Konco - Konco

Thursday, December 29, 2011

Cita2..sama atau tidak?

Wah! bizinye beliau, menghadap PC, membentangkan kertas kerja, mengatucara program komputer, mengajar pelajar2 dalam kelas dan macam2 lagi lah. Hebat korang semua kan. Jap! Jap!..amik masa korang seminit dua utk rewind ke momen korang kecik2 dulu. Topik kali ini CITA2. 

Bercakap soal CITA2, cuba renung kembali..apa anda sedang buat sekarang. Apa kerjaya anda sekarang?..try ingat balik apa cita2 anda dulu. Adakah apa yg dicita2kan suatu masa dulu menjadi kenyataan sekarang. Betul, tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan tapi cuba anda renungkan seketika. Sama atau x sama?

Haa..aku pun ada cita2. Masa aku mula pandai berfikir dan bercita2, aku impikan untuk menjadi.......



Sekolah Rendah (1993 - 1998)


Haa..masih aku ingat memula masuk darjah 1, Cikgu Putra (cikgu kelas aku masa tu) sedang mengisi Fail Peribadi Murid2 (kalo xsilap aku la). Semua murid akan dipanggil sorang2 kedepan untuk menyatakan 3 cita2 untuk diisi ke dalam fail tersebut. Lepas sorang2 kedepan tibalah turn aku. Since aku dah pikir sejak duduk di kerusi lagi aku bagitau cikgu "cita2 saya nak jadi Askar, Bomba dan Polis...cikgu". Ok abis disitu. 

Hebat kan cita2 aku masa tu. Tapi aku jadi menyesal tak sudah selepas tu. Lepas bagitau cita2 tadi aku mula berfikir dan menyesal (kununnya tersilap cakap). Aku pikir: Jadi askar nanti mati kena tembak ngn penjahat. Jadi bomba nanti mati terperangkap dalam rumah terbakar dan jadi polis nanti mati kena langgar kereta masa buat road block. Adoyai...dari pagi sampai balik umah aku risau dan takut. Huhu ntahpape kan. Tapi apa2pun aku rasa cita2 aku lagi baik dari sorang classmate aku yang kini digelar Mat Jepun. huhu.

Alkisahnya..bila cikgu panggil dan tanya cita2, dengan selambernya classmateku ini jawab nak jadi KOMUNIS. Hak3 lawak dowh. Cikgu plak bleh marah budak tu dan suruh budak tu jadi jepun. So sampai sekarang kawan aku ni digelar Mat Jepun. ahaha. Baru bulan lepas dia berumah tangga. (tetibe)..hehe

Sekolah Menengah (1999 - 2003)


Lepas UPSR, kebetulan murah rezeki aku dapat offer masuk Sains Mara. Huhuhu. Masuk alam skolah menengah ni aku dah tukar cita2. Kali ni aku nak jadi Pilot. Kemain kan. huhu. Tapi serious, aku rasa cita2 ni la aku paling nak. Member pakat nak jadi doktor (ramai dah bejaya jadi doktor skg. Taniah gang!), aku tetap nk jadi pilot. Cikgu kata kena skor fizik so aku skor fizik (dah btol2 membara tuk terbang neh.huhu). 

Tapi sedeh...habis SPM, alhamdulillah murah rezeki lagi...tapi cita2 ni xberapa disokong oleh ibu dan ayah tercinta. Memang keputusan ditangan aku tp kalo boleh, mereka xmau ank mereka join kerjaya berisiko tu. Guling2 aku atas katil memikirkannya..Urrmmm......(kena tukar cita2 pulak).. Ikut hati mereka suka aku jadi chekgu..huhu


Zaman U (2004 - 2010)


 Okeh masuk menara gading (U biase2 je). Aku mintak TESL xde rezeki. Aku minta LAW pun xde rezeki then dapat course IT. Ah! terima jela IT pun aku minat gak masa tu. Berbalik pada crita cita2 tadi, masa ni aku tukar cita2 untuk jadi Lecturer la plak. InsyAllah arap2 cita-cita ni jadi kenyataan la. Study...study and study. Alhamdlh murah rezeki sepanjang duk U tersebut sampai sorang lecturer pebret aku pernah cakap dia akan tolong and pastikan habis study nanti aku akan jadi sorang pendidik kat situ. huhu.  (lagi la berkobar2 cita2 aku nk jadi Lecturer).

Nak jadi lecturer kena ada Master. So habis je degree (termasuk praktikal)..aku terus apply master. (Sebenarnya masa degree lagi aku da apply). Masa di interview ada satu soalan yang berbunyi "Why u nak sambung master?"..jawab aku simple je.."Coz i wanna be a lecturer"..(haha..alhamdulillah dapat sambung master). Ambitious la u (kata seorang interviewer merangkap lecturer n penasihat aku lps tu) Sikit lagi...sikit lagi...(kata ati aku untuk capai cita2 aku tu).

Tgh syok2 menjadi budak master neh....Teeet! Teeet!! Teeet (henpon aku berbunyi). Akak ipar aku call bgtau ada surat tawaran kerja dari JPA. Alah! aku nak study lagi la (bentak ati aku). Rupa2nya JPA offer aku jadi PTD. Adoyai!!! satu karier yang xpernah2 aku pikir untuk mintak coz aku sejujurnya aku tak minat. (huhu..bukan nak menunjuk tapi jujur aku kalo boleh tanak kije ni)..WAJIB plak tu!. sebab apa wajib malas la aku citer. 

Ma abah punya la suka dgn berita tu tapi dia tau aku nak jadi Lecturer dan tengah buat master. Kata mereka pilihan di tangan aku. Huhu..xpernah menyalahkan sesapa terutamanya mereka...aku pikir elok2 then aku terima tawaran ini. Maka sekali lagi.....tukar pulak cita2 yang aku sangat2 mahu ni...


Alam kerjaya (2010 - current)


Segak tak aku. Huhu. For da time being..inilah profession aku sekarang. Tak ada kena mengena langsung dengan jurusan aku kat U dulu2. huhu..Tapi xpe la..rezeki Allah bagi. Syukur kerna beri aku peluang untuk merasai nikmat kerjaya ini. Sapa xnak kije gomen kan. Skarang aku kat Kementerian *** Malaysia (nak tau, rujuk post aku time awal2 wat blog neh dulu). Hehe. Alhamdulillah aku bersyukur dengan ketetapan yang Allah bagi ini.

Erm.. tengah termenung sorang2 ni la aku terpikir balik. Terpikir apa cita2 aku dulu dan apa kerja aku sekarang. Sama atau tidak apa yang aku impikan. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Kawan2 aku semua dah dapat kerja best2. Alhamdulillah syukur kita semua berjaya. Tapi kita tak tahu apa nasib kita selepas ini kan. 


Aku tak tau apa pulak nasib aku selepas ini. Aku berharap dan berdoa moga segala perancanganku selari dengan perancangan yang Maha Kuasa. Amin.. (okeh korang semua stop renungan tadi dan sambung keje..adios)..

Master tu peciter??...ah tunggu la rajin kang aku citer..Adios skali lagi


Maro says: "Allah tahu yang terbaik untuk kita. Arap2 plan kita selari dengan kehendakNya.Aminn".

Wednesday, December 28, 2011

Rutin yang membosankan!

Tensen betol kalo banyak keje kan. Buat itu buat ini sampai nak pitam rasanya.
Tapi..kalo xde keje pun tensen jugak kan. Bagi aku lagi tensen kalo xde keje daripada ada keje. huhu. Mana taknye..time ada keje mula 8.30pagi sampai 9.00 malam rasa kejap aje. Kalo boleh nak mintak panjangkan masa dalam sehari.

Tapi time xde keje (kurang keje sebenarnya), 8.30pagi sampai 5.30 petang punye la kematu *** nak tggu waktu punch balik. hahaha. Itu sebab post kal ini pasal rutin yang membosankan.


PAGI
________________________________
Waktu punch card dipagi hari. Masa ini otak sentiasa lemau. Mana taknye menanti apa akan berlaku setiap hari.



PAGI
_______________________________________
Time banyak keje, ON PC je tros start keje sampai la ke time balik. Kalo xde keje pulak, buka PC then buat google apa yang dirasakan patot. Nak FB xleh coz kena blocked. Dang!


TENGAHARI
_____________________________________________
Ah bosan lah asek memandang skrin PC. Tenet bagaikan xde pape dah. Rasa macam semua link kat tenet telah aku click (bedo'oh! padahal byk benda ilmiah boleh dibuat melalui tenet). Teeet!! Lepak2 plus sembang2 bilik member. Buat perancangan nak makan dimana harini.


LUNCH HOUR
________________________________________

Time makan!! cakap nak g mana. P9? P16? Alamanda? Ayam penyek?.....cafe??? huhuuhu. Menara Usahawan pun menarik... daaaa..Haa nasik ambang!! goreng pisang situ crunchy bak kata kawan aku.huhu


PETANG
______________________________________
Pukol 2 masuk opis balik. Time ada keje terus sambung keje. Adoyai banyak btol. Tapi bile xde keje? ON PC  then bukak tenet pulak. Apa nak buat eh. Apa yang telintas dalam pale terus ditaip. Kekadang taip nama sendiri or kawan n even jiran sebelah umah pun ada...kot2 ada kuar info pasal depa. haha. bosan2...
Dah puas ngn tenet? g bilik member jap. Berkongsi masalah dan keletihan memasing. Hurm...lambatnya petang...


Masih xde keje? adoi..lambat btol jarum jam ni berpusing.... ding! ding! ding! Nekad, nak balik sharp arini. huhu.




5.30 pm
___________________________________




 Suasana opis mula sunyi sepi. Tengok gambar tu..uish!! usang btol nampaknya tanpa mereka2 di depan. Biase ada 2 org yg masih bertenggek kat depan tu sampai kemalam. Kononnye banyak keja la. Huh. Creeet!! (bunyi kad masuk mesin).. aku balik dulu.

Erm..bosan kan kalau rutin kita selalu macam ni. Tapi jangan salah paham, ini semua angan2 dan impian. Masalahnya xpernah dapat rasa detik sebegini. huhuuu. Adioss..


Maro says: "Ramai yang tahu kisah sebenar tp korang duk diam aje ok"..lalala


Wednesday, December 21, 2011

Kecilkan Saiz Imej Sebelum Dihantar Ke Web atau Emel

Arghh!!! tensennya aku!! Time ni la PC nak hang. Kalau time lain xde plak nk hang. Bos suruh aku check emel dan ambil tindakan segera. Masalahnya dari tadi loading xhabis2. Adoyai..

Erm..pernah alami situasi yang sama? Korang mungkin pernah terima gambar diambil menggunakan digital camera yang dihantar melalui emel dan ianya terlalu besar untuk dipaparkan. Atau korang mungkin pernah try upload gambar di blog or FB (senang citer) dan bila kita tengok, paparannya lebih besar dari laman web korang kan. haaa. Skg ni aku terima emel tapi nk buka gambar yang dihantar punya la lama. Last2 PC hang!

Actually takde masalah berlaku pada PC or emel korang. FYI, imej jadi lebih besar sebab ia mempunyai tahap kepadatan tinggi. Mungkin ramai yg dah tahu tapi sekadar untuk kongsi bersama.

Lebih hebat keupayaan (senang citer, kamera mahal la. Tgk brp megapixel) kamera korang, maka lebih tinggi kepadatan gambar yang dihasilkan. Sebenarnya gambar yg tinggi kepadatannya elok untuk cetakan je dan xsesuai untuk diletak dalam laman web atau dihantar vie emel cz masa lebih panjang diperlukan untuk proses penghantarannya. Kesudahannya jadi macam aku skg. Huk3..

So kepada korang semua, pastikan saiz gambar dikecilkan terlebih dahulu sebelum dihantar @ diupload. Ni nak kongsi sikit...byk cara nak kecilkan gambar ni. Salah satunya boleh gunakan perisian sokongan seperti Adobe Photoshop atau Paint (paling mudah). Takpun try guna Image Resizer yang boleh di 'donlod' secara percuma. Kelebihan benda ni compare dengan perisian2 lain adalah:

  • Gambar boleh dikecilkan ketika proses pemilihan
  • Tidak perlu nak lancarkan perisisn dan mengikuti arahan panjang

Tak caye?? try download dulu software ni dan guna dulu then tgk apa hasilnya. Just click at this link: http://download.microsoft.com/download/whistler/Install/2/WXP/EN-US/ImageResizerPowertoySetup.exe.

Pastu korang just follow langkah seperti berikut:

1. Cari imej yang ingin korang kecilkan

2. Klik di atas imej menggunakan butang kanan mouse (right click)

3. Pemilihan saiz akan muncul dan pilih saiz dikehendaki

4. Satu imej baru bersaiz kecil seperti dikehendaki akan diwujudkan secara automatik dengan tambahan perkataan (small) kat belakang nama yang asal


Pastu, hantarkan imej itu melalui emel atau blog macam biasa. Perbezaannya dapat dilihat apabila korang buka emel atau blog nanti. Kalau sebelum ini imej yang dipaparkan besar sampai susah nak dilihat, dengan teknik ini gambar yang diterima adalah lebih kecil dan cepat untuk didownload dan yang pasti ianya lebih mudah diuruskan.

Tapi ingat, teknik ini tidak sesuai kalau korang nak guna untuk dicetak atau disunting sebab resolusi gambar sudah berkurangan dengan banyak.

Kalau anda tahu penerima hendak cetak gambar yang diterima, maka hantarkan imej bersaiz asal tanpa diubah. Memang ada software untuk kecilkan imej bersaiz besar tapi ia tidak mengurangkan kepadatan dan saiz sebenar gambar itu.



Maro says: "Harap sgt org yang hantar emel pada aku ni baca tips ini".

Tuesday, December 20, 2011

Cover Malu Dengan Cara Cool




Hampeh tol la. Aritu aku pergi SACC Mall, Shah Alam. Saje jejalan pastu nampak satu pertandingan Kucing Antarabangsa. Mak aaih..banyaknye kucing pelik2 kat situ. Siap ada kucing yang xde bulu dan macam2 lg.

Tapi post kali ini xde kaitan dengan kucing pun. Haha. Nak dijadikan cerita, aku pegi ngan member aku. Singgah kat 1 sangkar kucing parsi.

"Gile lawo dowh kucing ni Lie", kataku kepada member aku seraya sedikit membongkok utk lihat kucing tu lebih dekat. huhu

Banyak gak la sesi perbualan kami last2 aku senyap utk ambik gambo kucing tersebut. Snap! Snap! Snap!. Nampak sekor kucing muka macam bulldog. Whoaa!! aku letak tangan atas bahu member aku dan tarik leher dia dengan kuat utk tengok kucing tu.

"Lie, tgk ni kucing ke bulldog ni?", aku bertanya.... Senyap je member aku ni. Tp bila kau toleh.. adoi!! Sape ni? Sape niii?? aku xkenal pun sape yg aku tarik tu. Hukhukhuk.. silap tarik orang daa..Adoyai.

Terasa bodo gile aku time tu. Mamat tu lak sengih2 je sambil diperhatikan awek dia. (Aku rasa la). Hampeh ko Lie, kot ye pun bgtau la kalo nk gerak, kan da termalu. Huhuhu.. Tepakse la aku buat2 cool ckp "sori bro silap org plak". Kebetulan Lie call aku tanya aku kat mana so cepat2 aku jwb call n blah...dem!!..huhuhu

Moral of da story, jangan men tarik je leher orang. Haha. Sampai skg aku msh duk tringat2 insiden kurang manis tu. So tercipta la beberapa idea utk dikongsi bersama sebagai cara nak cover malu. Sape tau korang kena nanti. ahhaa.

Tips Maro:

1. Kalau anda diketawakan rakan kerana tidur di ofis sampai terkeluar air liur basi, anda hendaklah bangun dalam keadaan separuh sedar kemudian buat-buat seperti terkena sawan sambil keluarkan lebih banyak air liur. Dijamin rakan anda akan panik dan berhenti ketawa.

2. Kalau anda tersilap tegur orang yang tak dikenali, teruskan menegur dan keluarkan duit seperti anda berhutang dengannya. Mesti dia akan mengaku anda kenalannya.Tapi aku xgunakan tips ni aritu. Can be considered as alternative tips la. ahaha.

3. Jika anda ditegur rakan kerana zip seluar terbuka, (bagi kaum2 adam terutamanya) jawablah dengan selamba kucing bahawa "inilah gaya fesyen terbaru"ataupun katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsampah "biar rosak zip, jangan rosak akhlak!".:D

4. Kalau anda bercakap seorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik! Teruskan bercakap dan ketawa seorang diri seperti pontianak harum sundal malam sambil menyumpah member anda. Tiada orang yang akan gelakkan anda kerana menyangka anda ada masalah mental yang kronik.

5. Jika anda tersalah masuk tandas wanita, apa yang perlu anda buat adalah buat muka gelabah biawak dan cemas kalau boleh beraksi macam biawak sambil berlakon ingin mencari isteri yang masuk tak keluar-keluar selepas sejam menunggu.Selamat mencuba.

Maro says: "Malu separuh daripada iman"

Ingatan kepada rakan workaholic diluar sana!!

Sedarkah anda, sesiapa yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi.

Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand mendapati mereka berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku yang boleh membawa maut. Penyelidik mendapat satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap Deep Venous Thrombosis (DVT) atau pembekuan darah, adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer. Huhu xkira lah mengadap komputer utk kerja ke, game ke, FB ke dan macam2 lagi.

Kajian akan disiarkan dalam
New Zealand Medical Journal. Try google untuk makluman lanjut.


Credit: dreamtime.com

DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki. Pembekuan boleh merebak ke hati, paru-paru atau otak, menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan kemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin ahmar.


Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan masalah darah beku dan mendapati 34 peratus daripadanya duduk di meja mereka untuk jangka waktu lama.

Sebagai perbandingan, 21 peratus baru-baru ini menaiki penerbangan jarak jauh. Bagaimanapun, penyelidik menerima bahawa lebih ramai duduk di meja mereka dalam jangka panjang berbanding berada dalam penerbangan jarak jauh.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley, berkata sebahagian pekerja pejabat yang menghidap masalah itu duduk di depan skrin di meja mereka selama 14 jam sehari. Sebahagian daripada mereka duduk berterusan selama tiga atau empat jam pada satu-satu masa tanpa bangun langsung.
Menurut kajian juga didapati masalah ini kerap berlaku dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Pakar Psikologi dan Kesihatan Universiti Lancaster, Profesor Cary Cooper, berkata dia tidak terperanjat dengan penemuan itu. Katanya, orang ramai bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya cuma mengambil sandwic sambil melayan emel atau FB (sebab ada organisasi hanya boleh access FB time lunch aje..huhu)

DVT menjejaskan kira-kira 100,000 orang dan membunuh sehingga 1,000 pesakit di Britain setiap tahun. Fikir-fikirkan.


Maro says: "Keje arini aku nak half day, xleh duduk lama2 kat ofis..ada risiko penyakit ini. huhuh"

Friday, December 16, 2011

Perlukah aku bersedih?



".. boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-baqarah 2: 216)

hidup ini tak pernah mudah..
kerana masalah dan dugaan itulah rencah kehidupan..
muslim itu perisainya doa.
maka berdoalah selalu
di saat hati senang dengan takdirNya
mahupun
di saat hati tertanya-tanya kenapa diri ini dipilih menerima dugaan sehebat ini?
ataupun
di saat amanahmu semakin bertambah
kerana

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(Al-baqarah 2:286)

yakinlah..
Allah itu maha Adil..
dan yakinlah..
bila mana ia datang dari Rabb-mu yang Maha Mengetahui dan Maha bijaksana,
itulah takdir
TERBAIK
untukmu.
alhamdulillah..


Maro says: "Kebanyakan org, time sedih baru ingat Allah"..

Tuesday, November 22, 2011

Folza Harimau Malaya!!!!


Sekalung tahniah buat team Harimau Muda!! Anda telah membuktikan kegagahan anak jati Malaysia didepan keangkuhan dan kebiadapan penyokong Indonesia. Inilah hasil yang kita semua nanti selama ini. Mengalahkan sang Garuda 4-3 didepan ribuan penyokong fanatik tuan rumah bukan satu detik biasa tapi..detik terindah buat semua wira dan rakyat bumi Malaysia. Aku pernah dengar orang kata, "Indon boleh kalah dengan sape2 pun tapi....jangan kalah dengan Malaysia."...so apa komen anda berdasarkan final AFF Suzuki dan SEA 2011? huhuu.

Ingat, team Garuda menggunakan pemain naturalisasi demi memastikan emas bola sepak digenggam di Gelora Bung Karno pada malam tadi. Dan ingat...bahawa Harimau Muda menurunkan kesemuanya rakyat jati Malaysia. Terbaekk!!!


Maro says: "Usaha tanpa kenal erti lelah menjanjikan hasil yang terindah"

Friday, October 28, 2011

The power of good presentation

Baru sahaja selesai mengendalikan Kursus Power Presentation bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P), Kementerian Kewangan Malaysia. Kursus ini bermula 27 hingga 28 Oktober 2011 bertempat di Avillion Legacy Hotel, Melaka. Nice hotel. Sesapa nak pergi Melaka, aku suggestkan untuk cuba hotel ini.


Avillion Legacy Hotel, Melaka



Apa yang menarik mengenai kursus kali ini adalah istilah 'power presentation'. Menggunakan khidmat Dale Carnegie Malaysia. Pernah dengar sape Dale Carnegie?? Untuk info lanjut, sila klik Dale Carnegie.

Mesti korang kata aku menipu coz buat kursus dengan orang dah mati kan. Hehe, bukan dia yang jadi trainer tapi menggunakan syarikat dibawah nama beliau yang berpangkalan di Malaysia. Even dia dah lama tak ada, tapi silibus yang diguna pakai dalam kursus tersebut adalah berdasarkan teori2 beliau.

Bukan isu trainer yang ingin dibicarakan tapi... power presentation. Adakah korang pikir korang adalah presenter yang bagus dan hebat? Setiap kali menyampaikan ucapan dihadapan, sampaikah mesej anda kepada pendengar? Bagaimana penerimaan mereka?

The Quick and Easy Way to Effective Speaking
by Dale Carnegie



Melalui kursus ini, aku sedar bahawa good speaker tidak semestinya good presenter. Berbelit bukan. Presenter with a great idea not necessarily a good speaker. Presenter with no idea sometime could be a good presenter. So, its a good course for me since i got 1 to 1 coaching from their trainers in order to become a quality speaker.

Dalam kursus ini juga kami diberikan senaskhah buku yang ditulis oleh Dale Carnegie iaitu "The Quick and Easy Way to Effective Speaking". Aku tak sempat baca sepenuhnya lagi tapi ingin aku kongsi bersama bahawa melalui buku ini, terdapat 8 perkara yang boleh membantu kita iaitu:

  • Deliver your ideas convincingly
  • Present a confident image to management
  • Energize a team
  • Explain difficult subjects effectively
  • Win skeptics to your viewpoint
  • Convince buyers that your product is best
  • Persuade a group to take action
  • Make conversation with strangers

Ok cukup setakat itu. Aku nak baca dulu then kalau ada masa (rajin), aku kongsi bersama korang semua. Haha. Apa2 pun korang semua boleh cuba dapatkan buku ini. Kalau tak silap juga, boleh download dari internet dalam format PDF. Cetengok..cetengok... Sangat membantu. :D


Maro says:"Bercakap menggunakan akal, kalo tidak...masalah"

Tuesday, October 25, 2011

Don't Pish Me!!

Anda pengguna perbankan internet? Kad kredit?
Pernahkan anda menerima panggilan daripada pihak tidak dikenali yang meminta maklumat peribadi anda? Hati2..

Sama ada anda sedari atau tidak, pada bulan Jun yang lalu negara kita telah dikejutkan dengan ancaman kumpulan penggodam antarabangsa yang menggelarkan diri sebagai 'Anonymous' (nama ntah pape). Kononnya kumpulan ini bertindak untuk menggodam laman Portal malaysia.gov.my.

Menurut laporan akhbar2 tempatan, ancaman godaman laman web malaysia.gov.my adalah cetusan tindak balas pengguna internet berikutan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses kepada lebih 10 halaman perkongsian fail yang popular dengan alasan perkongsian fail berhak cipta dan melanggar akta hak cipta tempatan. (Ini tiada kaitan block FB kat opis aku).

pelbagai langkah keselamatan telah diambil bagi menghalang kejadian tersebut berlaku. Walaupun ancaman tersebut berjaya diatasi, banyak lagi insiden-insiden lain yang memang benar2 berlaku dan perlu diberi perhatian.

Insiden keselamatan siber didapati meningkat sebanyak 147 peratus dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Husin Jazri sebanyak 7,404 insiden keselamatan siber dilaporkan sepanjang Januari hingga Jun tahun ini berbanding hanya 2,991 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu. Selain itu, 2,820 kes penipuan siber yang dilaporkan tahun ini, kes 'phishing' iaitu percubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan dan data kad kredit dengan menyamar sebagai entiti sah dalam komunikasi elektronik mencatat jumlah paling tinggi.

Aktiviti 'phishing' pada masa kini adalah lebih canggih, meluas dan merbahaya. Mengikut laporan polis yang dikeluarkan untuk tiga bulan pertama pada tahun ini, rakyat Malaysia telah kerugian sebanyak RM4juta akibat ditipu melalui perbankan internet.


Bagi memenuhi tanggungjawab untuk memastikan ruang siber negara sentiasa berada dalam keadaan selamat, MyCERT, CyberSecurity Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan membangunkan aplikasi yang dikenali sebagai 'DontPhishMe'.

Apa itu 'DontPhishMe'?
DPM (aku singkatkan namanya), adalah satu alat tambahan (add-on) kepada web browser yang dicipta untuk melindungi pengguna siber daripada ancaman perkhidmatan perbankan Internet terutamanya 'phishing'. Untuk makluman, aplikasi ini diwujudkan khas untuk pengguna2 perbankan internet Malaysia seperti:

  • Maybank2u
  • Public Bank
  • Bank Islam
  • EON Bank
  • AMBank
  • RHB
  • Al Rajhi Bank
  • Hong Leong Bank
  • BSN
  • Standard Chartered Bank
  • Cimbclicks
  • Bank Rakyat
  • HSBC
  • UOB
  • OCBC
  • Citibank
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • Muamalat
Tambah sikit lagi, DPM akan mengeluarkan amaran secara automatik sekiranya laman perbankan internet yang meminta maklumat peribadi atau kewangan anda adalah laman web palsu. Amaran ini akan menyelamatkan anda daripada terjerumus menjadi mangsa penipuan yang boleh merugikan wang anda.

DPM boleh dimuat turun melalui Potal Cybersafe iaitu dialamat http://www.cybersafe.my/dontphishme.html. Buat masa ini browser yang sesuai untuk dipasang DontPhishMe adalah Mozilla Firefox dan Google Chrome sahaja.

Maro saya:"Guna teknologi pakai otak, jangan click melulu"..

Tuesday, October 18, 2011

Sunday, October 16, 2011

MyKad Baru Mulai JANUARI


Semua orang ada MyKad kan?
MyKad adalah wajib untuk semua warganegara bermula umur 12 tahun. Di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (pindaan 2001), sesiapa yang gagal menunjukkan kadnya apabila diminta boleh dipenjara sehingga 3 tahun atau didenda antara RM 3,000 dan RM 20,000 atau kedua-duanya sekali. Kad ini harus diperbaharui pada umur 18 tahun.

Setelah dilancarkan secara rasminya pada September 2011 (aku igt sebab aku dapat MyKad pada tahun utk itu utk exam PMR selepas kehilangan IC lama), Kerajaan mengumumkan pertukaran MyKad baru akan dilakukan pada Januari 2o12. (Sila rujuk
Utusan Malaysia 16 Okt 2011)

Difahamkan MyKad baru itu diperbuat daripada bahan '
polycarbonate' yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad seterusnya dapat menangani isu pemalsuan serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak. Pemohon baru akan diberikan MyKad baru mulai tahun depan manakala pemegang MyKad lama boleh menukarnya dengan yang baru selepas ini.


Maro says: "Adik aku punye MyKad siap liuk lentok kes letak sebelah cawan tea o panas"

Sunday, October 9, 2011

Kisah Sebiji Epal


Perginya... tokoh revolusi dunia... Anda suka epal? Aku suka epal. Tapi cerita ini bukan sekadar sebiji epal merah mahupun hijau tapi... hilangnya sebiji epal yang membawa dunia ke satu revolusi yang tidak pernah kita jangka.

Masih aku ingat, enam tahun lalu, Steve Jobs pernah berbicara mengenai bagaimana kesedaran bahawa beliau akan mati pada bila2 masa menjadi motivasi paling utama baginya untuk membangunkan teknologi komputer Apple, iaitu ciptaan yang sebenarnya dimulakan di garaj rumah mak ayahnya bersama rakan beliau, Steve Wozniak pada tahun 1976.


Semasa memberi ucapan di Universiti Stanford, California pada 2005, Steve pernah berkata "Kesedaran bahawa saya akan mati tidak lama lagi adalah alat paling penting yang pernah saya temui untuk membantu saya dalam membuat pilihan besar dalam kehidupan". Kenapa beliau berfikir sebegitu? Semuanya adalah kerana baginya semua jangkaan, kesombongan, ketakutan, perasaan malu dan takut kegagalan akan hilang begitu saje jika beliau meninggal dunia dan apa yang tinggal hanyalah benda yang benar2 penting saja.
Erm..terdapat kebenaran disebalik kata2 itu. Cukup utk difikirkan oleh kita semua. Bagi kita sebagai seorang Muslim...3 benda akan dihitung selepas kita tiada nanti. Apa tu? (1) Sedekah jariah (2) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikan dan (3) Doa anak yang soleh.

Ok berbalik semula kepada tokoh ini. Jobs dilahirkan pada 1955 di San Francisco hasil perkongsian hidup Abdulfattah John Jandali iaitu seorang warga Syria dan warga AS, Joanne Schieble sebelum diserahkan kepada ibu bapa angkatnya Paul dan Clara Jobs. Aku tak tahu apa sebab dia diserahkan kepada pasangan ini.


Ingat! kejayaan seseorang tak semestinya bermula dari awal. Bagi Jobs, selepas sangkut masa pengajian di kolej, beliau mula menunjukkan power luar biasa apabila berjaya mengubah teknologi dengan pelancaran komputer peribadi pertama ciptaannya, Apple II pada akhir 1970-an (aku xlahir lagi masa ni) dan mendapat sambutan hangat pengguna dan pelabur.

Tak cukup setakat itu, pada 1984 beliau sekali lagi mengulangi kejayaan sama dengan pengenalan komputer Macintosh yang dihasilkan menggunakan teknologi terbaru pada masa itu bagi mencipta komputer peribadi serupa dengan apa yang kita semua lihat pada hari ini.
Dan bermula dari detik itu, ciptaan demi ciptaan dihasilkannya dan selepas beberapa tahun, beliau mula memperkenalkan produk popular yang menambat hati jutaan pengguna seperti iPod, iPhone dan iPad.

Tahukah anda berapa harta yang dimiliki Jobs? Menurut sumber dari apa yang aku dapat, dipercayai beliau memiliki kekayaan mencecah AS$7 bilion. Kalo tukar duit kita jadi RM21 bilion. Erm...... aku tak tahu nak kata beliau ni kaya ke miskin.

Jobs yang dikenali dengan pakaian seragamnya iaitu baju hitam berkolar tinggi (macam baju melayu) dan seluar jeans biru dianggap sebagai nadi syarikat Apple iaitu syarikat kedua paling bernilai di AS selepas Exxon Mobil.


Tambah sikit lagi, walaupun beliau adalah pengasas utama Apple, beliau tidak teragak2 untuk berundur daripada memegang jawatan CEO syarikat itu pada Ogos 2011. Penamat cerita kepada ikon revolusi dunia ini adalah kematiannya ketika berumur 56 tahun pada 6 Oktober 2011 selepas bertahun2 menderita menghidap barah pankreas. Penyakit ini mula dikesan pada 2004. Yang pasti, kehilangan ini bukan saja dirasai pekerja syarikat itu tapi bagi aku ia boleh dianggap kehilangan besar dunia teknologi kerana ciptaannya kini menjadi sebahagian daripada kehidupan ramai orang di seluruh dunia.


Antara kata2 semangat yang dianggap antara paling menyentuh jiwa semasa hayatnya boleh anda baca dalam teks ucapannya di
http://news.stanford.edu/news/2005/june15/jobs-061505.html atau tengok video Steve Jobs's 2005 Stanford Commencement Address di laman YouTube.

Maro says:" Jobs bukan hanya meninggal produk berteknologi tinggi kepada dunia, tapi meninggalkan contoh terbaik bagaimana semangat seseorang manusia mampu mengubah dunia."

Saturday, October 8, 2011

Tumpuan Bajet 2012

Hurm.. Bajet 2012 telah selamat dibentangkan oleh YAB PM semalam di Parlimen. So macam mana semua? Yang pasti pelbagai reaksi keluar dari semua pihak. Ada yang suka dan ada yang kurang suka. Huhu biasa la. Pendek kata dalam seminggu neh xde topik lain la di dada akhbar tanah air. Erm..

Habisnya pembentangan Bajet 2012 memberi aku seribu pengalaman. Walaupun agak penat, pengalaman terlibat sama dalam program ini buat kali pertama memang sangat berharga bagiku. Aku tak mahu cerita semua tapi aku percaya semua yang terlibat pasti merasainya.

Sedikit kronologi pergerakan aku n da gang semalam. Seawal jam 10.30 pagi kami dah bergerak ke Parlimen dari MOF (walaupun kami tahu even akan start petang). So aku ditugas sebagai Liaison Officer (LO) kepada Tan Sri Sidek Hassan (KSN). Untung gak bawak org besau neh. Penuh reporters standby and amik gambo. So oleh kerana aku berada disisi VVIP neh, aku plak terasa macam org besau. Takpe la, amik berkat. Hahaha..ok habis setakat ni.

Berbalik pada Bajet 2012 kali ini. Ingin aku kongsi serba sedikit tumpuan atau keputusannya. Suka atau tidak, terimalah dengan hati terbuka ok. Selain dari info2 umum yang telah dibentangkan, berikut adalah antara tumpuan sepanjang pembentangan semalam:

BUMIPUTERA
a) Dana mudahcara Bumiputera bernilai RM300 juta
b) Bimbingan kepada 1,100 syarikat Bumiputera berpotensi
c) Program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera

WARGA EMAS
a) Caj percuma pendaftaran hospital Kerajaan
b) Diskaun 50% tambang LRT dan monorel

PESARA KERAJAAN
a) RM3,000 kepada kakitangan, Jasa, Kemas tamat kontrak
b) RM3,000 kepada bekas polis
c) Program latihan perniagaan bagi pesara tentera

BELIA
a) 150 gelanggang futsal tambahan seluruh negara
b) Penyediaan 30 padang latihan

HAJI
a) Pendaftaran awal haji

PEMILIK TEKSI BAJET
a) Duti eksais dan cukai jalan dikecualikan
b) Cukai jalan dimansuhkan
c) Bantuan RM1,000 - RM3,000 untuk teksi usang

PERUMAHAN
a) Had minimum Skim Rumah Pertamaku RM400,000
b) Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia diperluas ke luar Lembah Klang
c) Tabung Khas Perumahan Nelayan

PKS
a) Dana Pembiayaan PKS bernilai RM2 bilion
b) Dana inovasi pengkomersialan PKS bernilai RM50 juta
c) Dana SME Revitalisation berjumlah RM100 juta
d) Dana kecemasan PKS bernilai RM10 juta

Maro says: " Bajet untuk rakyat. Alhamdulillah"

Wednesday, October 5, 2011

Pembentangan Bajet 2012


Salam semua.


Aku pasti dan amat yakin bahawa perkara utama yang sibuk bermain dibuah mulut or fikiran kebanyakan rakyat Malaysia skg ni adalah berkenaan Pembentangan Bajet 2012 kan. Dan soalan itu jugalah yang sering disoal pada aku setiap kali jumpa dengan kawan2 n even keluarga (yang pasti bile depa xkeja kat MOF). Huhu. So setiap kali jumpa mereka, aku akan ditanya

a) Dengar kata dapat bonus 2bulan gaji betol ke?
b) Ada penyelarasan gaji ek?

c) Bla bla bla...

d) (Soalan ni sama apa yang anda fikir sekarang..hehe)

Erm..so apa aku nak jawab? Mentang-mentang aku duk MOF so semua benda aku tau eh. Jawapanku simple je..tunggu je real budget speech by YAB PM pada 7 Oktober 2011 nanti ye. Sebab aku bizi sampai xtau pasal apa akan dibentangkan nanti. Haha poyo nak mati ayat ni kan.

Yeah! aku bizi coz kena bertugas di Parlimen pada hari kejadian untuk ushrette sesapa yang nak masuk dewan. Means dat aku jadi bizi untuk membontoti orang2 besau nak keluar masuk jela. haha... ok habis stakat ni..

So berbalik pada soal Bajet 2012 nanti, korang rasa la apa agak2nya isu menarik yang akan dibentangkan? Maksud aku boleh agak tak kiranya apa yang akan keluar dari mulut YAB PM yang menggumbirakan hati kita semua. Aku tanak bagitau..haha.. (wat2 macam aku tau).. Tapi yang pasti aku yakin Bajet 2012 ini memberikan tumpuan kepada pengurusan kos sara hidup rakyat untuk mengurangkan bebanan rakyat bersesuaian dengan slogan “Rakyat Didahulikan Pencapaian Diutamakan”, dan pada masa yang sama menguruskan perkembangan ekonomi negara (Transformasi Ekonomi).

Tahun lepas kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Masa interview PTD dulu soalan ni la yg ditanya so dats y aku ingat. haha.

- Jadi apa harapan anda dalam Bajet 2012 ini?, pakat tunggu dan dengar ok.:D

Maro says: "Apa2 keputusan sekalipun, terima lah dengan hati terbuka. Kerajaan sentiasa berusaha membantu kita semua"

Monday, October 3, 2011

Muhammad Amzar Heyqal (300911)

Alhamdulillah pada 30 September 2011 yang lalu, aku telah selamat menjadi uncle kepada anak buah yang ke-8. Haha girang dowh ati aku. Kali ini dapat hero plak. So balance la 4 lelaki dan 4 perempuan.

Selepas Nur Shamimi (18), Muhamad Syafiq (17), Mohd Afiq Farhan (7), Nur Aina Najwa (5), Nur Fateen Ariesya (2), Nur Amalin Aisyah (2), Muhammad Amar Zafran (1) (aku pernah buat entri pasal Amar sebelum ni kan)...inilah dia hero terbaru dalam keluargaku..



Amzar Heyqal semasa berumur 3 hari

Tahniah diucapkan untuk Abang Ngah n Kak Ngah atas kelahiran Muhamad Amzar Heyqal.
Hebat2 btol nama budak2 sekarang. Berbelit lidah nk menyebutnya. Huhu. Ketika entri ini dikeluarkan, Heyqal (aku nak panggil Heyqal coz Amzar susah nk disebut) masih lagi ditahan di wad Hospital Selayang coz kena Jaundice. Jaundice ni panggilan orang kampung aku. Kalo nama biase orang panggil adalah 'penyakit kuning'. hehe..hebat gak orang kampung aku neh kan.



Masa ni masih ditahan di wad kes 'kuning'


Mata kelip2 lihat Opah

Apa2 pun, Ayah Wan (nama panggilan aku oleh anak2 buah) doakan moga Heyqal cepat sembuh n cepat pulang ke rumah. Tak sabo Ayah Wan men kejor2 neh. Haha.
Juga didoakan moga Heyqal menjadi anak yang sihat, pintar dan paling penting menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada Mama n Papa.

Maro says: "Soalan terbaik tiap kali g tgk anak buah...bile nak dapat Mak Wan neh??..."

Friday, September 30, 2011

Aku sebatang pen!



Aku Sebatang Pen!

Sebenarnya aku tak tahu nak buat post pasal apa skg. Akan tetapi dek kerana rasa malas lagi menebal dari rasa rajin di opis sekarang, aku bukak la jugak kasi godek2 hape yang patot.

Ermm. Sebenarnya topik kali ni xde kaitan langsung dengan PEN. Aku sebenarnya baru balik dari handle Kursus Public Relation and Communication di Quality Hotel, Shah Alam bermula 28 sehingga 30 September 2011. So aku godek pasal kursus ni jela kali ni.

BIDAN TERJUN!

Biasa kalo sebut bidan mesti terbayangkan seorang wanita pertengahan or lewat usia kan. Tapi lelaki pun boleh jadi bidan skg ni lebih2 lagi bidan terjun. (Satu jawatan yg sememangnya aku xberapa gemar...coz bidan terjun secara lumrahnya disuruh last minute ataupun tergesa2. Right...) So aku skg secara rasminya dilantik sebagai bidan terjun coz menanggung kerja sorang staff Unitku yang mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) (kursus wajib bagi seorang PTD) selama 6 bulan. (aku xsuka kursus ni).

So kursus kali ini sebenarnya kerja dia.

Berbalik pada kursus tadi. Satu kursus yang bagus. Menggunakan khidmat Perception Management yang mana penceramahnya Dr. Millicent Danker. Haa mesti ada yang biase dengar nama die eh. Dan mesti gak ada yang jarang or xpernah dengar. Dr. Millicent adalah founder dan CEO company tu dan pada masa yang sama merupakan pakar dalam bidang komunikasi dan perhubungan awam. Untuk info lebih lanjut, korang google la banyak info pasal dia.



Okeh kepada sesapa yang ingin mendapatkan khidmat beliau boleh try. So far bagi aku, dia memang sesuai bagi kursus macam ni. Sesapa nak tau sedikit sebanyak feedback pasal dia, boleh hubungi aku. (Just comment kat bawah then i tell u..hehe)

Kalau sebelum ni aku handle kursus & latihan untuk Kumpulan Sokongan, tapi bermula saat ni aku kena handle dua2 termasuk untuk Kumpulan bos2. So kursus ni untuk kumpulan bos2 la. Erm...xjauh beza cuma even depa sedikit kerek kekadang (padahal satu level ngn aku je) tp bagi aku mudah nak handle. Hahaha.. Xpe2, new experience for me.

QUALITY HOTEL

Sebenarnya owner otel ni perlu pikir banyak kali time nak kasi nama Quality Hotel neh. Sebab once diletaknya nama 'Quality', then they have to make sure the real quality of their otel'. Paham tak maksud aku?

Tidak bermaksud nak burukkan hotel neh. So far bagi aku hotel ni bagus la. Lokasi pun strategik. Depan Plaza Alam Sentral, SACC Mall dan sebelah PKNS Shah Alam. Makanan bagus dan fasiliti pun ok. Cuma apa yang aku sikit xpuas hati...awat aku check in pukul 9pagi then jam 4petang baru bleh dapat semua kunci bilik eh. Panas! Panas!. Dah la aku bawak ramai peserta (pegawai2 tu) masa kursus ni. Tapi nasib baik la..kursus dah start time tu. So aku bleh suruh depa semua masuk kelas dulu. What if kelas start malam? Means semua kena duduk atas beg memasing kat depan kaunter dari pagi sampai petang la eh. Erm..ini ke Quality nya xpatot...xpatot...


Hari last kursus, Unit aku jemput Y.Bhg Datuk Poziah Hj. Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Kementerian Penerangan Malaysia. It just an experience sharing session dan dengar celoteh dia, banyak gak aku leh tau prangai tokoh2 depan mata kita sekarang ni (masa depa muda). huhu.. Lagu tu rupanya. Lagu ni rupanya. Tp in positive way, melalui pengalaman dia aku mengerti bahwa bukan mudah untuk kita mencapat sesuatu kejayaan. Bukan mudah untuk kita capai benda yang kita inginkan.

Berdepan dengan pelbagai ragam dan perangai manusia memerlukan hati yang kuat dan tabah. Perlu jugak semangat yang kental (kalo tak dah lama give up). Especially aku dan mereka sebagai pegawai2 muda dalam organisasi. Banyak lagi benda yang aku akan hadapi. Macam2 jenis dan feel bos lagi yang akan aku temui. So daripada cerita Datuk tadi, aku kena sabar dan cuba untuk buktikan kita boleh. Sebab kerja bawah orang neh bukan senang. Kalo tak tahan bek bukak bisnes sendiri.Huhu..

Ermm..lama gak aku menaip neh. Xde idea dowh. Staf2 aku pakat mintak nk untuk terus balik umah lepas kursus tadi. Aku plak pilih nak masuk opis. Kalau tak sebab belambak kerja kena submit minggu depan, da lama aku cabut. Haha... Mana taknye, dalam palotak aku skg xsabar nak g tengok 'orang baru' dalam keluarga aku. Untuk makluman, kira2 6 pagi (30 Sept 20110) tadi, aku selamat menjadi uncle kepada anak buah yang ke-7. Huhu. Alhamdulillah syukur coz kedua2 ibu dan anak telah selamat. Syukur jugak coz impian nak tambah 'hero' dalam senarai anak buahku termakbul. huhu..Tgk la kalo aku rajin aku buat entri pasal hero baru aku tu. Beress.....

Maro says: "Nama apa lak nak bagi kat hero baru tu...."


Tuesday, September 20, 2011

Renungan bersama: 9 Mimpi Rasulullah S.A.W




Post aku kali ini berkenaan antara 9 mimpi Nabi Muhammad S.A.W untuk renungan kita semua.
SABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


Maro says: "Kita semua adalah khalifah di muka bumi Allah ini. Jalankanlah tanggungjawab kita sebaiknya."

Tuesday, July 19, 2011

Adakah kita menunaikan Solat?

Sudahkah kita tunaikan solat. Melihat situasi dunia masa kini buat aku rasa macam nak menangis. Sedih melihat manusia2 beragama Islam dengan sewenang2nya meninggal solat tanpa rasa takut mahupun risau. Malah ada sebilangan kita yang bangga apabila tidak menunaikan solat dan paling menyedihkan siap mempersendakan solat.

Ingat, kita hidup tak lama. Cuba kita fikir dan renungkan seketika akan kewajipan utama ini. Disini ingin saya kongsikan bersama pembaca semua sedikit sebanyak info yang saya fikir adalah elok untuk kita kongsi bersama. Apa itu bahana jika kita meninggalkan solat 5 waktu?

Subuh Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.

Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.

MaghribDosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.

IsyakAllah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.

Banyak pendapat menyatakan itu pandangan sesetengah ulama tp ingat apa2 pun kewajipan solat adalah sangat penting. Sahabatku sekalian, bangunlah dari tidur. Sembahyanglah kamu sebelum kamu yang disembahyangkan. Seterusnya azab-azab Allah kepada kita sekiranya lalai dalam melaksanakan arahanNya.

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut

1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)

Hari Qiamat

1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Maro say: "Solatlah anda sebelum anda disolatkan. Moga kita semua berada dalam golongan orang beriman dan bertakwa. Amin"

Friday, June 3, 2011

Jenayah Kolar Putih

Aduyai! Sakit hati btol aku membaca kebanyakan isu dalam negara pada masa kini..
Terbaru...RASUAH DALAM SUKAN!

Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua. Itulah kata2 sesuai untuk beberapa pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan yang kini sedang disiasat oleh SPRM.


Dikatakan mereka mengaku mendapat RM2k seorang bagi beberapa perlawanan yang keputusannya ditentukan 'bookie'. SPRM juga tak nafikan kemungkinan kegiatan mengatur perlawanan juga membabitkan perlawanan dalam Liga Super Malaysia. Who knows...

Mereka kelihatan begitu seronok menikmati hasil 'durian runtuh' secara rasuah. Inilah jadinya apabila diri begitu teruja (bukan begitu berharga) dengan kelazatan mendapatkan untung sebegitu rupa, maka soal perundangan dan dosa pahala jauh dari kotak pemikiran.

Apa yang kita mahu sepatutnya semangat perjuangan, semangat berpasukan, berdisiplin, main ikut peraturan, tidak mudah give up dan bermotivasi. Asal ada 'bookie'.. mudahnya hilang rasional diri..

Kesannya usaha terancang dilaksanakan untuk memenuhi kehendak perasuah seperti kualiti permainan sengaja direndahkan, main sambil lewa dan membelakangkan aspirasi semangat berpasukan.

Kalau begitu..sia2 sajalah pelaburan wang, pembangunan kemudahan fizikal, tenaga dan pemikiran yang dilaksanakan oleh persatuan sukan dan pihak kerajaan selama ini.

Ingat! bagi penonton dan penyokong pula, ini adalah sandiwara yang tidak mereka sedari. Semangat penyokong untuk datang ke gelanggang perlawanan bagi memberikan sokongan umpama 'susu dibalas dengan tuba".

Ditipu dengan gelagat pemain yang 'dibeli' dan tidak menunjukkan prestasi sebenar mereka di padang. Buat sakit tekak penonton memekik dan bersorak bertujuan untuk menaikkan semangat pemain dan pasukan yang disayanginya..namun ia tak lain daripada hanya membuang masa dan tenaga. Pemain tak ubah seperti boneka dan pak lawak (masuk Maharaja Lawak laa) menjanjikan perlawanan yang cukup menjelekkan. Siasatan perlukan dijalankan setelusnya sehingga ke akar umbi dan bukan hanya memilih bulu.


Maro says: "Mentaliti camni nak layak World Cup??? Boleh ke?..pikir2kan..selamat beramaaall"

Monday, March 14, 2011

Congratz Datuk LCW




Itulah yg boleh aku katakan sekarang. TAHNIAH!!.


Final Kejohanan Badminton All England 2011 pada malam tadi akhirnya menyaksikan kehebatan wira kita Datuk LCW menewaskan seteru utamanya Lin Dan. Dalam tempoh kira2 52 minit, wira negara kita ini dinobatkan selaku juara dengan catatan 21-17, 21-17.


Memang puas hati aku. Sedikit sebanyak kemenangan malam tadi membuktikan kepada semua pengkritik2 LCW bahawa LCW mampu menewaskan Lin Dan. Ada kata2 sebelum ini yg menyatakan LCW boleh menang semua final dengan syarat tanpa Lin Dan. Nak dijadikan cerita pulak...Terbuka Malaysia 2011. LCW menang bila Lin Dan tarik diri dan xmasuk final pastu bila kedua2 mereka jumpa di final Terbuka Korea 2011...LCW kalah. Aku setuju dengan tindakan LCW selepas match tersebut when he just said "No comment".


Iya lah, kebanyakan player bila dah kalah selalunya menyalahkan orang lain. Salahkan jurulatih, salahkan persatuan dan macam2 alasan lagi. Tapi tidak bagi LCW. Human being. Sapa main bagus, dia menang. Dia kini tanpa jurulatih kesayangannya tp dia boleh menang.....dan yang paling penting adalah menang ke atas Lin Dan di ALL ENGLAND!. Satu momen yang kutunggu sejak dulu lagi. Harapan selepas ini, LCW terus buktikan dia mampu tutup mulut Lin Dan di kesemua final kejohanan utama. Iyalah kalo tak, makin seronok la jagoan China tu bukak baju bila habis game. Tp malam tadi tak bukak baju kan??..hahaha


Kepada pasangan beregu utama kita pulak, mereka boleh menang malam tadi. Kemenangan yg akan memastikan rakyat Malaysia berbangga jika 2 final kita gapai. Tapi kegopohan mereka meleburkan segalanya. Tapi xpe, harap kekalah itu memberi pengajaran berguna (da banyak kali daa) buat mereka. Hanya yang terbaik layak final dan pemain terbaik dikalangan terbaik akan menjadi juara. So mereka tetap hebat. Idup MALAYSIA!!!


Maro said: "Yakin kita boleh dan jgn layan tohmahan orang...dats da key!"

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers