Konco - Konco

Showing posts with label Pengorbanan. Show all posts
Showing posts with label Pengorbanan. Show all posts

Thursday, April 7, 2016

APRIL 2016 : Kisah Baru, Jalan Cerita Baru




Assalamualaikum WBT.
Dah lebih setahun aku stop menulis di blog ini. Hari ini terfikir untuk menulis kembali.
Kenapa menghilang? Panjang ceritanya.

APRIL 2016. 
Kisah Baru..Jalan Cerita Baru.

ALHAMDULILLAH segala puji hanya bagi Allah. Baik buruk nasib dan rezeki kita, Allah yang tentukan segalanya. 

Sebenarnya kenapa lama aku menyepi adalah kerana aku sedang berjuang. Berjuang #DemiSebuahCita. Berjuang untuk mencapai cita-cita hidup aku. Cita-cita yang aku usahakan sejak 18 FEBRUARI 2010.

Dan 1 APRIL 2016...Allah dah makbulkan hasrat dan cita-cita tersebut. 

ALHAMDULILLAH.
Terima kasih Abah, Ma, Kak Long, Abang Ngah, Abang Uda, Man, Dikwa, semua ahli keluargaku, sahabat2 dan semua atas jasa dan doa kalian semua selama ini. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian semua.

APRIL 2016 juga aku membawa angin baru di pejabat baru setelah 5 tahun menikmati detik dan pengalaman terindah di Kementerian Kewangan Malaysia.


ALHAMDULILLAH. Permudahkanlah segala urusanku selepas ini Ya Allah.
Moga segala perancanganku selari dengan perancanganNYA. In Sha Allah

Maro said: "Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya. Apapun yang kita usahakan, yakinlah dan buatlah kerana ALLAH TAALA"

Wednesday, June 18, 2014

FIFA World Cup 2014 vs Syaaban vs Ramadhan 2014


Dah banyak hari Piala Dunia 2014 kat Brazil start tapi aku baru nak tulis pasal kejohanan ini. Hehe.
Tak ada apa pun sebenarnya. Kalau tahun2 sebelum ini England adalah pasukan nombor 1 aku..
Tahun ni aku tukar kepada Jerman.
Bukan jadi lalang. Tapi sebelum2 ini pun..England no 1 dan Jerman no 2 dan Holland no 3 (Banyak la ko punya dan. Pahal x sokong je semua??)

Yela nak sokong team MALAYSIA kita kat WC tak kesampaian lagi. Mungkin tahun 2018 kot. 
Siapa tahu kan...(optimis....:)


Tapi sebenarnya...selain demam WC ni...kita sebagai umat Islam khususnya, ada benda yang lagi penting dari kejohonan itu.
Kita dah berada di pertengahan bulan Syaaban. Bulan yang penuh barakahnya. Bulan persediaan untuk kita hadapi 1 bulan yang sangat penting yakni RAMADHAN AL MUBARAK.

So..pesanan untuk diri sendiri dan juga sahabat di luar sana...bola2 jugak...jangan lepaskan peluang yang Allah berikan pada kita ini. Bangun nak tgk bola apakata buat sunat tahjud dulu.
In Sha Allah..sama2 kita manfaatkannya.

Maro said: "Tak tau kenapa WC tahun ni aku tak eksited sangat. Tengok takpe..tak tengok pun takpe (tggu result esknya).. Faktor perbezaan masa barangkali...dan aku berkerja"

Monday, June 10, 2013

Entri Tanpa Tajuk

Dalam pale otak aku terpikir untuk tuliskan sesuatu
Tapi aku tak tahu nak tulis atau taip apa.

Banyak sangat.. barangkali

Semenjak dua menjak ni banyak sangat benda berlaku pada aku. Benda yang aku terima sebagai ujian tapi sebagai manusia biasa yang lemah, bagi aku semuanya mendukacitakan.

Mungkin itu alasan aku tidak tahu apa topik kali ini...Mungkin.

Maro said: "Nothing"

Friday, May 3, 2013

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13


Credit: www.pembinaupm.my


Hehe belum apa2 dah keluar post pasal keputusan PRU 13 kan. Gelojoh betul.
Selamat mengundi buat semua rakyat Malaysia (yang sah dan cukup umur sahaja dan mendaftar sahaja).

"Tunaikanlah tanggungjawab kita semua untuk negara"

Ingat, undian kita menentukan nasib dan hala tuju masa depan bangsa dan negara. Pilihlah yang terbaik.
Semoga semua yang pulang mengundi selamat sepanjang perjalanan nanti. Amin.

Cuma, aku sedih dengan bangsaku sendiri. Bertikam lidah, bermasam muka, putus saudara dek kerana ideologi politik yang berbeza. Sedarlahlah wahai bangsaku semua, hanya melalui perpaduan (bersatu!!), bangsa dan negara kita akan maju dan selamat. 

Tak kira lah kita pangkah Biru ke, Kuning ke, Hijau ke, Merah ke, Kelabu ke....jangan gadaikan persaudaraan kita. Bangsa kita. Moga bumi Malaysia terus aman dan jauh dari kekacauan seperti mana negara2 di luar sana.

Credit: myjroses.blogspot.com


Maro said: "Pilihlah yang terbaik dengan logikal dan kewarasan akal. Mandat diberi bukan untuk
1 hari tetapi 5 tahun".

Monday, April 1, 2013

Renungan: Mengapa Tun Dr. Mahathir Sedih?

Mengapa Tun Dr. Mahathir Sedih?

shalattas.com

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, Menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Sumber: Artikel Utusan Malaysia

Maro said: "Jangan sampai bumi milik dipijak orang. Jaga keamanan tanah air kita"

Friday, February 15, 2013

Perjuangan belum selesai


Alhamdulillah.. 15 Februari 2013. Selesai sudah satu fasa. 

Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah langkah aku pada kali. Permudahkanlah segalanya dan jadikanlah langkahku tadi merupakan satu langkah yang akan memberi sinar selepas ini. Amin Ya Robbal a'lamin.


Maro said: "Semoga ianya adalah rezeki buat aku dan sahabatku"

Monday, January 7, 2013

Aku sebuah kalkulator saintifik

lalalala

Maro said: "Semoga perancangan kita sentiasa selari dengan perancangan 
Allah Yang Maha Kuasa"

Monday, December 31, 2012

BJ Mini Marathon 2012 : "We Rule The Road"

Nak dijadikan ceghita pada 29 Disember 2012 iaitu ari Sabtu lepas aku join lah 1 kejohanan marathon anjuran pihak MBSA neh. Plus event ini ada sket2 kerjasama dengan company sahabat aku, MRASZHAAR Entreprise.

Hemph! ape kes, last time aku lari masa form 5 dulu tetibe arini terbuka ati nak lari. Huhu. Sebenarnya 1 je..aku nak cabar diri aku. Sebelum ini aku akan muntah lepas lari jauh2 neh (xtahan). so kiranya aku nk pastikan aku xmuntah. hoho.

Plus aku dengar hadiah tempat pertama RM500. hoho aku tau, xmungkin aku dapat. Tapi aku masih ada angan2 apabila pemenang dikira hingga tempat ke-10. Hehe (gelak jahat + kononnya aku leh dapat tempat ke-10 letteww).

Malam tu aku xtido langsung sebab tolong member aku siapkan baju. Company dia dapat project buat baju untuk event ni. Event esk arini baru nak buat. Ini lah jadinya. Siap je baju jam 5.30 pagi aku terus gerak ke Space U8, Bukit Jelutong. Daa..

Sampai sana, humangaihh!!..ramainya orang. Siap strecthing n berlatih bagai. Aku telan air liur. Terus rasa nak buang air besar. Siap negro n mat salleh pun ada. Impian aku nak dapat at least tempat ke 10 macam.............(please fill in the blank) je. Aku ingat budak2 skolah menengah je join (so kalo depa je..ko leh makan la eh??)  Toilet xtau kat mana tapi sakit perut yang amat. Aku tahan je. Member suh aku stretching tapi aku malas. Kononnya nak lari biase2 je.

So bila dilepaskan aku pun larilah. Tapi xdan pape kaki kanan aku rasa sakit sangat sampai terhincut2. Amik kau! orang suh stretching cakap besar. Kan dah kena. Dalam ati aku duk risau kalau aku tetibe cramp dan terpaksa nek ambulan. Wohooo...malu dooh. Rasa nyesal menyelubungi ati aku. haha. Tapi aku tetap nak cabar diri aku. lari dan terus lari..

Lupa nak bagitau, track aku sejauh 10km ok. Paling xleh blah, rasanya xsampai separuh jalan aku lari, dah nampak si negro tu dengan rakusnya dah lari patah balik. Mak aih...orang ke hape tu..punah harapan aku nak dapat RM500. Huh!. Tapi xpe, aku terus lari sambil lihat catatan masa di henpon aku. Perut masih sakit, aku harap sgt dapat tahan. Xkan nak stop cari tandas..rosak la catatan aku kan. Lari dan terus lari dan akhirnya aku berjaya tamatkan larian dengan catatan 01:12:55.1. Ok lah utk 1st time runner like me yaa.. haha.

Fuh! Alhamdulillah syukur aku berjaya tamatkan larian dengan sukses dan tak muntah.

Bersedia untuk merebut RM500. Gerun aku tgk betis memasing


Gambar kwn aku yang terkinja2 nak berlumba. Motip apa, aku xtau!



Gambar sama ngan No 1 tapi zoom jauh sikit.


Ah stretching lar korang


Muka kecewa la ni..


So, moral aku dapat kalo nak join lari-larian ini.


  • sila stretching sebelum bermula (xpayah cakap besar. Tapi apa kepentingannya?)
  • buat sekadar mampu (xpayah nak mudhoratkan tubuh badan kalo rasa xleh)
  • jangan tegur org asing masa berlumba (aku tegur nak berbual ngn sorang pakcik peserta tu,,,dia wat donno. terus aku pecut tinggal dia. malu seyyhh)
  • kalo ada partner kat sebelah, lagi semangat nak lari (ada feeling nak compete + xmo kalah) kalo x, asek nak berjalan je
  • xpayah nak jaga kulit tangan n muka dek sinar UV sangat. Feminin looo
  • buang dulu apa yang patut (nanti xselesa nak lari)
  • sila berpijak dibumi nyata

Sekarang ni, aku mengensot2 mcm adik bru lepas bersunat sebab sakit urat. Itu je. Len kali nak join pulak lah. Dengar kata bulan 3/2013 ada event lagi besar. Cari nahaskah?


Maro said: "Jangan pandang rendah peserta yang rendah sebab kaki panjang belum tentu langkahnya besar"

Tuesday, October 30, 2012

I know what you did last Aidiladha!

Huuih..tajuk entri kali ni kemain noo.. Rasanya semua dah kembali ke ibu kota setelah sama2 menyambut Aidiladha di kampung halaman kan (bagi yang balik la).

"I know what you did last Aidiladha". 

Memula sekali aku ingin bagitau bahawa entri kali ini agak PANJANG. So kalau korang larat membacanya..boleh teruskan. Sesapa balik ke Kelantan melalui jalan Kuala Lipis pasti tahu jugak insiden ini...Layannn..

25 Oktober 2012 (Khamis)
Arini last day sebelum semua sambut Hari Raya AidilAdha pada keesokan harinya kan. Aku masih masuk opis tapi yang pasti mood untuk berkerja sangatlah TIADA. Otak dah ingat kampung daa. Malah kat opis dah nampak lengang. huhu.

Aku keje half day saja harini. Pukul 1.30 petang, bersama sorang member kampungku..kami gerak balik ke kampungku di Pahang. Saje gerak awal sebab aku tak mahu terlibat dalam jem dan hujan. 

Perut terasa lapar tapi kata sepakat dengan member tadi, kami plan makan masa otw nanti. So teruskan perjalanan. So far jalan masih OK tapi lama kelamaan, speed kereta makin slow especially kat area Karak. Tapi masih boleh berjalan. Huh! masa ni pun dah jem. Aku ingat aku sorang je half day!

Terus berjalan....perut makin lapar tapi bila tengok situasi jalan aku rasa sayang plak nak stop makan. Huhu. Aku offer member aku untuk singgah tapau je nasi then makan dalam kereta tapi dia kata xpe,, teruskan je. So kami teruskan. 

Jam dah masuk pukul 5 lebih dan kami dan masuk area Kuala Lipis (kampung aku dah ni) tapi ikut perkiraan jalan normal, ada kira 1 jam lagi untuk sampai ke rumah aku. Tetibe jalan menjadi jem. Kereta tidak bergerak langsung. Apehal?? Paling aku pelik, kereta didepanku semua pakat u-turn. SEMUA. Masa tu lah sorang pemandu bagitau aku "ada jambatan runtuh kat depan, xleh lalu". Allahuakbar....

Tapi xpe, memandangkan aku anak jati Lipis so for sure lah aku tau jalan lain kan. Huhu..nada riak timbul dalam hati aku masa tu. Aku pun u-turn lah (jalan jem menjadi makin jem bila semua pakat u-turn) dan patah ke Bandar Kuala Lipis untuk ikut ke Jalan Felda Kechau. Kononnya situ jalan pintas.

Kebetulan kakak aku (rumah kat Lipis) pun baru nak bertolak balik ke kampung. Aku call dia untuk bagitau dan dapatkan kepastian pasal menda ni. So diorang pun kena ikut Kechau lah.

Insiden kedua. Elok2 aku lalu ikut Kechau tetibe semua keta stop then u-turn sekali lagi. Sekali lagi semua driver bagitau aku jalan sini pun xboleh lalu. Allahuakbar..dugaan apakah ini weyhh!!.. Ari makin gelap (nak maghrib dah). Aku pun u-turn lar sama then stop dekat Shell. Penuh kereta kat situ (yang pasti majoritinya ore nok balek Kelate). Tensen + blur + kecewa terbit dalam hati aku sambil termenung tepi kereta. Call kakak aku pasal ni. Diorang pun blur. Suasana masa tu sedikit kecoh la sebab semua dah cuak xtau nk lalu ikut mana. Esok raya weh!! Masa tu dalam otak aku teringat cerita omputeh kat tivi..

Sinopsis imaginasi aku:
"Jalan semua tutup. Manusia terputus hubungan xleh pegi mana2 then ada zombie datang serang sorang demi sorang. Argh!!!!!" (bodo kan imaginasi aku?...yela, masa tu makin gelap. xtau nak ikut mana dah)

Nak2 pulak kredit makin kurang and bateri phon nak habis. Huhu. Member aku lagi hampeh bile phon dia siap berkokok2 bunyi bateri nak habis. T__T..... abang aku call tanya perkembangan kami dan katanya ada berita kat radio pasal polis Lipis kata xde pape..mungkin panggilan palsu.

Aku call 09-312 ****, Balai Polis Lipis. Belum sempat aku cakap, operator tu jawab "oo..apsal jalan ye..kejap saya sambungkan"... tangkas!!. Pastu ada orang jawab sambil nyatakan dia adalah Ketua Polis Daerah Lipis. So aku pun tanya la macam2 kat dia. Aku dengar jambatan runtuh kat Shell Selborn pastu plak ada tanah runtuh berdekatan Sungai Yu. Tapi jawab Ketua Polis tu:

"En Maro, xde apa2 berlaku seperti yang dimaklumkan. Pegawai saya tidak menerima apa2 laporan mengenai hal tersebut"... 

Itu jawabnya. Tapi yang semua pakat kata xleh lalu ni apehal? adoyai... Kembar aku plak hantar SMS ke POLIS PHG [laporan] hantar ke no brapa ntah then dapat reply menyatakan "Tanah runtuh di Bukit 7". Wallaweiiih!!!! mana 1 betol ni. Aku makin tensen masa tu. Orang azan lama dah tp aku nak jamak takkhir.. hehe..bukan jamak takyah.

Last2, jumpa kakak aku sefamily kat Petronas then abg ipar aku ajak balik ikut Jalan Aur Gading. Satu2nye jalan yang masih ada. Kalo x, raya la kat sini. Tunggu zombie datang!!. Kakak aku dapat plak info dari Ketua Kampung (salah sebuah kampung kat Lipis) katanya memang ada tanah runtih dekat Kg. Dada Kering (pulak!) and suruh ikut Aur Gading. Sahabat aku plak (Royz) call aku katanya sepupu dia lalu situ siang tadi dan tanah runtuh pastu dia patah balik ikut Cameron Highland. Lagi la aku percaya kan. Inilah peluang kami untuk survive! Jalan Aur Gading. (semangat!)

Kebetulan sedara aku terperangkap pulak kat situ nk balik ke Kelantan. So aku tunggu dia (4 buah kereta) then kami gerak ke jalan Aur Gading. Makluman, jalan tu adalah jalan dalam (jalan lama) yang pasti orang area situ je tahu. Kalo orang luar konfem xtau. Then Aur Gading adalah satu kampung kat pedalaman yang paling senang untuk kesana melalui keretapi, kereta payah sikit. So kami 6 buah kereta ikutlah jalan tu. Kami je, sebab orang luar tak tahu jalan ni. (termasuk lah aku wlpun aku orang Lipis.haha)

Hujan renyai. Ari dah malam. Kereta aku dibelakang sekali, ikut kakak aku paling depan. Masa tu plak dapat call dari member lama katanya abg dia pun terlibat ngan masalah kat Lipis tu. Dia tanya aku sebab aku kan orang Lipis. Kononya aku tau la kannn...Dia xtau aku pun tengah jadi mangsa kheennn... hehe. So aku pun bagitau dia suh abang dia ikut jalan ni.

Keadaan jalan dalam hutan pada malam tu

Kisah kat jalan ni pulak.. memula ada lah beberapa buah rumah, tapi makin lama makin tiada. Jalan pulak daripada jalan tar ada line putih lama2 menjadi satu jalan kecik tidak bertar dan berbatu lobang sana sini. huhu... sereeemm.. Stop kat satu rumah paling hujung nak tanya jalan (masa tu sunyi je..kereta kami je)..then diarahkan kami ikut satu lorong kecil. Hanya muat 1 kereta sahaja pada 1 masa. Huhu.. Makluman masa ni kami dah masuk hutan. Kiri kanan hutan, semak samun dan tiada lampu jalan. Kami masih berenam. Perut kami lapar ok. Jam nak pukul 9 malam dah.

Jalan sangat teruk. Mungkin susah korang nak bayangkan tapi just imagine jalan berbatu (kiri kanan hutan), berlubang2 siap kena turun bukit curam. Huhu..sangat mencabar doooh. Pengalaman ni mahal bagi aku. Tapi..teruskan membaca kalo masih larat. Panjang lagi citer ni.. 


Kiri kanan adalah hutan. Masa ni kami berenam shj

Bila dah makin kedalam kami masuk, aku lihat ada sebuah kereta follow dibelakang. Lama lepas tu ada pulak sebuah lagi. Rupa2nya orang yang follow kami sebab depa xtau jalan. Xpe lah. Kami terus dan sampai satu kawasan rumah orang (2 buah rumah) ada simpang 3. Masih lagi jalan kampung then adalah signboard tulis "GUA MUSANG". Ermm betul lah jalan kami neh. Tapi korang tau, signboard tu ditulis kat kain rentang warna putih (ala2 banner or bunting lar) dan ditulis pakai spray kaler hitam. Wah!!! macam zombie kampung pisang doooooo... huhuhu.. Kain tu plak digantung pakai 2 batang kayu sebesar 2 jari rasanya. huhu. Aku nak amik gambar wat bukti tapi sebab ada kereta dibelakang plus takut ditinggalkan kakak aku...xsempat. Stop tanya kat orang kampung situ then kami teruskan. Sebelum tu stop sekejap sebab keta depan aku ada masalah bila pecah apa entah bahagian depan masa turun bukit curam tadi. huhu..macam2..

Insiden 3: Perjalanan diteruskan. Xde rumah orang. Kiri kanan hutan. Sampailah kat tengah2 hutan, kereta kakak aku stop. Aku lihat sebuah demi sebuah kereta sampai dibelakang aku. Rupa2nya makin ramai yang ikut kami. Aku lihat jam pukul 9.30malam. Lama sangat stop macam ada masalah je, semua pakat turun berjalan kedepan. Fuyyohh!!! ropenya bukan kami je! banyak kereta stucked kat depan. Katanya ada sebuah kereta rosak. Adoii.... masa ni la nak rosak. Jalan muat sebuah kereta je. Kiri macam gaung (macam la tapi agak dalam plus gelap), kanan plak sungai plus hutan. haha. Masa ni hanya Allah yang tau perasaan kami.. Nak kedepan xboleh. Nak kebelakang pun xboleh. Makin banyak kereta sampai dibelakang. Takut habis minyak, semua pakat tutup enjin matikan lampu kereta. Wohoo...gelap gelita! Yang ada hanya lampu enset dan beberapa kereta yang kononnya tanak matikan lampu..tapi last2 padam jugak. huhu. Imagine,,dalam hutan gelap gelita penuh nyamuk....plus pulak bunyi anak2 kecik meraung menangis. Panas barangkali.. adoii...dugaan sungguh time tu.

Makluman lagi, kami stop xgerak2 kat tengah hutan tu selama 2 jam. Masing2 termenung, merungut tak puas hati. Member sebelahku boleh plak tanya samaada aku bau wangi tak. Memula aku tak bau pape tapi bile dia bagitau aku terus dapat hidu bau itu. Serius! bau manis je. Aku pernah hidu bau ni tapi xingat ia bau ape. Yang pasti dalam kereta aku xde ape2 makanan. Bau tu dalam kereta aku..wangi sangat. Aku baca jugak ayat Kursi. Bunyi serangga, burung (macam2 lar) kat hutan tu xpayah cakap la especially cengkerik. Suasana begitu buat rasa sayu semacam je time tu.


Stuck di tengah2 hutan

Lama duk menunggu. Ada la beberapa orang Orang Asli (area situ ramai orang asli) datang nak membantu. Tapi lepas lama kat depan tu (kira2 40 minit lepas kami duk diam dalam kereta), kami diarahkan untuk patah balik/reverse/u-turn. Nak menangis aku mendengar lawak itu. Gile ke hape??? Jalan betol2 muat satu kereta pastu belakang aku plak berpuluh kereta. Tak logik... Masa tu semua kecewa dah tapi nak buat macamana kami dimaklumkan jalan didepan berbukit dan licin. Kereta memang xboleh lalu. Allahuakbar... daripada masalah kecik dah jadi MASALAH BESAR. Sampai ada yang merungut kecewa...baik jem kat jalan luar daripada dalam hutan xde orang malam2 ni. huuhu.. Seolah2 mereka kecewa ngan keputusan mereka masuk ke dalam hutan ni. haha. Kami xajak....sape suh ikut.  Pasal reverse tadi, org Asli dan beberapa orang kampung pakat naik moto maklumkan kepada semua kereta dibelakang untuk patah balik. Huhu..serius aku xpercaya ia boleh dilakukan bila pikir suasana jalan tadi. Kebetulan abang kepada kawan aku (aku citer tadi) pun ada kat belakang stuck kat jalan luar so aku mesej suh diorang semua reverse. 

Pastu? Doa? dari awal aku xputus2 doa dalam ati weh. Aku siap terfikir apalah benda xbaik yang aku buat sebelum aku bertolak. Kot2 lar ada buat salah sampai dapat masalah bertimpa2 sebegini. Last2 macam ada sinar. Kereta kami diminta alih ketepi (walaupun xde ruang sangat nk alih sebab jalan sempit) untuk beri laluan Hilux lalu untuk beri bantuan. Wuhuhu...daripada masalah kecik dah jadi misi menyelamat kot. Start enjin alih kereta then matikan semula. Semua buat benda sama. Perut?? huhu...kakak aku kat depan call tanya aku kat mana coz nak hantar lemang. Dia tahu aku lapar. Haha... tragis betol la. Tapikan mujur even dalam hutan, ada line tepon n radio elok. Xtahan nyamuk aku bukak enjin n bukak radio. Nak2 masa tu pulak ada TAKBIR RAYA. wuhuhu...meleleh lar weyh!!!.. sedih betul kami masa tu. Huk3..

Hilux datang untuk memberi bantuan

Bila dah lama Hilux tu kedepan dalam 30 minit....aku ingat lagi kami stop 9.30 malam then pukul 12 kami baru boleh gerak slow2. Mulut aku xhabis2 ucap syukur cz dapat gerak. Tapi dalam 100 meter keretaku bergerak, aku rasa pelik sebab kenapa jalan teramat gelap. Bila ada seorang orang Asli tegur, baru aku tau bahawa aku lupa hidupkan lampu kereta. Huhu. Bile kedepan baru aku tahu situasi sebenar jalan. Siap ada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) datang untuk selamatkan kami. Huhu. Kena lalu di atas jambatan kayu (macam nak runtuh je). Sebuah demi sebuah pastu lalu kat jalan tanah selut merah yang licin. Patut la tadi kata jalan bukit licin xleh lalu. Aku dapat rasakan tayar kereta aku gelincir sedikit demi sedikit masa kat atas jalan tu. Tapi aku sangat bersyukur sebab HUJAN TAK LEBAT malam tu. Sebab aku yakin kalo hujan lebat, konfem kami semua xboleh lalu langsung. Syukur Ya Allah.

Lapar + Stress + Ngantuk + Letih + Kecewa. Batik siap!!

Untuk makluman, area situ adalah area jalan baru nak buat. So hanya lori hantu biasa lalu kat situ. Dan aku tahu kat situ pernah ada kes penunggang motorsikal ditahan mat indon dan diletakkan parang kat leher untuk disamun. Wuhuhu...orang len xtahu so depa jalan je tapi aku tahu. Dari kegelapan, aku lihat depan dan belakang panjang je deretan kereta. Sekali lagi aku imagine, 

"semua orang telah diselamatkan dan dapat keluar dari masalah zombi. macam dalam cerita omputeh. haha"

Aku lupa hidupkan lampu kereta


Alhamdulillah, finally kami masuk ke Felda Chegar Perah. Jalan dah elok dan kami masuk ke jalan utama. Tapi kan...aku tengok jalan utama,,Subhanallah......jem!. Tambahkan lagi persoalan dalam kepala aku...dari mana plak datangnya semua kereta ini?? Yang pasti mereka datang dari arah KL. Dan yang pasti juga mereka akan lalu jalan yang kononnya kata ada jambatan runtuh dan tanah runtuh tadi. Hati aku kosong....T_T... (apakah relevannya kami masuk hutan tadi ehh??)

Mendaki bukit dijalan tanah merah yang licin. Lokasi samun

Aku mesej kawan aku suruh bagitau abang dia yang kami dah boleh gerak tapi katanya abang dia dah patah balik bila aku mesej tadi dan lalu jalan utama. Tak ada apa2 katanya. T____T


Masuk Felda Chegar Perah sebelum ke jalan utama


Jalan utama yang jem

Erm..xpe lah. Janji aku dah selamat keluar dari hutan. Jem pun jem lah. Rumah aku dah dekat dah sebenarnya. Yang kesian adalah pada yang akan teruskan perjalanan ke Kelantan lah. Huhuh. 

Singgah surau solat jamak. Pastu hantar kawan aku then aku sampai rumah tepat pukul 1.10 pagi. Tadah tangan ucap.....Alhamdulillah. =)...

Itulah ceritanya. Memang dugaan, namun pengalaman ini sangat berharga bagi aku. Tapi cukuplah sekali. Huhu. Keh xmo dah!

OTW aku balik ke Putrajaya smalam,, xde pape pun kat jalan utama tu. Kat Sungai Yu memang ada kesan tanah runtuh.  Tapi sikit je... so tanah runtuh dan jambatan runtuh tu masih menjadi persoalan kami.

Kembar aku sampai pukul 4 pagi tu katanya jalan ok. T___T

info

Maro said: "Smalam member aku bagitau, masa abang dia patah balik (lps dapat mesej aku) dia jumpa 'benda' xbest. Tinggi kaki panjang sampai kereta mereka lalu bawah kangkang 'benda' tu. Katanya hantu galah. Dan bau wangi dalam kereta aku adalah chewing gum yg kawan aku pijak bawak masuk dalam keta. Aku tengah meremang skarang ni......huuuuu"


Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha 1433H



“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima daripada yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.”
 (Surah al-Maidah, ayat 27)



Salam Aidiladha buat semua umat Islam walau dimana berada. Jadikan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S ini satu wadah untuk kita sama-sama berjuang dan berkorban demi Islam tercinta. Sebenarnya banyak pengajaran daripada kisah tersebut yang tertulis di dalam Al-Quran dalam surah Ash-Shaffat (ayat 101-111): Antaranya:

  • Nilai penghambaan yang tinggi kepada Allah S.W.T -  Nabi Ibrahim A.S taat serta patuh kepada perintah Allah, tanpa mempersoalkan perintah yang Allah berikan kepadanya.
  • Perintah Allah mempunyai hikmah - Nabi Ibrahim A.S serta Nabi Ismail A.S pasrah dalam melaksanakan perintah Allah dan Allah menggantikan Nabi Ismail A.S dengan kambing.
  • Pengorbanan seorang bapa - Demi mendapatkan keredhaan Allah, Nabi Ibrahim A.S sanggup membenarkan mimpinya terhadap anak kesayangannya (Nabi Ismail A.S). Ini adalah kerana, Nabi Ismail A.S merupakan anak kesayangan buat Nabi Ibrahim A.S.
Harapan semoga kisah ini dapat memberi pengajaran serta gambaran pengorbanan buat kita semua. Lagi indah andai kita dapat menghayati erti pengorbanan ini serta mengaplikasikannya dalam kehidupan kita. Sesungguhnya dengan pengorbanan, sesuatu yang amat berharga dapat dicapai dan kemanisannya dirasai dengan hadirnya pengorbanan. InsyaAllah...


Maro said: "Berkorbanlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah Taala. Hati2 kepada sapa2 yang memandu...semoga kita sentiasa dalam perlindunganNya."

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers