Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka bermula pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi tetapi dikehendaki mengemaskini maklumat peribadi seperti berikut:
- Alamat Tempat Tinggal
- Maklumat Anggota Keluarga
- Akaun Bank
Bagi pemohon baru, pendaftaran secara online atau manual (mengisi Borang Permohonan BR1M 2014) bermula pada 23 Disember 2013 dan berakhir pada 31 Januari 2014.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau muat turun melalui laman web LHDNM seperti pautan di bawah
Berbanding BR1M sebelumnya, BR1M 2014 telah ditambah baik. Antaranya:
- Kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah;
- Nilai bantuan ditingkatkan daripada RM500 kepada RM650;
- Kategori bantuan juga telah diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM3,001 dan RM4,000 sebulan dengan jumlah bantuan sebanyak RM450;
- Caruman i-BR1M bernilai RM50 telah diperkenalkan kepada penerima isi rumah BR1M dengan jumlah perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal;
- Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas akan menerima kenaikan jumlah BR1M iaitu daripada RM500 kepada RM650;
- Kategori bujang (21 Tahun dan Ke Atas) dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 akan diberi bantuan sebanyak RM300 berbanding RM250 dalam BR1M sebelumnya.
Maklumat lanjut boleh berhubung talian hotline 1-800-88-2716 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat bermula 23 Disember 2013.
Maro said: "Semoga setiap usaha kita diberkatiNya. In sha Allah"
salam..done follow u, follow me back :-) http://aliyahsyofia.blogspot.com/
ReplyDeleteDone.
Deletetenks :)
Terima kasih atas info yang diberikan
ReplyDelete