Konco - Konco

Sunday, October 9, 2011

Kisah Sebiji Epal


Perginya... tokoh revolusi dunia... Anda suka epal? Aku suka epal. Tapi cerita ini bukan sekadar sebiji epal merah mahupun hijau tapi... hilangnya sebiji epal yang membawa dunia ke satu revolusi yang tidak pernah kita jangka.

Masih aku ingat, enam tahun lalu, Steve Jobs pernah berbicara mengenai bagaimana kesedaran bahawa beliau akan mati pada bila2 masa menjadi motivasi paling utama baginya untuk membangunkan teknologi komputer Apple, iaitu ciptaan yang sebenarnya dimulakan di garaj rumah mak ayahnya bersama rakan beliau, Steve Wozniak pada tahun 1976.


Semasa memberi ucapan di Universiti Stanford, California pada 2005, Steve pernah berkata "Kesedaran bahawa saya akan mati tidak lama lagi adalah alat paling penting yang pernah saya temui untuk membantu saya dalam membuat pilihan besar dalam kehidupan". Kenapa beliau berfikir sebegitu? Semuanya adalah kerana baginya semua jangkaan, kesombongan, ketakutan, perasaan malu dan takut kegagalan akan hilang begitu saje jika beliau meninggal dunia dan apa yang tinggal hanyalah benda yang benar2 penting saja.
Erm..terdapat kebenaran disebalik kata2 itu. Cukup utk difikirkan oleh kita semua. Bagi kita sebagai seorang Muslim...3 benda akan dihitung selepas kita tiada nanti. Apa tu? (1) Sedekah jariah (2) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikan dan (3) Doa anak yang soleh.

Ok berbalik semula kepada tokoh ini. Jobs dilahirkan pada 1955 di San Francisco hasil perkongsian hidup Abdulfattah John Jandali iaitu seorang warga Syria dan warga AS, Joanne Schieble sebelum diserahkan kepada ibu bapa angkatnya Paul dan Clara Jobs. Aku tak tahu apa sebab dia diserahkan kepada pasangan ini.


Ingat! kejayaan seseorang tak semestinya bermula dari awal. Bagi Jobs, selepas sangkut masa pengajian di kolej, beliau mula menunjukkan power luar biasa apabila berjaya mengubah teknologi dengan pelancaran komputer peribadi pertama ciptaannya, Apple II pada akhir 1970-an (aku xlahir lagi masa ni) dan mendapat sambutan hangat pengguna dan pelabur.

Tak cukup setakat itu, pada 1984 beliau sekali lagi mengulangi kejayaan sama dengan pengenalan komputer Macintosh yang dihasilkan menggunakan teknologi terbaru pada masa itu bagi mencipta komputer peribadi serupa dengan apa yang kita semua lihat pada hari ini.
Dan bermula dari detik itu, ciptaan demi ciptaan dihasilkannya dan selepas beberapa tahun, beliau mula memperkenalkan produk popular yang menambat hati jutaan pengguna seperti iPod, iPhone dan iPad.

Tahukah anda berapa harta yang dimiliki Jobs? Menurut sumber dari apa yang aku dapat, dipercayai beliau memiliki kekayaan mencecah AS$7 bilion. Kalo tukar duit kita jadi RM21 bilion. Erm...... aku tak tahu nak kata beliau ni kaya ke miskin.

Jobs yang dikenali dengan pakaian seragamnya iaitu baju hitam berkolar tinggi (macam baju melayu) dan seluar jeans biru dianggap sebagai nadi syarikat Apple iaitu syarikat kedua paling bernilai di AS selepas Exxon Mobil.


Tambah sikit lagi, walaupun beliau adalah pengasas utama Apple, beliau tidak teragak2 untuk berundur daripada memegang jawatan CEO syarikat itu pada Ogos 2011. Penamat cerita kepada ikon revolusi dunia ini adalah kematiannya ketika berumur 56 tahun pada 6 Oktober 2011 selepas bertahun2 menderita menghidap barah pankreas. Penyakit ini mula dikesan pada 2004. Yang pasti, kehilangan ini bukan saja dirasai pekerja syarikat itu tapi bagi aku ia boleh dianggap kehilangan besar dunia teknologi kerana ciptaannya kini menjadi sebahagian daripada kehidupan ramai orang di seluruh dunia.


Antara kata2 semangat yang dianggap antara paling menyentuh jiwa semasa hayatnya boleh anda baca dalam teks ucapannya di
http://news.stanford.edu/news/2005/june15/jobs-061505.html atau tengok video Steve Jobs's 2005 Stanford Commencement Address di laman YouTube.

Maro says:" Jobs bukan hanya meninggal produk berteknologi tinggi kepada dunia, tapi meninggalkan contoh terbaik bagaimana semangat seseorang manusia mampu mengubah dunia."

No comments:

Post a Comment

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers