Konco - Konco

Monday, December 30, 2013

Perbezaan 2013 dan 2014


Aku rasa macam baru je masuk 2013.
Pejam celik, pejam celik. Duduk bangun 
Tup..Tup. lusa dah nak masuk tahun 2014.

Allahuakbar! cepatnya masa berlalu.
Paling aku sedih bila memikirnya apakah dan sebanyak manakah benda2 bermanfaat yang aku dah buat sepanjang tahun 2013?
Dan berapa banyakkah dosa dan silap aku sepanjang 2013?
Ruginya bila pikir balik.

So apa beza 2013 dan 2014 untuk aku dan semua?
Banyak sangat! Semua akan jadi berbeza terutamanya UMUR dan JANGKA HAYAT


Maro said: "Saat yang berlalu takkan dapat berulang. Baik yang kita tinggal, baiklah ia. Andai buruk yang kita tinggal, itulah hasilnya. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Masya Allah"

Friday, December 27, 2013

IPv6


Apakah itu IPv6

IPv6 ialah Internet Protocol version 6 yang diwujudkan bagi menggantikan protokol sedia ada iaitu IPv4 selain menjadi inisiatif untuk menaiktaraf internet secara keseluruhan.

Tujuan utama IPv6 diperkenalkan adlah untuk menangani masalah kehausan alamat IPv4 yang sering dihadapi sekarang.

  • Alamat IPv4 bersaiz 32 bit manakala IPV6 bersaiz 128 bit;
  • Dengan IPv6, internet mampu berkembang menjadi lebih besar (berjuta kali ganda) berdasarkan saiz, pengguna, peranti dan objek yang bersambung dengannya.
  • Ciri IPv6 yang memperkenalkan 'extension headers' telah memberikan keupayaan pada protokol tersebut untuk melakukan pemprosesan yang lebih berkesan;
  • IPv6 menyokong Quality of Service (QoS) yang memberikan pengendalian istimewa bagi sesetengah jenis paket;
  • Penggunaan Internet Protocol Security (IPsec) dalam IPv6 dapat meningkatkan ciri keselamatan

Kelebihan IPv6.

Keupayaan protokol IPv6 memberikan alamat IP (IP Address) yang lebih besar seterusnya membolehkan internet berkembang dengan lebih besar dan pesat untuk menampung keperluan semsa dan akan datang.

Maro said: "Tak ada kaitan dengan cerita IP Man"

Wednesday, December 18, 2013

Permohonan BR1M 2014 Dibuka 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2013


Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka bermula pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi tetapi dikehendaki mengemaskini maklumat peribadi seperti berikut:
  1. Alamat Tempat Tinggal
  2. Maklumat Anggota Keluarga
  3. Akaun Bank
Bagi pemohon baru, pendaftaran secara online atau manual (mengisi Borang Permohonan BR1M 2014) bermula pada 23 Disember 2013 dan berakhir pada 31 Januari 2014.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau muat turun melalui laman web LHDNM seperti pautan di bawah


Berbanding BR1M sebelumnya, BR1M 2014 telah ditambah baik. Antaranya:
  • Kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah;
  • Nilai bantuan ditingkatkan daripada RM500 kepada RM650;
  • Kategori bantuan juga telah diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM3,001 dan RM4,000 sebulan dengan jumlah bantuan sebanyak RM450;
  • Caruman i-BR1M bernilai RM50 telah diperkenalkan kepada penerima isi rumah BR1M dengan jumlah perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal;
  • Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas akan menerima kenaikan jumlah BR1M iaitu daripada RM500 kepada RM650;
  • Kategori bujang (21 Tahun dan Ke Atas) dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 akan diberi bantuan sebanyak RM300 berbanding RM250 dalam BR1M sebelumnya.
Maklumat lanjut boleh berhubung talian hotline 1-800-88-2716 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat bermula 23 Disember 2013.


Maro said: "Semoga setiap usaha kita diberkatiNya. In sha Allah"

Monday, December 16, 2013

Amalan Selamat Apabila Menggunakan Smart Phone.


Post kali ini sekadar berkongsi 9 tips selamat apabila menggunakan smartphone.

  1. Memasang nombor PIN dan katalaluan pada telefon pintar;
  2. Tidak melakukan sebarang pengubahsuaian terhadap konfigurasi ciri keselamatan smartphone;
  3. Pastikan hanya memuat turun aplikasi mobile dari sumber yang dipercayai. Kita seharusnya melakukan semakan dan mengkaji terlebih dahulu untuk memastikan aplikasi tersebut adalah dari sumber yang betul;
  4. Semak dan faham "app permission" yang diperlukan sebelum memasang mana-mana aplikasi mobile;
  5. Sentiasa update dan patch telefon dari sumber yang dipercayai;
  6. Sentiasa berwaspada dalam menggunakan kemudahan Wi-Fi di tempat awam bagi mengelakkan session hijacking dan serangan Man-in-the Middle (Digalakkan menggunakan encrypted VPN bagi akses Public Wi-Fi)... Masih mengharap WiFi free???
  7. Laksanakan data wipe sebelum menukar dan menjual smartphone anda untuk mengelakkan maklumat sulit bocor kepada pihak ketiga. Nak2 yang banyak video 'pelik-pelik'. Haha
  8. Laporkan kehilangan smartphone (kod IMEI) kepada syarikat telekomunikasi; dan
  9. Pasang aplikasi antivirus yang sah untuk mengimbas aplikasi yang telah atau akan dimuat turun ke dalam smartphone anda.

Maro said: "No matter where you are or what you do, remember..Allah is watching over you"

Transaksi Teknologi Near Field Communication (NFC)

Handphone zaman sekarang dikatakan sebagai teman paling akrab, teman setia dan sentiasa bersama kita sepanjang masa. Ia mampu menjadi medium transaksi pembayaran menerusi teknologi Near Field Communication (NFC).

Bayangkan, mudahnya hidup kita kalau boleh beli barang atau gunakan servis dengan membayar menggunakan handphone. Wallet kita tak perlu lagi membonjol sebab penuh duit dan kad, tapi dengan hanya sebuah handphone, kita mampu bayar segalanya. In fact, pelanggan juga tak perlu bersemuka dengan peniaga atau jurujual.

Bunyinya macam dunia berbeza. Dunia tanpa cash!

Walaupun ia mungkin masih jauh untuk dikecapi secara sepenuhnya, namun ia tidak mustahil. Melalui teknologi wireless sekarang, Near Field Communication (NFC), semua traksaksi seperti itu dapat dilakukan. Untuk makluman, teknologi ini telahpun berjaya dipraktikkan di beberapa negara di dunia seperti Jepun.

Beroperasi dengan kerjasama tiga pihak iaitu bank, syarikat telekomunikasi mudah alih dan peruncit atau penyedia pengangkutan awam. Syarikat telekomunikasi  NTT DoCoMo di Jepun telah merealisasikan pembayaran debit atau kredit di kedai mahupun di dalam teksi.

Ia dilakukan dengan handphone berteknologi NFC yang diimbas pada reader. Apa itu NFC sebenarnya?

  • NFC ialah teknologi  wireless jarak pendek yang membolehkan komunikasi antara peranti pada jarak kurang daripada 10cm.
  • Beroperasi pada kadar 13.56 MHz dan boleh beroperasi sama ada secara aktif iaitu menggunakan bateri atau secara pasif (menggunakan tenaga radio).
  • Dikatakan boleh membantu mempercepatkan transaksi dalam menerima dan berkongsi data serta membuat pembayaran dengan pantas dan selamat.

NFC boleh beroperasi dengan tiga (3) mod iaitu:

  • Mod Pertama : MOD KAD EMULASI - Peranti handphone sendiri bertindak seperti kad pintar tanpa bersemuka untuk pembayaran tiket pengangkutan awam berasaskan MiFare atau pembayaran perbankan sistem Visa payWave, MasterCard PayPass atau American Express ExpressPay.
  • Mod Kedua : MOD PEMBACA - Peranti NFC mampu membaca tag identifikasi frekuensi radio (RFID) pasif seperti membaca atau menyimpan maklumat pada poster dan sebagainya.
  • Mod Ketiga : Menemukan dua (2) peranti NFC untuk pemindahan maklumat seperti Bluetooth.
Penglibatan syarikat pembuatan handphone dalam menghasilkan handphone berteknologi NFC juga dapat menyemarakkan lagi penggunaan teknologi ini. Selain memasukkan cip NFC ke dalam handphone, terdapat juga usaha untuk menghasilkan handphone berteknologi NFC berasaskan kad SIM.

Wednesday, November 13, 2013

Creed (Rocky's Series)

Tengok crita Rocky tak?
Bebudak lelaki (especially) mesti minat cerita tu kan.

Aku pun sama. Tak pernah miss woo. Sejak memula keluar Rocky
Pastu sambung ngan Rocky II
Pastu Rocky III
Pastu plak Rocky IV
Then Rocky V
Pastu Rocky Balboa
Then yang terbaru...Creed (cuma yang je ni x tengok lagi. Haha (Td kata xpernah miss)

Amik!! Filem Sembilu pun aku layan yang memula je. Pastu kuar yg nombor 2 aku xlayan dah.
Ngantuk! huhu.
Tapi bile filem Rocky ni aku xpernah miss. Sebab?
Mudah je..aku suka tgk Rambo (Sylvester Stallone) ni berlakon.
Hero mata kuyu..
Huhu..aku lebih suka panggil dia Rambo. Tak kira lah cerita apa sekalipun mesti panggil Rambo

So berbalik pada tajuk entri aku...Creed.
Sambungan terbaru series Rocky neh. 
Aku bukan nak bagi sinopsis or pape...just nak share gambar pelakon utamanya.
Layan.

Creed lah sangattt..





Kawanku yg very da poyo!

Maro said: "Pertuturan adalah lebih padu daripada tumbukan. Ditumbuk sekali, sakitnya kian hilang tapi tidak pada kata-kata yang meruntun perasaan."


Monday, November 11, 2013

Friendster vs Facebook

"Habis madu sepah dibuang"
Tak ada pape pun sebenarnya, aku just tetibe teringat kat akaun Friendster aku.

Nak login tapi dah lupa password. BTW ada lagi ke Friendster skarang?


Tringat lagi aku masa zaman Diploma dulu. Asyik benar menelaah benda alah tu.
Tup..tup..keluar plak Facebook.
Sian Friendster..makin lama makin dilupakan. Last2 sunyi sepi.

Mula2 aku xsuka sgt FB sebab xpaham
Plus aku heran bila kawan2 kelas aku cepat2 nak balik kelas semata2 nk buka FB memasing.

Last2 bila aku start guna..aku xheran dah. haha

Lani..keluar plak Twitter, Instagram n mcm2 lagi lah
Sama..aku rasa heran dgn org2 yg macam maniac kat benda tu.
Aku ada jugak akaun, tp xreti sgt. Xcapai lg part yg bestnye ngn benda tu.

So...

Skarang aku masih lg setia ngan FB.
In fact sebelum ni aku gila ngan YM (Yahoo Messanger).
Malah geng2 dulu mesti kenal MySpace, MIRC bagai kan.
Tapi aku xmen lg masa tu. Masih beringus men perang2 dalam semak.Haha
Macam2 kan aplikasi/laman zaman skarang

Skarang VS Dolu2

Tapi kan..yang pasti....

SEMUA TU LAGHAA (Kalo disalahgunakan)

Maro said: "Mudah je nak lalaikan anak masa kini. Terutamanya Muslimin Muslimat. Itulah agenda Barat sebenarnya.. Kaann".

Monday, November 4, 2013

Pahang Juara Watson Piala Malaysia 2013





hoGoh tok gajah hogoh




Tahniah buat pasukan negeri kelahiranku, PAHANG atas kemenangan dalam final Watson Piala Malaysia 2013 malam tadi. 
Kemenangan 1-0 ke atas pasukan pilihan Kelantan (The Red Warrior) bukan satu usaha yang mudah. Namun turun selaku pasukan underdog nyata beri kelebihan buat player Tok Gajah.

Berkahir jua penantian selama 16 tahun. So Pahang kini juara 3 kali (1983, 1992, 2013). Tahniah juga buat team Kelantan atas saingan yang diberikan. Apa2 sekalipun yang paling penting..

This is Pantai Timur!!!!!
 

Maro said: "Adat perlawanan, ada kalah ada menang, ada seri"



Monday, October 21, 2013

Mobile Toilet aka Jamban Bergerak

Thodiaa!
Post aku kali neh adalah berkaitan benda alah yg digelar Jamban Bergerak neh. Hoho.

Sejujurnya benda ni aku dah lama tengok sejak stahun duatahun lepas. Especially bila ada event besar kat sekitar bandar Putrajaya. Contohnye, Hari Belia dan lain2 (malas nak pikir).
Mesti ada benda ni diletakkan di port2 tertentu untuk bagi chance orang2 membuat hajat memasing. Hehe.

Dan sejujurnya aku xpernah langsung masuk n gunakan kemudahan ni. Bukan ape, aku rasa xyakin n xselesa.
Aku lebih rela kemut sampai ke rumah daripada gunakannya. Haha.
Over kan? entahlar..aku xpernah masuk tgk caner pun tp terus prejudis. Adoi.

Ni haa..yang aku tengah citer neh.

Nak jadi crita, minggu lepas aku terlibat ngn even ofis aku 1 Malaysia Entrepreneurs (1MET) kat KLCC.
Alah event yang konon pada asalnya Barrack Obama nak datang rasmi tapi xjadi tu lar. Last2 Senator John Kerry je yang datang rasmi. Bukti?
Tapi xpayah pikir sangat pasal depa tuh. Aku nak citer pasal jamban neh la.

Ok. Mcm aku cakap tadi, bile event besar je konfem ada benda ni. Kaan.
Mau tak disediakan? 3000 kot peserta terlibat ngan event tersebut. So aku tengok macam2 kaler ada. Suwwit sgt!! haha..

Sama jer ngan yang atas tu.

Pukul 6.30 pagi aku dah kena sampai kat situ. Mak aih!! itu John Kerry je. Korang tau jadual asal kalo Obama yg datang, kami kena standby jam 5pagi. Deng!
Nak jadi cerita, sejak malam tu perut aku asyik memulas je. OMG!.
Situ bukan senang nk cari toilet kan. Soo..(ceteke aku tgk apa) hoho

Nak x nak, terciptalah sejarah aku gunakan jamban bergerak neh. Bapak jakun mula2 aku masuk.
Tp bila masuk dalam.. WAH!!! hebat! hoho
Ada mangkuk..pastu nk flush tekan ngan kaki. Nak kuar air sinki pun tekan pakai kaki.
Mujur x basuh berak ngn kaki je kan. Hoho
Tapi aku xbuang air besar. Xjadi. Aku buang yg kecik2 je.
Fuh!! epic! (sebab aku dah guna jamban neh)

Yg uniknye pasal jamban neh, kalo nk tau ada org x,,ada tanda MERAH or IJAU.
Merah tandanya ada org n pintu terkunci. Huhu

Nak habiskan event sampai tengahari, kemain girang lah aku ulang alik guna jamban tu.
Canggih kot!! Haha
Padahal duk dalam ekon sejuk sgt asik nk terkucil jek.

dum..dam..dum dang..
Satu....Malaysia!!!
Satu...Malaysia!!!
Laungan tu sebab Dato Seri PM kita ada bersama.Ok.

Bila event dah habis, aku nak amik peluang sekali lagi guna jamban tu.
Macam biasa, tgk tanda kat pintu kaler IJAU. Means available letteww..

Masuk slow2 then kunci dari dalam.
Pastu...pastu...(xyah cerita deh)

Tengah syok aku pastu..pastu..
Tetibe pintu terbuka
ARGH!!!!!!!!!!

Nasib baik gambar dah censored


Sorang pakcik ngn selamber bukak pintu jambanku. Xtahan kot cepat2 dia nak masuk.
Wargh!!! dengar aku mengaum terus dia
Arh! Soli..soli...(seraya tutup pintu n belah)

Aku?
Kelu..... T_T

Dem! aku benci jamban bergerak

Maro said: "Jangan sangka pintu kunci xleh bukak"

Friday, October 18, 2013

Ular Misteri di UiTM Machang


Sape pernah duduk Kelantan (atau korang memang ore Kelate) mesti tau kemeriahan pasar malam kat sana.
Kalo tanye aku,,woooih!!! tempat wajib n paling suka aku pegi time belajar dulu2.

"Kak, bui nasik krabu daging bakar so, kueh tu so, hok tu so, pahtu hok ni duo rial deh"
(Kak, bagi nasi kerabu daging bakar satu, kuih itu satu, yang tu satu, pastu yang ni dua ringgit ye)

amik! itu baru setengah je aku sebut. Padahal banyak lagi. Punyelah tamak kan. Nafsuuu..

Bile dah penat, meronda, melihat gelagat puluhan manusia kat pasar n memilih juadah, aku n geng 'kacip' (teman karib) aku Radi, Kamil n Shidi (semua bukan nama sebenar) pun start moto then balik u.

Sampai kolej, berlari2 lumba naik tangga. Tingkat 4 woo (mana ada lif).
Semua x sabo nak mentekedarah kan..
tp sebelum makan kena basuh tangan kan

Memula member aku Radi pergi toilet,
aku ngn Kamil follow,
kebersihan diutamakan, badan cergas otak pun cerdas, giteww :)
Meggi..meggi rasa , sedap cukup rasa`
Teringat lagu emi mastura kat tibi plak. haha

Tengah2 leka aku basuh tangan yang ada 7 turutan tu (saranan Kementerian Kesihatan)
Radi tetibe menjerit. Panggil nama aku n Kamil,
Gelabah semacam je gayanya. Kulihat mukanya sedikit pucat.
Radi tolak kitorang ke sebuah toilet yang dia masuk tadi
Ado ular lah!!!




Aku tengok ular tu,
Tergamam!
Mak aihh..seram dowh..panjang.
Aku turut sama jadi pucat. Takut, aku cepat2 keluar balik bilik,
Aku duduk kat kerusi study,
Termenung panjang. Kelu~

Budak 2 orang tu masuk bilik start makan,
Aku makan slow2, tak cakap pape.
Mata tenung keluar tingkap ke arah tangga 'batu caves'
Makanan tak habis.

Kamil tanya aku,
Bakpo tak abih nyo? (Apsal tak habiskan)

NATE APO!!
panjang betul tahi dalam toilet tadi.
Malaun mana lar lepas2 then xmo flush balik,
Patut la makcik cleaner situ asyik membebel

ARGH!!!!
ilang teros selera aku.
Panjang macam ular boh.
DENG!



Maro said: "Reti buang reti flush. Kucing pun pandai kambus hasil peninggalan beliau".

Tuesday, September 24, 2013

Al Fatihah buat arwah Maksu Yah


Setiap yang hidup pasti akan mati. Dunia ini hanya sementara dan akhirat jualah kekal selamanya.
Lama dah aku tak update blog ni. Banyak sangat ideanya tapi masa je tak ada. Termasuk lah saat aku buat post ini. Tapi aku amik sedikit masa untuk taip jugak.

Tajuknya..Al fatihah buat arwah Maksu Yah.

Aku masih ingat masa kecik2 dulu (sekolah rendah), aku ngan kembar aku suka sangat ponteng sekolah. Pakai baju skolah kemas2 then nyorok masuk hutan (semak je sebenarnya). Dengan harapan lepak lah situ sampai waktu budak balik sekolah then kami keluar balik umah. Hehe.."DENGAN HARAPAN".

Kenapa aku kata "DENGAN HARAPAN" sebabnya semua usaha kami tidak menjadi seperti yang DIHARAPKAN. Selalu je kantoi. Seingat aku member aku ada post pasal kisah kami ni. Cer klik IrwanZul.

Dan apa kaitan plak ngn habit suka ponteng aku dengan tajuk ini?
Sebenarnya Maksu Yah ni jiran yang cukup aku respek dan sayang masa kecik2 dulu. Even masa kami kantoi dulu, dialah ni lah yag pergi mereport kat abg aku. Tapi xpernah sesekali aku berdendam dengannya malah makin sayang adalah. Semalam aku dapat berita dia telah kembali ke rahmatullah. Innalillah.

Sedih dan terkilan. Masa kecik aku selalu kerumahnya. Arwah suaminya adalah tukang gunting rambut feveret aku. Tapi selepas suaminya meninggal, aku jarang lagi kerumahnya. Bila tamat sekolah rendah, masuk MRSM kat kelantan, lepas tu masuk U, lepas tu skg menetap di ibu kota...bertambah lamalah aku tak jumpa dia.

Terkilan. 2 minggu lepas kau balik kampung. Mak kata Maksu Yah tak berapa sihat sekarang. Dulu lepas operate mata, arwah jarang keluar rumah. Duduk rumah je. Paling sedih raya ritu aku dengar arwah jatuh kat bilik air tapi dia sorang2 tak ada sapa bantu sampai jiran jmpa masa ke rumahnya. (aku start sedih)

Mak suruh aku g melawat MakSu Yah. Ye aku nak pergi tapi disebabkan sibuk ke kebun ambil buah utk bawak balik Putrajaya esoknya, aku tak sempat melawat Maksu Yah. Last2 esok pepagi aku balik Putrajaya.

Semalam, aku dapat berita Maksu Yah dah tak ada. Aku tengah mesyuarat time tu, keluar air mata. Sedih dan terkilan. Kenapa aku tak lawat dia hari tu. Allahuakbar...inilah manusia..bila kehilangan baru nk rasa menyesal..

Aku doakan moga roh arwah Maksu Yah ditempatkan dikalangan orang beriman dan bertakwa di sana. Moga segala dosanya juga diampunkan Allah. Amin.

Maro said: "Speechless"

Thursday, August 22, 2013

Tregedi kemalangan bas di Genting Highland (21 Ogos 2013)

Lama sangat2 dah rasanya aku xpost pape isu kat blog ni.
Tapi sebenarnya aku lupa, walau berkurun lama aku xupdate blog ni sekalipun, ada orang kesah??
Takde kan.. haha.. ok fine! (sigh)

Sebenarnya byk je benda nak dikongsikan. Especially pasal apa berlaku time raya aku ritu. Pasal isu2 masakini. Tapi when it comes to the time nak menaip, ada kerja plak. Bila ada masa lapang sket, rasa malas plak. Itu je alasannya.

Apa2 sekalipun, aku ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa kemalangan bas di Genting Highland petang semalam (21 Ogos 2013). Al Fatihah buat mangsa-mangsa yang beragama Islam dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

Maro said: "Moga kita semua sentiasa dilindungi Allah dan dijauhkan daripada sebarang malapetaka serta kecelakaan seperti ini. Nauzubillah. Hati-hatilah dijalan raya"

Tuesday, July 23, 2013

Gred Hidup



Pangkat2 ni dunia je semuanya. Tak boleh dibawa ke mati. Yang dikira nanti amalan kebajikan sepanjang kita hidup di dunia ini. Raja ke, orang biase ke, kaye ke, miskin ke, apabila mati nanti..amalan kita yang akan dihitung.

So andai bagi yang berpangkat or berstatus tinggi, xboleh rasa bangga malah menyombong diri dengan orang bawah/orang biasa. Sama jugak dengan yang tidak bernasib baik, susah, pangkat bawah. Tak boleh nak agung2 sangat mereka yang diatas itu. Namun..semuanya masih berpegang pasal prinsip hormat-menghormati. Tolong menolong. Kann..

Hehe..dah macam Ustazah Bahiyah plak aku cakap tanpa henti neh. (Cakap ke taip???..erk..)

Ok. Fine!. Pahal tetibe kuar isu pangkat eh? Huhu.. Takde sebenarnya jadi pada aku (aku tanya..aku jawab...so what!!!). Hehe.. Kat ofis aku berkawan dengan semua orang. Tua, muda, pangkat tinggi, pangkat bawah. Sebab bagi aku, persahabatan x kenal status. Janji ada kejujuran dan keikhlasan.

Bukan nak kata aku pangkat tinggi. Jap, sebenarnya aku heran dan selalu terpikir sorang2. Kenapa dalam dunia semasa ni perlu ada perbezaan? Sapa tau? sila komen. Hehe. Kalau dalam kerjaya aku sekarang ni, ada kategori pegawai, ada sokongan, ada tetap, ada kontrak, Turus, JUSA, 54, 48, 44, 41 dan kebawah3nya.. Ada level! dan Level ini kekadang jadi gap dalam hubungan seharian. Ini based on pengalaman aku lar. Kalau aku, aku rasa biase je pangkat2 neh. xde efek dalam pergaulan seharian......but still..respect to each other.



So nak jadi cerita, aku selalu join sukan ngn staf2 ofis aku dan kebanyakannya support staf. Bukan aku nk cakap aku level tinggi ke apa tapi nak cerita duk main2 selama ni..tetibe ada seorang member kpd staf aku tu lar. Mungkin dia duk dengar cara member2 dia cakap ngn aku, satu ari masa men badminton dia cuit aku

"eh, Yo, kamu bos ke kat sini?, tanya dia. 

"xde ah, ngarut ah. Aku biasa2 je mcm diorang". Aku jawab. Tapi katanya dia perasan semua mcm takut2 n hormat2 kat aku. Lepas tau aku ni 'pegawai' (kononnye tinggi sket daripada mereka), lepas tu terus aku perasan dia sendiri jadi skema ngn aku. Padahal sebelum ni duk men tak hingat, jerit2, bertempuk tampar. Hoho. Kenapa? sebab beza level tadi kan. Adoi.. setiap kali join geng diorang rasanya aku yg paling giler2. Tapi still dengan aku depa jadi skema. T__T

1 lagi cerita. Setiap tahun ofis aku ada buat majlis berbuka puasa. Dan kat situ aku kenal seorang staff ni. Asal Kelantan. So memandangkan aku sekolah lama kat sana then mak aku pun asal Kelantan so boleh sembang2 dalam loghat Kelate lah. MOF ni besar so 3 tahun keje sini, tu 1st time jumpa dia. LOL. Setiap ari buka pose sama kat ofis. Lepak2, sembang2. Then sampai satu ari, dia duk sembang ngn aku then tanya aku ni gred berapa, 17 ke 27 (orang Gomen tau la pasal gred neh). So aku jawab "tak, aku gred ***. Muka dia macam terkejut then lepas tu terus jadi skema dengan aku walaupun aku masih lagak mcm biasa. Itu tahun lepas. Tahun ni aku jumpa pun camtu lah, cakap segan2 ngn aku. Adoyai.. Paling xleh blah, elok2 bahasakan diri 'kawe', 'demo'..skarang tukar 'saya'..'encik' plak dah. Padahal aku masih guna 'kawe' 'demo'.

So....itulah sebabnya aku keluar post ni kali ini. Pasai apa ada beza2? Then pangkat2 ni dunia semuanya je. Kat sana nanti xpandang dah. Aku berkawan tak kira level. Janji respect to each other (again)

Itu je. Mungkin ada pembaca akan kata poyo lah aku post pasal ni. Nak cakap aku pegawai la tu. Mungkin ada! Aku yakin. Tapi aku xde niat. Lillahitaala. Cuma just nk luahkan apa yg aku duk rasa dan pikir selama ini.  :D

Maro said: "Kat ofis boleh la ber'encek'2..kat luar tak payah lah. Kita semua sama je blaka"

Friday, July 19, 2013

Sampul Duit Raya PESUMA 2013

Thoodia!!
Pose baru seminggu dah semangat cakap pasal sampul duit raya kann.. Bank2 pun belum keluar lagi notis suh orang mai beratuq tukaq duit raya kan. Takpa lah.. Aku just nak share pasal sampul duit raya jek. Hehe

Kesahnya gini..Kelab di ofis aku pernah buat jualan sampul duit raya tahun lepas. So walaupun pucuk pimpinan dah berubah (skarang aku dilantik secara paksa rela sebagai Pengerusi kelab tersebut), jualan ini diteruskan lagi pada tahun 2013. 

Dan sukacita aku nak maklumkan bahawa ini BUKAN produk Kementerian Kewangan ok. Cuma aku jual mewakili kelab salah satu seksyen disini je. Kot2 lar ada duk cakap MOF berniaga lak pasni. Mulut orang.. Then aku jual kat staf2 MOF sahaja. Hehe

So semalam kemain sampai ke petang, aku dan member aku (Zul, Ikin, Asraf) duk design sampul duit raya untuk dihantar pada printing company. (DRB Printing Solutions)
 Papepun, as promotion katanya..arini shoot emel kepada warga Kementerian Kewangan. Lama gak duk pikir, nak hantar ke xmo..hantar ke xmo. Bukan apa, kepada semua warga tu..dan for sure melibatkan Tan Sri, Datuk2 bagai. Takut jadi isu je. Last2..pejam mata..click 'sent'. :D

Sampul duit raya aku. Tapi 'chop' mr bulat tu xdek lar. Biase je kan :)


Tak sampai 2 minit, phone aku berdering. "Ah! sudah, mesti nak tegur emel aku ni".
Tapi rupa2nya..1st customer lar!! haha.. nak order 30 peket. Huhu...org Klate kate 'ghori'..
Lepas tu, xmenang tangan menjawab phone. Silap aku jugak, letak nombor aku. Padahal aku nak mintak contact anak2 buah aku. Deng!

Tak cukup tu, penuh inbox emel aku pakat nak tempah. Paling menarik, beberapa orang Dato' (pengurusan tertinggi MOF) pun emel aku nak sampul jugakk. haha. Amikaww!

Tengah syok2 terima tempahan, tetibe masuk 1 emel. Seorang staff tu emel promote sampul raya dia pulak. Hoho.. Tak dinafikan design dia lawa lar. Cuma harganya 50sen mahal daripada aku punye. Ada pesaing dah ni. Hoho. Tup2, sorang customer aku call nak kensel tempahan coz nk amik sampul mamat tadi. Takpe2..adat berniaga kan..biasa lar. Tapi lepas dia kensel order tadi...berduyun2 aku terima tempahan seterusnya. Haha. Termasuk dapat call dari seorang pegawai daripada Kementerian Luar Negeri nak order. Wah! ntah dari mana dia dapat tahu, aku pun xtau. Huhu. Aku tanya bekas staf MOF ke..katanya bukan. huhu. Acannoo neh?

Design daripada staff yang aku maksudkan. Memang lawa!

Okay lah. Itu jer. Takde mender pun. Pasal sampul duit raya je. Harap-harap 30,000 aku tempah tu habis sebelum raya!!! Hahaa. Sampai masa aku duk taip ni pun nampak byk emel baru masuk kat inbox aku. Alhamdulillah..

Weh!! buat kerja lah!!! berniage plak. LOL

Maro said: "Nak seribu daya tak endak seribu dalih. Tak yah dengki2"

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers