Konco - Konco

Thursday, November 22, 2012

Renungan: Tanda-tanda hati kotor



Kali ini kita bercakap soal HATI. Apa itu HATI?. 
HATI adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. HATI adalah ketua segala tubuh badan. Jadi HATI ini adalah amat penting sekali pada diri setiap manusia, HATI yang bersih boleh merasakan KETENANGAN walaupun ditimpa musibah dan ujian dari Allah S.W.T...Pandangan HATI adalah paling HAKIKI jika HATI itu bersih..HATI yang kotor akan menyebabkan kita mudah lalai dan leka dengan hasutan SYAITAN. SYAITAN mudah meyelinap masuk ke dalam HATI dan bila HATI terlalu KOTOR, payah untuk kita membersihkan HATI kecuali dengan BERISTIQAMAH dan MUJAHADAH..Insya'Allah....

Apa tanda2 hati kotor?
  • Gelisah walaupun tiada masalah
  • Selalu berbangga dengan diri sendiri
  • Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang
  • Sombong dan bongkak
  • Selalu mengintai keaiban orang dan menyebarkannya
  • Suka mengumpat dan membuka aib orang lain
  • Gembira melihat orang lain susah atau rendah daripada dirinya
  • Lidah yang tajam atau laser
  • Suka menyakiti hati orang dengan sindiran
  • Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang
  • Menyampaikan ilmu dengan riak
  • Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
  • Berpakaian elok untuk dipuji
  • Derhaka kepada kedua2 ibu bapa
  • Talam dua muka (manis di depan tapi jahat dibelakang)
  • Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada
  • Solat yang tidak boleh khusyuk
  • Selalu mencari kesalahan orang lain
  • Cinta kepada duniawi.

Astagfirullah hal'azim..banyak lagi yang perlu aku perbaiki dalam diri aku ini. Ya Allah, jauhkanlah hati aku daripada sikap2 begini.

Maro said: "Baik buruk amalan kita, semuanya akan dikira"

Wednesday, November 21, 2012

Isketambol Ambo Maghiii.. (versi Kelate)


Isketambol Ambo Maghiii...

Hehe..mesti ada sesetengah dapat tangkap maksudnya dan sesetengahnya xpaham kan. Haha.
Xde, sebenarnya aku refer to cerita Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly

Smalam aku keluar layan cerita ni ngan member lama aku kat GSC Alamanda, Putrajaya. Saje hilangkan bosan. Itupun last minute lepas aku bukak pose baru terlintas nak pergi.


Honestly, jiwa aku ni 'rock' (leh caye kaaa? =).. so aku datang coz nak buat analisa cerita ni je. Ramai duk kata sedap ditonton. Hehe. So ok ke cerita ni? Aku xnak bagi review cz for sure berlambak dah review kat internet kan. So just share pendapat aku sikit je.

Bagi aku...OK la, cuma ada beberapa part yang aku xberkenan sikit banyak sebenarnya (for sure..korang pun).. iaitu:


  • babak Dian dan Harris duduk serumah
  • babak berpeluk2 sesama Islam dengan bebasnya
  • satu dialog Tomok (bagi aku ia xperlu kot even pengarahnya bukan Islam ke tak)


Tomok: Jangan la peluk I kat sini..

Lisa: Eh, apa pulak. Biasa kat KL ok je kita peluk2..
Tomok: Yela, tapi sini Istanbul orang pandang. Lagipun inikan Negara Islam.


See?... Malaysia caner? memang cuma lakonan tapi kita jangan main tonton tanpa amik pengajaran. Pastu watak tu sebagai anak Melayu beragama Islam yang belajar di rantau orang plak kan. Pakaian Lisa tu sesuai sangat ngn imej wanita Islam dari Malaysia.


1 lagi, babak tersirat ialah babak pengemis berdoa untuk makanan tu..emm tengok la sendiri nanti eh. Pastu masing2 kita nilai.

So bagi aku.. (Ini pandangan aku ok, terserah pada korang utk lihat macammana bile tonton nanti).. filem ni lucu la, tempat menarik (Kat Istanbul), jalan cerita menarik dan endingnya memuaskan ati aku (ati aku lar) tapi kesimpulan aku..


"Tengok boleh..ikut jangan... hehe"


Maro said: "No matter where u are or what u do..remember Allah watching over u"

Tuesday, November 20, 2012

Check list Puasa Sunat 2012 - 2013


Assalamualaikum wbt..

Sekadar perkongsian untuk manfaat kita semua. 
In Shaa Allah, kalau tiada halangan, selain mengerjakan tuntutan yang wajib, ayuh kita sama laksanakan puasa sunat pulak.

Check list Puasa Sunat 2012 - 2012
In Shaa Allah, semoga ibadah yang kita laksanakan diterima olehNya.


Maro said: "Berpesan-pesanlah untuk kebaikan. Kita tak rugi".

Friday, November 16, 2012

Salam Maal Hijrah 1434 / 1 Muharram @ Klinik Nadia



Salam Maal Hijrah 1434.

Alhamdulillah, dengan izinNya, kita masih berpeluang untuk meraikan 1 lagi tahun baru serta menikmati nikmat2 dari Allah SWT. Sempat baca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun tak?.. hehe

Daripada Al- Hassan Al-Basri Rahimahumullah sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

InsyaAllah, semoga tahun baru ini menjadi yeng berbaik buat kita semua. Dilanjutkan usia, diberikan kesihatan, limpahan rezeki, kesejahteraan dan keredhaan dunia akhirat. Amin..

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. 
[Surah Al-Asr: 1-3]

Semalam cuti sempena hari mulia kita, so apa korang buat?

Plan asal nak balik kampung tapi xjadi. So semalam aku bawak 'anak teruna' (yeke?) aku ke Klinik Nadia, Kota Damansara untuk sesi korbankan 'ehem2nye'. hehe.


selesai: 15 Nov 2012 @ 1 Muharram
Tahniah Yong!. Kamu dah betul2 menjadi anak lelaki. Hehe. Pasni boleh jadi imam dah. Baru darjah 2 tapi dah mintak nak korban. Rosak rekod aku dulu. Huhu. So bulan Hijrah...Yong pun dah berhijrah daripada 'bersongkok kepada berkopiah'. ahaks =)

Maro said: "Ambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi kita Nabi Muhamad SAW.  Hijrah bukan sekadar lintasan sejarah..tetapi hukum yang masih berjalan. Doakan keselamatan saudara Islam kita di Palestin.."


Wednesday, November 14, 2012

Samsung Galaxy Note 2

Idea..
Bukan senang nak dapat idea best. Tapi kadang2 certain time idea datang sendiri mencurah2..
Kadang2 banyak sangat topik untuk diperkatakan atau dikongsi bersama
Kadang2 pulak xde langsung.

So sekarang..srius aku blur. Xde apa2 untuk dikongsi bersama. Sekadar kongsikan lakaran aku menggunakan stylus pen Samsung Galaxy Note 2 je. Weiiii...

Gambaran aku tengah blur

Itu je. Hehe


Maro said: "Hebat2 catatan di Galaxy Note..lagi hebat catatan amal dikiri dan kanan bahu kita."

Monday, November 12, 2012

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet (Remaja & Kanak- kanak)



Chatrooms, Instant Message, Streaming, Texting, Telefon, WAP, WIFI dan Blog...bagaikan tak pernah berakhir. Tapi apabila dan berminat dengan trend terkini pastinya akan muncuk pula teknologi yang lebih hebat dengan isu keselamatan yang baru.

Tapi don't worry, hanya dengan beberapa petua ringkas, anda boleh melayari Internet dengan selamat.

LOL (laughing out loud)
- Penggunaan gaya bahasa dan cara penggunaannya akan menimbulkan minat kanak-kanak untuk terus melayari internet. Tapi gunakanlah dengan bijak dan berhemah ok.

TTYL (talk to you later)
- Oleh itu, untuk kali ini sahaja, berikan tumpuan dan bacalah tips ini dan jangan hantar atau taip mesej selain daripada mesej yang diberikan ini. Setuju?

BTW (by the way)
- Dengan menggunakan filtering software, anda boleh menghalang kandungan yang tidak berfaedah dan langkah terbaik adalah dengan mengenali rakan bual anda. Ingat tu!! Jangan sesekali bertukar-tukar maklumat peribadi dan gambar anda di internet. Pendek kata jangan mudah mempercayai orang.

- Berjuta kanak2 melayari internet semasa anda membaca post ini. Tapi...anada masih belum bersedia lagi untuk menggunakan Interent sehingga anda membaca maklumat ini:

www.esecurity.org.my


GTG (got to go)
- Sama ada anda sedang berbual, belajar dan ketawa, anda perlu sentiasa ingat bahawa amalan terbaik melayari internet supaya anda tidak digodam (hack), mendapat virus atau menjadi mangsa pencuri identiti.

Anda juga perlu mengabaikan mesej dari orang yang tidak dikenali, bertanya tentang kata laluan (password) dan maklumat peribadi, melihat laman web lucah yang muncul secara tetiba2 (no..no..no..!) dan menerima e-mel SPAM (emel remeh) seperti peraduan palsu dan e-mel hadiah percuma.

Oleh itu, anda perlu melayari internet dengan bijak dan sentiasa berwaspada dengan SPAM serta memadamkan mesej tersebut.


BERTINDAK DENGAN BUJAK JANGAN TERTIPU!

Terdapat ramai pengguna internet yang sentiasa mencari peluang untuk menganiaya orang lain terutama golongan remaja dan kanak2. Biasanya mereka akan menghantar e-mel/mesej secara rabdom dan mengharapkan seseorang akan membalas e-mel/mesej tersebut. Soo..

JANGAN SEKALI-KALI...
  • Berikan nama, alamat, nombor telefon, nama sekolah atau kata laluan
  • Bertemu dengan orang yang tidak dikenali semasa anda berbual di Internet tidak kira apa yang mereka katakan
  • Membukan e-mel atau attachment daripada orang yang anda tak kenal, mempercayai gambar dan mesej yang anda terima daripada orang yang tidak dikenali
  • Sembunyikan sesuatu daripada ibu bapa, guru atau penjaga anda jika seseorang atau mesej yang dihantar menjadikan anda berasa tidak selesa.

BRB (be right back)
- Antara soalan popular yang sering ditanyakan oleh kanak2:

Saya hendak memuat turun muzik atau membeli sesuatu secara dalam talian. Apa yang perlu saya lakukan?

  • Memuat turut (download) muzik yang dilindungi hak milik tanpa membayarnya adalah menyalahi undang2.
  • Gunakan laman web yang biasa digunakan oleh rakan anda, atau nama yang biasa dikenali.
  • Gunakan mekanisme pembayaran yang selamat. Cari kunci mangga di bahagian bawah laman web.
  • Guakan kad kredit kerana ia biasanya dilindungi daripada penipuan.
  • FIKIR sebelum anda membuka emel. "Adakah saya mengenali orang ini?"
  • Adakah tajuk ini masuk akal? Jika tidak...jangan buka.
  • Halakan tetikus pada pautan untuk melihat alamat laman web (URL). Jika URL itu berbeza daripada jangkaan anda, jangan klik padanya.
  • Laporkan spam dan virus kepada MyCERT, ISP, orang dewasa atau polis.
  • Ingatm anda TIDAK wajib membuka emel. Jika ia penting, dan anda memadamnya, orang itu akan menghubungi anda semula.
Saya sedang berbual dalam talian dengan seseorang yang tidak saya kenali. Apakah yang perlu saya lakukan?
  • Sentiasa pastikan maklumat peribadi anda dirahsiakan.
  • Jangan berbual mengenai sesuatu yang membuatkan anda berasa tidak selesa.
  • Jangan menyamar menjadi orang lain.
  • Sentiasa memberitahu ibu bapa @ guru jika ada yang bertanya mengenai maklumat peribadi anda.
Saya hendak pastikan nombor telefon mudah alih saya selamat. Apa yang perlu saya lakukan?
  • FIKIR dahulu sebelum menghantar nombor telefon mudah alih kepada rakan bual di dalam talian.
  • Minta kebenaran daripada rakan2 anda sebelum anda menghantar gambar mereka.
  • Hanya berikan nombor telefon mudah alih anda kepada orang yang anda kenali dan percayai.
  • Jangan jawab mesej daripada irang yang anda tidak kenal. Abaikan mereka atau lebih baik lagi..padam terus mesej itu.
Seseorang bertanyakan kata laluan saya. Apa yang perlu saya lakukan?
  • JANGAN SEKALI-KALI berikan kata laluan (password) anda. Jika anda telah berikan, tukarkannya dengan segera.
  • Gunakan gabungan huruf, nombor dan simbol sebagai kata laluan. Contohnya: $hu1F3Dd
  • Bank @ laman web TIDAK SEKALI-KALI menghantar & meminta pengesahan butiran log masuk melalui emel atau mesej yang lain.
Ibu bapa saya tidak mengetahui apa itu internet. Apa yang perlu saya lakukan?
  • Libatkan mereka dan ajar mereka tekniknya.
  • Tunjukkan mereka cara untuk membuka dan menggunakan akaun emel dan bagaimana Mesej Segera (Instant Message) berfungsi.
  • Lakukan carian mengenai hobi mereka dan tunjukkan mereka cara menggunakan Google.

PERISIAN KESELAMATAN INTERNET

Spyware/AdWare Remover
Spybot - Search & Destroy - http://www.safer-networking.org
Ad-Aware - http://www.lavasoftusa.com/

Firewall
Zonealarm - http://www.zonealarm.com

Anti -Virus
Avast - http://www.avast.com
AVG - http://free.grisoft.com/

Web Browser (Built-in Anti-Phishing Tool)
Mozilla Firefoz - http://www.mozilla.com/en-US/firefox/
MS Internet Explorer - http://www.microsoft.com/windows/products/wonfamily/ie/

Email (Built-in soam filter/Anti-Phishing Tool)
Mozilla Thunderbird - http://www.mozilla.com/en-US/thunderbird/

Anti Spam (for Outlook & Outlook Express)
http:www.spamfighter.com/

Sumber: (ISC)2 & CyberSecurity Malaysia


Maro said: "No matter where u are or what u do..remember Allah watching over u"..

Thursday, November 1, 2012

Kerajaan Kaji Semula Skim Gaji Penjawat Awam Mulai Tahun Depan

 
1.4 juta kakitangan awam dijangka terima kenaikan sehingga 5 peratus



Ayer Keroh: Kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan.

 
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat.

"Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
Katanya, laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang akan menamatkan penilaian pada 31 Disember ini akan turut diambil kira.

Nilai semula

“Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam negeri ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.

Pada majlis itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah merangkul Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT).

Kejayaan itu sekali gus melayakkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM300,000, trofi dan sijil penghargaan.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Datuk Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

Gambar Hiasan


CUEPACS sambut baik

Mengulas lanjut, Ali berkata, antara fokus utama dalam kajian itu adalah melihat semula skim kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan yang sudah mencapai tahap gaji terakhir mengikut kategori masing-masing.

“Kita akan melihat semula perkara itu termasuk mungkin menetapkan tempoh lebih panjang supaya gaji kakitangan akan terus naik.

“Jika mereka mencapai tempoh untuk kenaikan pangkat, ia akan lompat kepada gred lain dan kenaikkannya juga akan diteruskan lagi,” katanya.

Ali berkata, kerajaan berharap akan dapat mewujudkan formula skim gaji menang-menang bagi setiap kakitangan khususnya penjawat pelaksana yang meliputi 80 peratus daripada keseluruhan sektor itu.

“Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua kerana memahami kos sara hidup semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, ketika dihubungi berkata, pengumuman itu sudah pasti melegakan hati penjawat awam di negara ini.

“Kami menyambut baik cadangan KSN itu, tetapi masih berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan CUEPACS sebelum ini, khususnya berkaitan tangga gaji golongan itu mengikut tempoh kerja mereka,” katanya.


- Sumber: Berita Harian, 1/11/12



Maro said: "Gunakanlah sebaik-baiknya =)" 

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers