikan pembayaran debit atau kredit di kedai mahupun di dalam teksi.

Ia dilakukan dengan handphone berteknologi NFC yang diimbas pada reader. Apa itu NFC sebenarnya?

  • NFC ialah teknologi  wireless jarak pendek yang membolehkan komunikasi antara peranti pada jarak kurang daripada 10cm.
  • Beroperasi pada kadar 13.56 MHz dan boleh beroperasi sama ada secara aktif iaitu menggunakan bateri atau secara pasif (menggunakan tenaga radio).
  • Dikatakan boleh membantu mempercepatkan transaksi dalam menerima dan berkongsi data serta membuat pembayaran dengan pantas dan selamat.

NFC boleh beroperasi dengan tiga (3) mod iaitu:

  • Mod Pertama : MOD KAD EMULASI - Peranti handphone sendiri bertindak seperti kad pintar tanpa bersemuka untuk pembayaran tiket pengangkutan awam berasaskan MiFare atau pembayaran perbankan sistem Visa payWave, MasterCard PayPass atau American Express ExpressPay.
  • Mod Kedua : MOD PEMBACA - Peranti NFC mampu membaca tag identifikasi frekuensi radio (RFID) pasif seperti membaca atau menyimpan maklumat pada poster dan sebagainya.
  • Mod Ketiga : Menemukan dua (2) peranti NFC untuk pemindahan maklumat seperti Bluetooth.
Penglibatan syarikat pembuatan handphone dalam menghasilkan handphone berteknologi NFC juga dapat menyemarakkan lagi penggunaan teknologi ini. Selain memasukkan cip NFC ke dalam handphone, terdapat juga usaha untuk menghasilkan handphone berteknologi NFC berasaskan kad SIM.

Wednesday, May 8, 2013

Tips Menangani Login Failed Error!


LOGIN FAILED
ERROR..

Jujur, aku memang alergik betol ngan dua ayat di atas. Tensen rasa setiap kali melihat benda alah tu. Ada 2 alasan je, lupa password (mistake common aku) atau internet itu sendiri. Huhu.

Aku bukan budak pure IT. So post ni tidak berniat menghurai pasal benda ni secara teknikalnya. Sekadar menghubungkait LOGIN FAILED ERROR ni dalam konteks kehidupan kita sebagai manusia. Betul, kita sebenarnya bukanlah sebuah mesin kann.

Sedarkah kita dalam kehidupan seharian acapkali kaki kita mungkin tersadung, stuck dalam jem, terpaksa beratur panjang di kaunter dan macam2 lagi lah. Time kita nak cepat, masa tu la ada halangan. So kita terpaksa bersabar...dan bersabar lagi. Tapi, itulah yang menjadi asam garam kehidupan. (Kenapa asam, kenapa garam, aku xpasti).

Sabar itu separuh daripada IMAN.

So, biasanya lah apa langkah2 yang boleh kita bila kita menghadapi situasi sulit yang melengah2kan urusan kita?. Macammana nak betulkan persepsi minda kita apabila kita tiba2 gagal login atau mudahnya untuk dapat apa yang kita mahu?

Kemana hendak ditala rasa kecewa dan bengkek? (amik..keluo loghat dah)

Dicurah ke pegawai HELPDESK kah? Ada SOP kah untuk kita bertindak selanjutnya. Nak buat macam mana dengan worm dalam server otak kita tu? Last2 otak jadi mereng. Tak stabil. huhu

So tetibe aku rasa rajin nak kongsikan beebrapa tips untuk berdepan dengan situasi yang tidak diingini atau tak diingini dalam kehidupan kita.


manipalblog.com

1. CELIK MATA HATI, RESET MINDA DAN JIWA
Ubahlah cara kita berfikir, cara kita buat sesuatu pekerjaan dan baiki diri sendiri. Paling baik, jadilah seorang yang fleksibel dan bukan kuat membebel.


2. TETAPKAN KONFIGURASI KEUTAMAAN
Apakah kita tahu apakah senarai tugas kita setiap hari, start bangun tidur sampailah nak tidur semula. Sebaiknya kita harus tahu membezakan mana yang perlu didahulukan dan yang dikemudiankan. "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" (xde kaitan. haha).

Mana yang utama, mana yang hendak disegerakan, apa yang kurang penting malah apa yang boleh ditinggalkan. Semua tu kita perlu nilai. Setiap saat itu sungguh berharga. Ingat...


"Demi masa, sesunggunya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh" (Surah Al-'Asr)


3. BETULKAN CODING DATABASE ANDA
Jadikan kehidupan kita ringkas dan tak serabut. Tapi perlu SIGNIFIKAN. So sama jugak dengan coding dalam kehidupan kita seharian. Make it simple, easy, accessible untuk semua orang disekeliling. Kalau kita pilih untuk menjadi seorang yang Alhamdulillah educated, Allahuakbar sophisticated dan uptrend dan disulami pulak dengan Astagfirullahalazim complicated, jangan salahkan orang lain jika kita tidak dapat LOGIN jiwa kita dan memahami apa yang kita sebenarnya hendak dan katakan.


4. BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN - FAQ
Setiap website kebanyakannya ada Frequently Asked Questions (FAQ) kan. Sebab apa? Sebabnya daripada manusia pertama diciptakan oleh Allah lagi iaitu Nabi Adam A.S dijadikan memang suka bertanya beribu macam soalan. Inikah pula kita manusia di akhir zaman ini. FAQ adalah kamus rujukan kepada yang lama dan yang baru supaya jangan ulangi kesilapan yang sama macam beribu orang sebelumnya. So, ikutlah langkah yang telah disediakan oleh mereka yang pakar. Pilihlah untuk menjadi seorang yang bahagia di dunia dan akhirat.

www.freepatentsonline.com


5. LOGIN SEMULA DAN REFRESH MINDA
"Anda perlu login semula untuk menyambung kembali sesi yang telah ditamatkan". Annoying kan. Haha,. Try ingat balik, berapa kali anda pernah log in semula dan sudahnya refresh PC anda yang tiba2 terpadam dengan sendirinya? Virus kah?. Maybe jugak sebab kita jarang buat maintenance PC or laptop kita. PC pun macam kereta gak, sampai masa kena hantar servis. Kita sebagai manusia pun sama lah. Sampai satu peringkat, cas negatif banyak dalam rohani dan jasmani, so SIGN OUT lah dahulu dan LOG IN lah semula. Bila MINDA / Processor kita dah sejuk, virus free!

Jangan hadapi ia dengan cemuhan dan rungutan saja, tapi syukurlah dengan adanya kehidupan yang pernuh warna-warni (jangan lupakan HITAM kerana ia juga sejenis warna) dan ambillah peluang untuk tambahbaik apa yang kurang.Kita mampu mengubahnya.. ececeeeh.. :D


Maro said: "PC padam, jangan terus ditukar baru. Selidik punca dan cuba perbaikinya. Dari itu, kita tahu apa kesilapan dan permasalahannya."

Monday, November 12, 2012

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet (Remaja & Kanak- kanak)



Chatrooms, Instant Message, Streaming, Texting, Telefon, WAP, WIFI dan Blog...bagaikan tak pernah berakhir. Tapi apabila dan berminat dengan trend terkini pastinya akan muncuk pula teknologi yang lebih hebat dengan isu keselamatan yang baru.

Tapi don't worry, hanya dengan beberapa petua ringkas, anda boleh melayari Internet dengan selamat.

LOL (laughing out loud)
- Penggunaan gaya bahasa dan cara penggunaannya akan menimbulkan minat kanak-kanak untuk terus melayari internet. Tapi gunakanlah dengan bijak dan berhemah ok.

TTYL (talk to you later)
- Oleh itu, untuk kali ini sahaja, berikan tumpuan dan bacalah tips ini dan jangan hantar atau taip mesej selain daripada mesej yang diberikan ini. Setuju?

BTW (by the way)
- Dengan menggunakan filtering software, anda boleh menghalang kandungan yang tidak berfaedah dan langkah terbaik adalah dengan mengenali rakan bual anda. Ingat tu!! Jangan sesekali bertukar-tukar maklumat peribadi dan gambar anda di internet. Pendek kata jangan mudah mempercayai orang.

- Berjuta kanak2 melayari internet semasa anda membaca post ini. Tapi...anada masih belum bersedia lagi untuk menggunakan Interent sehingga anda membaca maklumat ini:

www.esecurity.org.my


GTG (got to go)
- Sama ada anda sedang berbual, belajar dan ketawa, anda perlu sentiasa ingat bahawa amalan terbaik melayari internet supaya anda tidak digodam (hack), mendapat virus atau menjadi mangsa pencuri identiti.

Anda juga perlu mengabaikan mesej dari orang yang tidak dikenali, bertanya tentang kata laluan (password) dan maklumat peribadi, melihat laman web lucah yang muncul secara tetiba2 (no..no..no..!) dan menerima e-mel SPAM (emel remeh) seperti peraduan palsu dan e-mel hadiah percuma.

Oleh itu, anda perlu melayari internet dengan bijak dan sentiasa berwaspada dengan SPAM serta memadamkan mesej tersebut.


BERTINDAK DENGAN BUJAK JANGAN TERTIPU!

Terdapat ramai pengguna internet yang sentiasa mencari peluang untuk menganiaya orang lain terutama golongan remaja dan kanak2. Biasanya mereka akan menghantar e-mel/mesej secara rabdom dan mengharapkan seseorang akan membalas e-mel/mesej tersebut. Soo..

JANGAN SEKALI-KALI...
  • Berikan nama, alamat, nombor telefon, nama sekolah atau kata laluan
  • Bertemu dengan orang yang tidak dikenali semasa anda berbual di Internet tidak kira apa yang mereka katakan
  • Membukan e-mel atau attachment daripada orang yang anda tak kenal, mempercayai gambar dan mesej yang anda terima daripada orang yang tidak dikenali
  • Sembunyikan sesuatu daripada ibu bapa, guru atau penjaga anda jika seseorang atau mesej yang dihantar menjadikan anda berasa tidak selesa.

BRB (be right back)
- Antara soalan popular yang sering ditanyakan oleh kanak2:

Saya hendak memuat turun muzik atau membeli sesuatu secara dalam talian. Apa yang perlu saya lakukan?

  • Memuat turut (download) muzik yang dilindungi hak milik tanpa membayarnya adalah menyalahi undang2.
  • Gunakan laman web yang biasa digunakan oleh rakan anda, atau nama yang biasa dikenali.
  • Gunakan mekanisme pembayaran yang selamat. Cari kunci mangga di bahagian bawah laman web.
  • Guakan kad kredit kerana ia biasanya dilindungi daripada penipuan.
  • FIKIR sebelum anda membuka emel. "Adakah saya mengenali orang ini?"
  • Adakah tajuk ini masuk akal? Jika tidak...jangan buka.
  • Halakan tetikus pada pautan untuk melihat alamat laman web (URL). Jika URL itu berbeza daripada jangkaan anda, jangan klik padanya.
  • Laporkan spam dan virus kepada MyCERT, ISP, orang dewasa atau polis.
  • Ingatm anda TIDAK wajib membuka emel. Jika ia penting, dan anda memadamnya, orang itu akan menghubungi anda semula.
Saya sedang berbual dalam talian dengan seseorang yang tidak saya kenali. Apakah yang perlu saya lakukan?
  • Sentiasa pastikan maklumat peribadi anda dirahsiakan.
  • Jangan berbual mengenai sesuatu yang membuatkan anda berasa tidak selesa.
  • Jangan menyamar menjadi orang lain.
  • Sentiasa memberitahu ibu bapa @ guru jika ada yang bertanya mengenai maklumat peribadi anda.
Saya hendak pastikan nombor telefon mudah alih saya selamat. Apa yang perlu saya lakukan?
  • FIKIR dahulu sebelum menghantar nombor telefon mudah alih kepada rakan bual di dalam talian.
  • Minta kebenaran daripada rakan2 anda sebelum anda menghantar gambar mereka.
  • Hanya berikan nombor telefon mudah alih anda kepada orang yang anda kenali dan percayai.
  • Jangan jawab mesej daripada irang yang anda tidak kenal. Abaikan mereka atau lebih baik lagi..padam terus mesej itu.
Seseorang bertanyakan kata laluan saya. Apa yang perlu saya lakukan?
  • JANGAN SEKALI-KALI berikan kata laluan (password) anda. Jika anda telah berikan, tukarkannya dengan segera.
  • Gunakan gabungan huruf, nombor dan simbol sebagai kata laluan. Contohnya: $hu1F3Dd
  • Bank @ laman web TIDAK SEKALI-KALI menghantar & meminta pengesahan butiran log masuk melalui emel atau mesej yang lain.
Ibu bapa saya tidak mengetahui apa itu internet. Apa yang perlu saya lakukan?
  • Libatkan mereka dan ajar mereka tekniknya.
  • Tunjukkan mereka cara untuk membuka dan menggunakan akaun emel dan bagaimana Mesej Segera (Instant Message) berfungsi.
  • Lakukan carian mengenai hobi mereka dan tunjukkan mereka cara menggunakan Google.

PERISIAN KESELAMATAN INTERNET

Spyware/AdWare Remover
Spybot - Search & Destroy - http://www.safer-networking.org
Ad-Aware - http://www.lavasoftusa.com/

Firewall
Zonealarm - http://www.zonealarm.com

Anti -Virus
Avast - http://www.avast.com
AVG - http://free.grisoft.com/

Web Browser (Built-in Anti-Phishing Tool)
Mozilla Firefoz - http://www.mozilla.com/en-US/firefox/
MS Internet Explorer - http://www.microsoft.com/windows/products/wonfamily/ie/

Email (Built-in soam filter/Anti-Phishing Tool)
Mozilla Thunderbird - http://www.mozilla.com/en-US/thunderbird/

Anti Spam (for Outlook & Outlook Express)
http:www.spamfighter.com/

Sumber: (ISC)2 & CyberSecurity Malaysia


Maro said: "No matter where u are or what u do..remember Allah watching over u"..

Wednesday, July 25, 2012

Internet Maniac


Aduh bosan giler duk kat opis harini. Semua kerja dah diselesaikan. Tambahan plak latihan atau kerja luar dihentikan sementara sepanjang Ramadhan Al Mubarak ini.

Tengah2 termenung depan PC, aku terjumpa satu senarai yang kongsikan tanda2 bahawa anda adalah seorang internet maniac. Haha..banyak jugak yang ada persamaan dgn aku. So try korang baca gak kot2 ada kena dgn korang. Hehe.


  • Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard tapi xtau nak tulis apa. Hehe. Aku selalu gak alaminya.
  • Urusan harian tertangguh. Bagi yang berada di rumah, pinggan mangkuk yang belum dibasuh tersusun rapi di samping meja komputer. Pendek kata bila nak guna baru basuh. (xde kaitan ngan aku)
  • Utamakan keseronokan Internet compare to enjoy with frenz. "Mana lagi best, lepak ngan kawan2, pasang cerita, minum air, makan kacang, bergelak ketawa bersama2 atau online?". Jawapannya "Online".
  • Korang akan approve sesapa sahaja dalam akaun Facebook, Twitter, YM dan macam2 lagi sebab bagi korang jika ada 300 followers pada akaun FB/Twitter, itu tandanya korang populer. Kan? Kan?. Padahal seorang pun korang xkenal!
  • Family dan kengkawan korang mula menegur jumlah penggunaan Internet korang. Mereka kata ia membazir masa dan elektrik. Tapi bagi korang, mereka saja nak amik alih main Internet. Huhu.(Aku gune broadband Maxis je and duk kuarters sendiri. So family xtegur pun. :)
  • Keputusan exam korang terjejas sbab pelajaran terabai. Korang kata ada sebab lain. Padahal konfem sebab internet kan!
  • Check emel sebelum memulakan sebarang kerja. Bukan emel rasmi kerja tapi personal emel. Bila ada emel yang perlu dibalas, korang akan mula melekat dimeja komputer. Bila tengok jam, "Adoyai..Aku dan lewat!"
  • Korang tidak produktif lagi sbab banyak masa terluang didepan PC. Bila diberikan kerja, korang kata sibuk. "Nak check emel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi, nak tengok wall kawan2 lagi. Wah bizi betol!"
  • Bila orang tanya, "Awak lama2 kat Internet, awak buat apa?" korang jawab, "Ada laa". Korang mula merahsiakan apa yang korang lakukan di internet setiap hari sebab takut kena kutuk. (Mesti tengok benda tuu kan.... huhuu)
  • Bila korang tensen sbab kerja atau belajar, ayat yang keluar dari mulut korang ialah, "Bestnye kalo ada Internet".
  • Korang tertunggu2 bila agaknya boleh online lagi. Padahal baru kejap tadi online. Line tengah putus sekarang ini. (kat opisku leh online time rehat aje)
  • Cuba korang bayangan dunia tanpa Internet. Reaksi: Arghh!!!! (aku rasa lemas kalo balik umah xde internet) Rasa macam duduk kat Marikh.
  • Tidur tergganggu kerana online. (Aku terpaksa)
  • Bila bersendirian dan tidak buat apa2, korang bayangkan diri sendiri sedang online dan menikmati keasyikannya.
  • Bila mak or sesape je panggil ketika korang tengah online, korang akan jawab, "Kejap!".
  • Korang dah try untuk kurangkan waktu online beberapa kali tapi tak berjaya.
  • Bila orang tanya, "Berapa jam awak online setiap hari?" Korang akan buat2 lupa.
  • Korang memilih untuk online berbanding keluar bersiar2. Dalam, "Buat apa nak keluar bila aku boleh je buat benda yang sama dengan Google Earth?".
  • Korang terasa bosan dan tertekan bila tak boleh online dan perasaan itu terus hilang bila korang berada di depan PC.
 Amacam? sama x?


Maro said: "Gunakanlah secara berpekdah"


Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers