Konco - Konco

Monday, October 8, 2012

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah


Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran kupanjatkan kehadrat Illahi kerana masih membenarkan aku bernafas di dunia ini. Kerana masih memberi peluang untuk aku terus sihat dan hidup seperti manusia lain.

Apa2 sekalipun, kejadian itu memberi memberikan aku sejuta peringatan dan kesedaran untuk lebih berhati2 selepas ini. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

Nak dijadikan cerita, wiken lepas aku ke Puncak Alam untuk jumpa sahabat aku dengan menggunakan RXZ aku. Sebelum gerak dari Putrajaya, aku dah isi petrol sepenuhnya. Tayar? OK. 2T? aku pikir baru je haritu aku isi 2T so masih ada kot. (So aku xcheck 2T tu).

"Aku nak melawat sahabat aku kerana Allah Taala", niat hati aku dalam hati. (aku pernah dgr ceramah kat radio, Allah memberkati dan memberikan pahala yg besar kepada seseorang yang melawat sahabat/kenalannya dengan hati ikhlas). Baca doa selamat dan aku terus gerak melalui Lebuhraya Elite.

Jam hampir 5 petang, so cuaca masih lagi panas. Sebetulnya aku boleh dikira rookie @ baru sebagai mat motor di KL ni. Sebab biasanya aku naik kereta (kenapa x naik kereta? malas aku cerita) tapi skarang aku selesa jadi mat motor. Bila dikatakan rookie..so aku masih takut2 la tiap kali nek motor kat highway neh. Dulu2 ye aku slalu neh motor tapi itu kat kampung or jalan biasa.

Aku naik slow je. 80 - 90km/j kot. Berdesing2 moto keta potong aku. Jalan dan terus jalan. Aku menten kat laluan motor. Kejap2 bgn betulkan seluar. Maklumlah senak naik RXZ neh.

Kaitan cerita dgn SYUKUR aku?

Jalan dan terus jalan. Aku dah sampai area Tol Batu Tiga, Shah Alam. Banyak kereta laju2 belok kekiri untuk ke Batu 3. Aku mahu ke Bukit Jelutong so aku masuk sedikit ke tengah untuk terus. Kereta agak banyak masa tu. Daripada kelajuan sederhana, aku pecut sedikit untuk memotong kenderaan dihadapan. Kelajuan aku bertambah laju dan aku berada di lorong paling kanan. Aku nampak ada kereta laju nun dibelakang tapi aku terus pecut untuk potong lori disebelah sebelum masuk semula ke laluan motor. Tapi..

xsuka untuk aku ingat kembali..tayar blakang motor aku stop (jem) tetibe. Just imagine aku tengah laju tetibe tayar xjalan. Imagine korang naik motor laju diatas minyak masak? aku jadi xseimbang, tayar blakang aku kekiri dan kekanan. Allahuakbar, masa tu aku hanya mampu berserah. Dalam kepala aku dah terfikir mala petaka akan terjadi. Allahuakbar..Allahuakbar...hanya itu yang keluar dari mulut aku. Aku yakin yang aku akan jatuh tengah2 highway dihadapan kereta yang laju, lori kat sebelah aku. Adakah ini hari last aku hidup? Aku dah ingat mati.Tapi Allah yang menentukan segalanya.

Allah Maha Kuasa. ketika tayar aku jem tu aku masih mampu balance kan motor aku dan masuk sedikit2 ke sebelah kiri. Kuasa Allah, mungkin kereta, lori dibelakang aku slowkan  speed mereka bila tgk motor aku xbalance. Aku masuk ke tepi jalan (laluan motor) dan stop. Alhamdulillahm terima kasih Ya Allah.

Gambaran
Astagfirullah hala'zim... aku terdiam seketika. Jujur, keluar air mata aku sebab pikir kejadian tu dan Allah masih selamatkan aku dari mala petaka yang tidak diingini. (telinga berdesing...). Tadah tangan panjatkan doa dan syukur.

Bila hati dah cool sikit, aku try start motor aku. Hidup! (tapi berat). Bila jalan sedikit, mati. Start semula...jalan sedikit...mati. Pastu xidup terus. 1 ujian Allah bagi  aku dah selamat tadi. Ini yang kedua (1st time terjadi.....di highway!). Aku check minyak..penuh. Aku syak......2T!. Aku bukak seat dan check 2T....terbukti xde walau setitik pun. Perjalanan aku masih jauh. Allahuakbar...

Syukur enjin motor aku xrosak sebab kering 2T. Aku bukan expert pasal motor tapi aku tau jugak kalo jem..habis rosak enjin motor. (try tengok)

Penangan kejadian pertama tadi masih belum hilang (malah sampai masa aku buat entry ini sekalipun).. aku xcontact sapa2. Teringat sahabat aku tapi susah untuk dia datang. Aku tolak motor aku. Cuaca masih panas. Kusangka Petronas sebelah Tol Bukit Jelutong sudah tak jauh tapi makin lama kurasa makin jauh. Letih jangan cakap. Tapi masa tu bagi aku ia bkn masalah besar sebab aku dah SELAMAT tadi. Mulut dan ati aku xputus ucap alhamdulillah. Banyak moto berdesing2 memecut laju. Biarlah. Aku xterfikir mereka akan berhenti tolong. Xpe, aku tolak lagi sampai jambatan (fly over kot) depan MSU. Kaki aku letih sgt2. Jauh jgk aku tolak. Alhamdulillah..kuasa Allah jugak....ada sorang abang motorsikal stop. Naik Lagenda kalo xsilap. Ntah aku xsure..xterpikir nak lihat moto dia masa tu. Aku letih yang amat.

"Kenapa dik?", kata abang tu. (abang..sebab dia lebih tua dari aku. 40an rasanya)

"Kering 2T", aku jawab dengan muka yang xleh blah aku rasa sebab aku dah tercungap2 letih.

"Naik, meh abg tolak dari belakang", 

"Larat ke bang?", aku masih boleh bertanya masa tu. Sebab motor aku lagi besar drp moto dia.

"xpe, boleh", alhamdulillah SYUKUR aku padaMu Ya Allah..masih ada hambaMu yang sudi membantu.

Dia tolak motor aku sampai Petronas kat Tol Bukit Jelutong. Memang aku nak lalu situ dan kebetulan abg tu pun memang nak lalu situ. Masa ditolak tu kami xbercakap pape, aku fokus pegang handle tgk depan. Dalam hati xputus ucap alhamdulillah dan aku niat nak hulur seposen dua kat abg tu nanti sebab bantu aku.

Sampai je kat petronas, aku stop kat tepi jalan (masa tu ikut laluan motor). Nak ucap terima kasih kat abg tu tapi abg tu angkat tangan (tanda bagus) dan terus gerak. Allahuakbar..xsempat aku nak hulur duit sikit. Malah ucap terima kasih pun masa dia dah jauh bergerak. Terkilan jugak aku rasa. Nama dia pun aku xkenal..

Aku sambung tolak masuk petronas. Beli 2T dan sebotol 100Plus. Isi penuh 2T, start enjin (alhamdulillah hidup cuma bunyi sedikit xbest kat enjin) dan aku duduk sorang2 tepi moto (xmatikan enjin) sambil minum 100Plus. Fikiran aku kosong masa tu. Lama gak aku biarkan motor aku tu. Termenung sampai ada CRV tetiba kat sebelah aku pun ntah bila sampai..aku xtau. Masa tu baru terlintas nak mesej sahabat aku maklumkan motor rosak tepi jalan. Jenuh dia duk mesej dan call aku tapi aku cakap xpe,,biar aku ejas. Tak mau susahkan dia. Pastu aku start motor dan teruskan perjalanan. Fikiran masih duk ingat benda tadi.

Sampai depan bus stop depan UiTM Puncak Perdana, aku stop kejap. Berhenti lepak sorang2 tenangkan hati sambil minum 100Plus. (ati masih xtenang sebenarnya). Bila dah puas, aku gerak semula menuju ke Puncak Alam. (8 miscall drp sahabat aku tapi aku xangkat coz aku naik moto).

Dekat2 nak sampai kedai sahabat aku, bile aku belok kekanan kat selekoh tetibe motor jadi xbalance. Aku jadi mcm nak terjatuh. Pehal plak. Aku terus ke kedai dalam 100 meter dan motor rasa xbest. Sampai depan kedai sahabat...aku termenung lagi. Mood terasa sangat tidak mengembirakan. Tengok tayar belakang ok..tengok tayar depan...pancit rupanya. Allahuakbar,,,sekali lagi. Tapi aku BERSYUKUR sebab dah sampai ke destinasi baru pancit. Kalau pancit tengah jalan tadi??

Jam masa tu sekitar 7.15 malam. SYUKUR jugak bengkel motor ada berdekatan kedai sahabat aku dan nak tutup dah. Aku tolak motor (tolak sekali lagi) dan tukar tiub. Nasib baik sempat. Habis RM15. Sahabat aku macam xpuas hati bila aku xjawab call tapi gelakkan aku bila aku sampai (plus tayar plak pancit). Dia gelak sebab xtau kejadian sebenar. Aku just citer..moto xidup.

Apa2 sekalipun..sekali lagi AKU BERSYUKUR kerana Allah telah selamatkan aku. Aku masih bernyawa untuk buat entri ini.


Maro said: "Hati2 dijalan raya. Mohon kita semua berada di dalam perlindungan Allah sentiasa..Amin"



5 comments:

  1. huhu sungguh tragiss citer ko..mengingatkan aku dengan citer aku pasal cikgu MARA dulu....tapi syukur alhamdulillah beb

    ReplyDelete
  2. Ye Alhamdulillah selamat.
    Insiden motor nk terjatuh tu sebenarnya sangat teruk. Bila diceritakan melalui perkataan ianya xsampai. Hanya org yg alami dan lihat insiden itu akan paham. huhu. Kalo roda 4 ok lagi. Just imagine, apa jadi bila roda 2 tapi hanya 1 berpusing. Yang belakang seret kekiri kekanan dengan kelajuan dlm 100km/j. huhuh..(insaf)

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. banyaknye dugaan. Nasib baik x jadi pape bilamana piston benti.

    ReplyDelete
  4. wenkhadi,

    em alhamdulillah xjadi pape pada kw n enjin moto tu. syukur..

    kena lbh hati2 n peka terhadap keperluan motor/kereta selepas ni...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..
    hati2 lah dalam setiap apa yang kita lakukan. InsyaAllah sentiasa berada dibawah perlindunganNya

    ReplyDelete

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers