Konco - Konco

Friday, January 20, 2012

Meja bersepah tidak jejas tugas

Sekarang ni pakat sibuk ngn amalam 5S. Semua org pasti tau apa itu 5S kan. Aku kenal benda ni pun sejak 2 tahun lepas (bila aku start keje). huhuuhu. Kat meja aku tertampal megah peringatan 5S sebelum pulang.

1) Kemaskan meja
2) Pastikan suis komputer ditutup
3) Pastikan fail disusun kembali
4) Pastikan alat tulis di letakkan di tempat asal
5) Pastikan kotoran / sampah dibersihkan.


Buat tak? hehe mestiii..Tapi masalahnya bila masuk opis esoknya...confirm meja aku bersepah. Kekadang rasa malau lak bila staf2 aku datang jumpa. Apa punya bos la meja cam tongkang. Haha. Tapi jgn sangka meja bersepah, aku ni jenis pengotoq. Huhu. Keje belambak xde masa nak kemas2 ok. Ikut ati, nak je aku kemas fail2 ni setiap masa. Siap ukur dgn pembaris lagi nk pastikan sususan fail jadi sama. Haha. (bedo'oh!)


Ni contoh meja bersepah. Tapi ini bukan meja aku. Sekadar contoh :P


Ok sambung balik, bagi aku xkisah la meja bersepah pun janji keje jalan. Keje setel. Dak gitu?. Utusan Malaysia arini ada keluar satu info terbaru pasal meja bersepah. Try baca.


Maro says:"Meja bersih dan suci pun belum tentu keje jalan. Integriti yang perlu diutamakan...xsuka audit 5S :P"

Wednesday, January 18, 2012

Renungan bersama: 4 golongan lelaki yang wanita tarik ke neraka

Renungan pada kali ini berkisar dengan topik 4 golongan lelaki yang akan ditarik oleh wanita ke neraka. Info ini bukan untuk memperkecilkan kaum wanita, tapi untuk mengingatkan kaum lelaki tentang tanggungjawab mereka. Moga kita semua sama2 bermusahabah untuk kebaikan bersama.


1. Ayahnya
- Apabila seorang ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Kenapa? Dia tak memberikan segala keperluan agama spt mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia juga membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat. Ingat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka akan ditarik ke neraka oleh anaknya. Nauzubillah.


2. Suaminya
- Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bebas pergaulannya di luar, memperhiaskan dirinya bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim, suami berdiam diri walaupun dia seorang alim maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.


3. Abang-Abangnya
- Apabila ayahnya sudah tiada, maka tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang2nya. Andaikata mereka hanya mementinkan keluarganya sahaja dan adik perempuanya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM, mereka juga tergolong dalam kategori yang akan ditarik oleh adiknya nanti.


4. Anak lelakinya
- Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya walaupun melakukan perbuatan yg haram disisi Islam, bila ibu mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.


Firman Allah SWT:-

"Hai orang-orang yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat2 yg kasar, yg keras, yg tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yg diperintahkan.: (At Tahrim: 6)


Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin iaitu yg mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu, janganlah kita membuang atau tidak mengendahkan janji dan peluang yg Allah S.W.T berikan pada kita.


Maro says:" Selamatkanlah aku dan semua ahli keluargaku, saudara maraku serta sahabat2ku dan semua muslimin muslimat sekalian. Amin"

Monday, January 16, 2012

Aku ingin jadi dan miliki sahabat terbaik




Bukannya senang nak cari kawan yang baik,
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.




Kawan yg baik xpernah mengumpat di belakang kawan baiknya,
Kawan yg baik xpernah cemburu dgn kejayaan kawan baiknya,
Sebaliknya kawan yg baiklah yg paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.


Kawan yg baik xpernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yg buruk dan sia2,
Kawan yg baik adalah org yg selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.


Kawan yg baik adalah org pertama yg akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira,
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yg xdapat diluahkan kpd kawan biasa.


Kawan yg baik xpernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya,
Kawan yg baik xpernah melarang kawan baiknya berkawan dgn kawan yg baik,
Kawan yg baik xpernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yg baik tahu apa yg paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yg baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraa dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.


Kita adalah kawan yg baik jika kita faham kawan baik kita bukanlah seorang yg sempurna,
Kita adalah kawan yg baik jika kita menjadi kawan yg baik kpd kawan baik kita.


Kita bukanlah kawan yg baik jika kita x menghargai kawan baik kita, kerana kawan yg baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.


Kita bukanlah kawan yg baik jika kita x memberitahu perkara yg baik kpd kawan baik kita, kerana kawan yg baik akan selalu menyampaikan perkara yg baik kpd kawan baiknya.


Dan kalu kita ingin dapat kawan yg baik, kita mesti terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.


Dan semoga kita menjadi kawan yg terbaik..



Maro says: "Tegurlah aku andai aku mula sombong, tergurlah aku andai aku mulai angkuh, tergurlah aku andai aku mulai salah... kerana aku masih perlu sahabat seperti kamu. InsyaAllah kita sahabat selama2nya. Amin"

Friday, January 13, 2012

Bertindak mengikut arahan!!



Scene 1: Morning bos. U call me?







Scene 2: Limablas minit lepas tu..







Scene 3: 
 





Scene 4: Lepas tu








Scene 5: Lepas tu..







Scene 6: Datang bilik i skarang!!








Scene 7:









Scene 8: Macam biasa...




Maro says: "Org slalu kata boss always right. Huh! btol ka? Dari awai da give wrong instruction....dowh!"

Wednesday, January 4, 2012

Renungan bersama: 12 golongan yang dibangkitkan di alam kubur kelak

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?"Maka Rasulullah S.A.W menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga

Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-

  • Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
  • Mereka yang menyerupai khinzir. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
  • Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
  • Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
  • Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
  • Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
  • Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
  • Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
  • Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
  • Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
  • Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

 Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
  • Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

Maro says:"Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat mengingati. Allahuakbar. Mudah-mudahan kita semua tergolong di dalam golongan yang satu itu. Amin"

Tuesday, January 3, 2012

Survey handphone? : 10 telefon pintar terbaik sepanjang 2011.


Yeaa..bercakap pasal telefon skarang ni semua orang pakat pakai telefon canggih2 dooo. Kalo dulu pakai Nokia 3310 pun dah bangga bagai. Revolusi demi revolusi, teknologi ni xterkejar noo. Start ngan nada dering biase, berubah ke polifonik, pastu masuk la era mp3 dan macam2 lagi la. Terbaru...jenis kena sentuh2 gores2 kat skrin pulak daa.huuhu

Okeh. Tengah mencari enset ka? Pening kan. Banyak sangat model enset skarang sampai xtau nak pilih yang mana. Meh aku kongsi sikit berkenaan 10 Smartphone terbaik tahun 2011 ni. Tahun akan datang jangan pikir lagi. Konfem lagi hebat macam gaban.




Semestinya Samsung Galaxy Note berada di ranking pertama buat masa ini. Alaah selalu ada iklan kat talibesen tu. Terbaik lah!!. Model ni menggabungkan ciri2 tablet PC sebagai smartphone. Antara ciri menarik pasal model ini adalah multimedia player yang dipertingkatkan, kamera berkembar, stylus pen (dipanggil S) untuk buat lukisan dan juga sign dokumen secara digital serta mcm2 lagi la. Satu lagi info menarik pasai model ini adalah menggunakan android gingerbread OS yang membolehkan kita akses semua aplikasi terkini. huhu. 

Harga? Buat masa skarang, masih mahal tapi affordable. Hehe




Haa.. aku yakin ramai yang gile2kan produk epal ni kan. Kat opis aku memasing bangga menjadi pemilik gajet hebat ini. Tapi model ini boleh dikira berada ditempat kedua selepas model diatas berdasarkan kehebatannya. 

Model ni sebenarnya hampir sama ngan iPhone 4 tapi diupgrade sket aplikasinya. Menampilkan prestasi lebih pantas, mind-blowing multimedia features dan juga digabungkan dengan aplikasi Siri. Seperti versi sebelumnya model ni menggunakan OS. Antara terbaik apabila bleh bantu korang dalam urusan pengkomputeran. Haa satu lagi..ada 3G!!!. huhu

Info lanjut, try usya Apple iPhone 4S launch...Ayuh tgk model ketiga terbaik plak..layannn




Tu diaa..nama model ni kemain lagi. Macam power rangers lak aku membacanya. Satu2nya model Motorola yang tersenarai dalam top 10 kali ini.

Seperti kebiasaannya, Motorola suka buat enpon dgn reka bentuk yang ultra-nipis dan anggun (yang pasti byk kelebihan compare dgn smartphone lain dari segi reka bentuk). Menawarkan prestasi yang lebih pantas coz menggunakan processor 1.2GHz T1 OMAP 4430 dan Android 2.3.5 sebagai operating systemnya.

Apa yg menarik? Ok, model ni menggunakan paparan AMOLED. Tambah pulak terdapat sokongan 4G LTE Verizon yang pasti menghebatkan lagi model ini. Cuma satu je xbest pasal model ni...hayat baterinya yang pendek. Kena kerap cas la pastu...tukar. Hehe. 

Ok next please!






Haa..satu lagi produk Samsung. Selalu gak iklan kat talibesen. Alah! iklan ayam eram telur tu la. Bedo'oh kan? haha.. Tapi hakikatnya memang betol. Kualitinya terbaik.

Model ni menggunakan Android Gingerbread OS dan hadir bersama beberapa aplikasi teknikal yang superb dan menggabungkan mekanisme reka bentuk yang cun. Huhu. Tambah pulak, ia digabungkan dengan Touch Wiz 4.0. Tapi memana aplikasi and model pun ada power dan kelemahan memasing kan. Better try it. Aku pakai kembar dia je..Samsung Galaxy S Plus. huhu

Harga? affordable.. RM18++ (semasa post ini dipublish)






LG Prada 3.0! Huish nama... tengok designnye..lawo kan. FYI, model ini dianggap pesaing kepada iPhone 4S coz ada beberapa ciri2 yang dikatakan menyediakan interface yang iPhone 4S pun susah nak buat. Whoaa..

Sama seperti kebanyakan smartphone lain, ia menggunakan Android 2,3 Gingerbread dan mempunyai processor OMAP T1 4430 ditambah dengan ciri2 multimedia yang hebat. Tambah sket lagi, ia didatangi dengan kad memori 32GB slot. Nice!

Harga? stakat ni belum diumumkan.






Sony Erricsson. Aku pernah guna 2 jenis phone model ini. Aku suka Sony. Brand paling lama aku guna la. Haha. Skarang aku try Samsung. Bukan berubah arah...try citarasa baru plak :P

Okeh, sama macam korang survey PC or laptop jugak. Seller akan tanya nak spec mcmana, utk graphic ke..untuk game ke..dan mcm2 lagi lah. So model ini direka ekslusif untuk kaki2 game. Lihat gambar tu, ia didatangkan bersama joy-pad controls macam PlayStation Portable (PSP). Fuyyo!! Yang pasti konsol video game ini memang terbaiklah untuk main game.

Apa lagi yg menarik? semestinya LCD yang dilengkapi LED yang menjamin pengalaman permainan sebenar melalui model ini. Sikit lagi, jangka hayat bateri juga adalah agak baik.

Erm....masih keliru? cetengok model seterusnya..




Dulu kalo x Blackberry...iPhone. Kalo x iPhone..blackberry kan. Haa model ini merupakan antara model terbaik dan terlatest keluaran 'beri hitam' neh. Model ini digabungkan dengan teknologi smartphone terkini bersama opsyen2 yang mesra pelanggan.

Selain itu, ia juga digabungkan dengan OS Blackberry 7 dan menggunakan processor Snapdragon 1.3 GHz. So, buat masa sekarang, model ini adalah model tercanggih berbanding model Blackberry lain.





Berada dirangking 10 enset terbaik adalah... HTC Radar. Dilengkapi 2G, 3G, casing Gorilla Glass, 8GB memori dalaman, kamera dengan Geo-Tagging dan juga sensor. Erm,,boleh tahan bukan..

Selain tu, model ini juga menggunakan Windows Mango OS dan backup bateri yang boleh dikategorikan sebagai above average. Harga? masih mahal tapi boleh try nego ngn tokei kedai tu. Mana tau kot2 dapat. hehehe.

Tapi xpe, try tengok model seterusnya..





HTC lagi! Kali ini HTC Rhyme. Seperti HTC Radar, model ini jugak ada 2G dan 3G. Skrin pun best ditambah dengan external memory (memory expension) sehingga 32 GB bebb. Ciri2 internet juga bagus dan yg paling penting adalah processor grafik yang berasingan iaitu Adreno 205. Maknanya...ia amat sesuai untuk sesapa yang minat ngan graphic editing neh.

Bateri? biase2 aje. Harga? macam HTC Radar, agak mahal sket buat masa sekarang. Boleh try kalo berminat.





Hurm.. last model. Mungkin ini model terbaik Nokia yg pernah dikeluarkan. Buktinya Lumia 800 ini dapat sambutan amat menggalakkan walaupun semasa ia belum dikeluarkan semasa pre-bookings.

Apsal hebat sangat ek? Ohoo..yang pasti model ini menggunakan Windows Mango OS yang mana dilengkapi processor 1.4GHz. Selain itu, ia ringan! Thats it.


Haa..amacam dah buat pilihan? rambang mata kan. Semua ini top 10 untuk tahun 2011 aje ok. Jangan kata untuk tahun 2012. Dah tentu la akan kluar lagi hebat. Dah nama teknologi. Tak terkejor yop. Hehe. So pilihlah yang terbaik untuk anda.


Maro says:"Enset skg lebih mahal dari motor aku kat umah. Huhu"

Au revoir 2011 et bienvenue 2012


Selamat tinggal 2011....
Selamat datang 2012.


Alhamdulillah kupanjatkan setinggi2 kesyukuran kehadrat Illahi kerana masih melanjutkan usiaku dan semua seterusnya memasuki tahun baru 2012.

Ayuh! pakat2 muhasabah diri atas segala yang telah berlaku pada tahun lepas dan sebelum2nya. Pikir balik apa salah yang kita buat. Pikir balik apa yang betul kita buat untuk kita tambah baikkannya.

Doaku moga aku, kedua2 ibu bapaku, ahli keluargaku, saudara maraku, sahabat2ku dan semua dilanjutkan usia, diberi kesihatan tubuh badan, murah rezeki, selamat dan diberi kesejahteraan dalam menghadapi hari mendatang. Harapan juga moga semua urusan yang dilaksanakan berjalan dengan lancar. InsyaAllah 2012 adalah tahun terbaik buat kita semua. Amin.

Maro says: "Moga perancangan kita selari dengan perancangan yang Maha Kuasa".

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers