Konco - Konco

Monday, December 31, 2012

BJ Mini Marathon 2012 : "We Rule The Road"

Nak dijadikan ceghita pada 29 Disember 2012 iaitu ari Sabtu lepas aku join lah 1 kejohanan marathon anjuran pihak MBSA neh. Plus event ini ada sket2 kerjasama dengan company sahabat aku, MRASZHAAR Entreprise.

Hemph! ape kes, last time aku lari masa form 5 dulu tetibe arini terbuka ati nak lari. Huhu. Sebenarnya 1 je..aku nak cabar diri aku. Sebelum ini aku akan muntah lepas lari jauh2 neh (xtahan). so kiranya aku nk pastikan aku xmuntah. hoho.

Plus aku dengar hadiah tempat pertama RM500. hoho aku tau, xmungkin aku dapat. Tapi aku masih ada angan2 apabila pemenang dikira hingga tempat ke-10. Hehe (gelak jahat + kononnya aku leh dapat tempat ke-10 letteww).

Malam tu aku xtido langsung sebab tolong member aku siapkan baju. Company dia dapat project buat baju untuk event ni. Event esk arini baru nak buat. Ini lah jadinya. Siap je baju jam 5.30 pagi aku terus gerak ke Space U8, Bukit Jelutong. Daa..

Sampai sana, humangaihh!!..ramainya orang. Siap strecthing n berlatih bagai. Aku telan air liur. Terus rasa nak buang air besar. Siap negro n mat salleh pun ada. Impian aku nak dapat at least tempat ke 10 macam.............(please fill in the blank) je. Aku ingat budak2 skolah menengah je join (so kalo depa je..ko leh makan la eh??)  Toilet xtau kat mana tapi sakit perut yang amat. Aku tahan je. Member suh aku stretching tapi aku malas. Kononnya nak lari biase2 je.

So bila dilepaskan aku pun larilah. Tapi xdan pape kaki kanan aku rasa sakit sangat sampai terhincut2. Amik kau! orang suh stretching cakap besar. Kan dah kena. Dalam ati aku duk risau kalau aku tetibe cramp dan terpaksa nek ambulan. Wohooo...malu dooh. Rasa nyesal menyelubungi ati aku. haha. Tapi aku tetap nak cabar diri aku. lari dan terus lari..

Lupa nak bagitau, track aku sejauh 10km ok. Paling xleh blah, rasanya xsampai separuh jalan aku lari, dah nampak si negro tu dengan rakusnya dah lari patah balik. Mak aih...orang ke hape tu..punah harapan aku nak dapat RM500. Huh!. Tapi xpe, aku terus lari sambil lihat catatan masa di henpon aku. Perut masih sakit, aku harap sgt dapat tahan. Xkan nak stop cari tandas..rosak la catatan aku kan. Lari dan terus lari dan akhirnya aku berjaya tamatkan larian dengan catatan 01:12:55.1. Ok lah utk 1st time runner like me yaa.. haha.

Fuh! Alhamdulillah syukur aku berjaya tamatkan larian dengan sukses dan tak muntah.

Bersedia untuk merebut RM500. Gerun aku tgk betis memasing


Gambar kwn aku yang terkinja2 nak berlumba. Motip apa, aku xtau!



Gambar sama ngan No 1 tapi zoom jauh sikit.


Ah stretching lar korang


Muka kecewa la ni..


So, moral aku dapat kalo nak join lari-larian ini.


  • sila stretching sebelum bermula (xpayah cakap besar. Tapi apa kepentingannya?)
  • buat sekadar mampu (xpayah nak mudhoratkan tubuh badan kalo rasa xleh)
  • jangan tegur org asing masa berlumba (aku tegur nak berbual ngn sorang pakcik peserta tu,,,dia wat donno. terus aku pecut tinggal dia. malu seyyhh)
  • kalo ada partner kat sebelah, lagi semangat nak lari (ada feeling nak compete + xmo kalah) kalo x, asek nak berjalan je
  • xpayah nak jaga kulit tangan n muka dek sinar UV sangat. Feminin looo
  • buang dulu apa yang patut (nanti xselesa nak lari)
  • sila berpijak dibumi nyata

Sekarang ni, aku mengensot2 mcm adik bru lepas bersunat sebab sakit urat. Itu je. Len kali nak join pulak lah. Dengar kata bulan 3/2013 ada event lagi besar. Cari nahaskah?


Maro said: "Jangan pandang rendah peserta yang rendah sebab kaki panjang belum tentu langkahnya besar"

4 comments:

  1. aku like pada point ko x payah nak jaga kulit n sila berpijak dibumi nyata..haha...

    awal2 aku daa tahu n berpijak dimuka bumi sfera ini..

    ReplyDelete
  2. Irwan Zul:

    hoho..aweks situ selamber pakai singlet n seluor pendek. si mamat tu yg lebih2 nak jaga kulit. haha.

    tp papepun...aweks tu sangat xsesuai as a muslim nak pakai lagu tu.

    ReplyDelete
  3. Mana pic awak Maro? nak kenal gak la. hewhew3

    ReplyDelete
  4. Anon,

    Takde. Aku amik gambo orang je. Gambo sendirik xde. Hihi

    ReplyDelete

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers