Konco - Konco

Wednesday, January 18, 2012

Renungan bersama: 4 golongan lelaki yang wanita tarik ke neraka

Renungan pada kali ini berkisar dengan topik 4 golongan lelaki yang akan ditarik oleh wanita ke neraka. Info ini bukan untuk memperkecilkan kaum wanita, tapi untuk mengingatkan kaum lelaki tentang tanggungjawab mereka. Moga kita semua sama2 bermusahabah untuk kebaikan bersama.


1. Ayahnya
- Apabila seorang ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Kenapa? Dia tak memberikan segala keperluan agama spt mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia juga membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat. Ingat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka akan ditarik ke neraka oleh anaknya. Nauzubillah.


2. Suaminya
- Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bebas pergaulannya di luar, memperhiaskan dirinya bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim, suami berdiam diri walaupun dia seorang alim maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.


3. Abang-Abangnya
- Apabila ayahnya sudah tiada, maka tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang2nya. Andaikata mereka hanya mementinkan keluarganya sahaja dan adik perempuanya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM, mereka juga tergolong dalam kategori yang akan ditarik oleh adiknya nanti.


4. Anak lelakinya
- Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya walaupun melakukan perbuatan yg haram disisi Islam, bila ibu mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.


Firman Allah SWT:-

"Hai orang-orang yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat2 yg kasar, yg keras, yg tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yg diperintahkan.: (At Tahrim: 6)


Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin iaitu yg mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu, janganlah kita membuang atau tidak mengendahkan janji dan peluang yg Allah S.W.T berikan pada kita.


Maro says:" Selamatkanlah aku dan semua ahli keluargaku, saudara maraku serta sahabat2ku dan semua muslimin muslimat sekalian. Amin"

1 comment:

  1. Bagaimana dengan nasib seorang anak lelaki yang melepaskan tanggungjawab menjaga ibunya kepada adik perempuannya, manakala dia mencari rezeki. every month dia kirim duit?
    dan nasib seorang abang apabila tanggungjawab menjaga adik-adiknya di bawah umur 18 tahun dilepaskan kepada adik perempuannya kerana dia telah berkahwin? adakah mereka dikecualikan?

    ReplyDelete

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers