Konco - Konco

Tuesday, October 23, 2012

Gold Investment : Profit or Loss




Bila bercakap pasal pelaburan untuk dapatkan duit, salah satu contoh popular masakini adalah pelaburan emas.

Sejak akhir-akhir ini isu penipuan dalam pelaburan emas ini sering kali disiarkan di media massa. Hah! Amik! Aku yakin ramai yang sebelum ini berbangga dengan penglibatan mereka dalam sistem pelaburan tersebut mula kecut perut. 

"Bukan mudah hendak senang dan bukan senang hendak mudah"

Masalah dengan masyarakat kita adalah terlalu percaya dengan tawaran2 yang menawarkan kejayaan/keuntungan secara mudah. Pendek kata, labur RM1000 hari ini, minggu depan dapan RM5000. Macam tu lah contohnya. 

Teringat aku bila beberapa kawan aku ajak berjumpa untuk menerangkan (promote) padaku pasal skim pelaburan emas yang disertainya. Panjang lebar yang dia terangkan sampai aku dah jadi teruja. Siap boleh pakai INSPIRA (sebagai budak baru keje ia dikira hebat lar) plus mak dia pernah nasihat untuk berhenti kerja since pendapatan dari pelaburan emas itu sudah memamadai. Katanya....Wah! Sapa2 pun pasti akan teruja bukan.

Lepas tu siyes aku dah termakan kata2 member tadi. Kalau setuju, esok jumpa semula dengan dia untuk confirmkan. Itulah katanya.

Tapi, aku terselamat. Sebab? dalam masa aku tengah teruja, sempat jugak aku dan kawan aku (bkn member tadi) google kan hal2 berkaitan pelaburan emas termasuk company yang member tadi cerita tu. Alhamdulillah, makin banyak kami check makin banyak forum2, isu2 pasal company tu yang kami jumpa. Macam2 version!. Aku masih dalam dua. Hati jahat kata 'masuk je' tapi hati baik kata 'biarlah..biar lambat kaya daripada cepat muflis'

Masih tak puas hati, aku emelkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia untuk bertanya pasal skim tersebut dan jawapan yang diberikan cukup untuk buat aku pilih kata 'hati baik'. So aku dan kawan aku ikut kata hati baik.. Itu je kesahnya sehinggalah media massa Malaysia mengeluarkan berita mengenai penipuan dalam skim pelaburan emas ini.

So post kali ini, sekadar perkongsian tips kepada pembaca semua jika ingin try skim2 pelaburan seperti ini


  • Sekiranya skim itu indah khabar dari rupa, berkemungkinan besar ia skim palsu.
  • Berwaspada dengan skim Ponzi kerana ia adalah skim pelaburan berunsur penipuan apabila pengendalinya mengambil wang daripada pelabur baru untuk membayar kepada pelabur awal. Akhirnya akan sampai satu peringkat apabila jumlah pelabur baru tidak mencukupi untuk menyokong skim ini dan seterusnya keseluruhan skim mengalami kegagalan. (Sebijik macam company yang member aku cerita..)
  • Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga yang sah.
  • Rujuk kepada pihak berkuasa sebelum melabur/mendeposit wang

  • Jangan terpengaruh atau terburu-buru untuk melabur. Biarlah tak  dapat beli INSPIRA sekalipun.
  • Berhati-hati dengan pelaburan melalui internet. 
  • Berwaspada dengan peluang pelaburan yang tidak bertulis.
  • Jika pelaburan sudah dibuat, simpan salinan semua dokumen pelaburan.

Maro said: "Beringat sebelum kena. Duit itu untuk darah daging kita"

3 comments:

  1. nak cepat kaya..kena laburkan banyak sikit. Tapi xde cash..kena apply personal loan. Mgkin 30k. Pastu pas labur kena cari orang kan?...haha...bahaye benor. Pastu skim tu colapse...hutang kat bank kene bayor jugak. Baik la pegi joli duit tu daripada bagi kat upline entah hape2.

    ReplyDelete
  2. Yup. thats their modus operandi. sape nak join kena labur minimum 25k. Of course kena buat loan. Haha..

    nasihat kpd semua. pikir bebaik, semak bebaik kalo x anda menyesal. Kepada member yg pakai INSPIRA tu..moga anda selamat. Hehe..

    mujur den xterlibat.

    ReplyDelete
  3. "biar lambat kaya asal xcepat bangkrap"..

    suka statement tu =)

    ReplyDelete

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers