Konco - Konco

Tuesday, January 3, 2012

Survey handphone? : 10 telefon pintar terbaik sepanjang 2011.


Yeaa..bercakap pasal telefon skarang ni semua orang pakat pakai telefon canggih2 dooo. Kalo dulu pakai Nokia 3310 pun dah bangga bagai. Revolusi demi revolusi, teknologi ni xterkejar noo. Start ngan nada dering biase, berubah ke polifonik, pastu masuk la era mp3 dan macam2 lagi la. Terbaru...jenis kena sentuh2 gores2 kat skrin pulak daa.huuhu

Okeh. Tengah mencari enset ka? Pening kan. Banyak sangat model enset skarang sampai xtau nak pilih yang mana. Meh aku kongsi sikit berkenaan 10 Smartphone terbaik tahun 2011 ni. Tahun akan datang jangan pikir lagi. Konfem lagi hebat macam gaban.




Semestinya Samsung Galaxy Note berada di ranking pertama buat masa ini. Alaah selalu ada iklan kat talibesen tu. Terbaik lah!!. Model ni menggabungkan ciri2 tablet PC sebagai smartphone. Antara ciri menarik pasal model ini adalah multimedia player yang dipertingkatkan, kamera berkembar, stylus pen (dipanggil S) untuk buat lukisan dan juga sign dokumen secara digital serta mcm2 lagi la. Satu lagi info menarik pasai model ini adalah menggunakan android gingerbread OS yang membolehkan kita akses semua aplikasi terkini. huhu. 

Harga? Buat masa skarang, masih mahal tapi affordable. Hehe




Haa.. aku yakin ramai yang gile2kan produk epal ni kan. Kat opis aku memasing bangga menjadi pemilik gajet hebat ini. Tapi model ini boleh dikira berada ditempat kedua selepas model diatas berdasarkan kehebatannya. 

Model ni sebenarnya hampir sama ngan iPhone 4 tapi diupgrade sket aplikasinya. Menampilkan prestasi lebih pantas, mind-blowing multimedia features dan juga digabungkan dengan aplikasi Siri. Seperti versi sebelumnya model ni menggunakan OS. Antara terbaik apabila bleh bantu korang dalam urusan pengkomputeran. Haa satu lagi..ada 3G!!!. huhu

Info lanjut, try usya Apple iPhone 4S launch...Ayuh tgk model ketiga terbaik plak..layannn




Tu diaa..nama model ni kemain lagi. Macam power rangers lak aku membacanya. Satu2nya model Motorola yang tersenarai dalam top 10 kali ini.

Seperti kebiasaannya, Motorola suka buat enpon dgn reka bentuk yang ultra-nipis dan anggun (yang pasti byk kelebihan compare dgn smartphone lain dari segi reka bentuk). Menawarkan prestasi yang lebih pantas coz menggunakan processor 1.2GHz T1 OMAP 4430 dan Android 2.3.5 sebagai operating systemnya.

Apa yg menarik? Ok, model ni menggunakan paparan AMOLED. Tambah pulak terdapat sokongan 4G LTE Verizon yang pasti menghebatkan lagi model ini. Cuma satu je xbest pasal model ni...hayat baterinya yang pendek. Kena kerap cas la pastu...tukar. Hehe. 

Ok next please!






Haa..satu lagi produk Samsung. Selalu gak iklan kat talibesen. Alah! iklan ayam eram telur tu la. Bedo'oh kan? haha.. Tapi hakikatnya memang betol. Kualitinya terbaik.

Model ni menggunakan Android Gingerbread OS dan hadir bersama beberapa aplikasi teknikal yang superb dan menggabungkan mekanisme reka bentuk yang cun. Huhu. Tambah pulak, ia digabungkan dengan Touch Wiz 4.0. Tapi memana aplikasi and model pun ada power dan kelemahan memasing kan. Better try it. Aku pakai kembar dia je..Samsung Galaxy S Plus. huhu

Harga? affordable.. RM18++ (semasa post ini dipublish)






LG Prada 3.0! Huish nama... tengok designnye..lawo kan. FYI, model ini dianggap pesaing kepada iPhone 4S coz ada beberapa ciri2 yang dikatakan menyediakan interface yang iPhone 4S pun susah nak buat. Whoaa..

Sama seperti kebanyakan smartphone lain, ia menggunakan Android 2,3 Gingerbread dan mempunyai processor OMAP T1 4430 ditambah dengan ciri2 multimedia yang hebat. Tambah sket lagi, ia didatangi dengan kad memori 32GB slot. Nice!

Harga? stakat ni belum diumumkan.






Sony Erricsson. Aku pernah guna 2 jenis phone model ini. Aku suka Sony. Brand paling lama aku guna la. Haha. Skarang aku try Samsung. Bukan berubah arah...try citarasa baru plak :P

Okeh, sama macam korang survey PC or laptop jugak. Seller akan tanya nak spec mcmana, utk graphic ke..untuk game ke..dan mcm2 lagi lah. So model ini direka ekslusif untuk kaki2 game. Lihat gambar tu, ia didatangkan bersama joy-pad controls macam PlayStation Portable (PSP). Fuyyo!! Yang pasti konsol video game ini memang terbaiklah untuk main game.

Apa lagi yg menarik? semestinya LCD yang dilengkapi LED yang menjamin pengalaman permainan sebenar melalui model ini. Sikit lagi, jangka hayat bateri juga adalah agak baik.

Erm....masih keliru? cetengok model seterusnya..




Dulu kalo x Blackberry...iPhone. Kalo x iPhone..blackberry kan. Haa model ini merupakan antara model terbaik dan terlatest keluaran 'beri hitam' neh. Model ini digabungkan dengan teknologi smartphone terkini bersama opsyen2 yang mesra pelanggan.

Selain itu, ia juga digabungkan dengan OS Blackberry 7 dan menggunakan processor Snapdragon 1.3 GHz. So, buat masa sekarang, model ini adalah model tercanggih berbanding model Blackberry lain.





Berada dirangking 10 enset terbaik adalah... HTC Radar. Dilengkapi 2G, 3G, casing Gorilla Glass, 8GB memori dalaman, kamera dengan Geo-Tagging dan juga sensor. Erm,,boleh tahan bukan..

Selain tu, model ini juga menggunakan Windows Mango OS dan backup bateri yang boleh dikategorikan sebagai above average. Harga? masih mahal tapi boleh try nego ngn tokei kedai tu. Mana tau kot2 dapat. hehehe.

Tapi xpe, try tengok model seterusnya..





HTC lagi! Kali ini HTC Rhyme. Seperti HTC Radar, model ini jugak ada 2G dan 3G. Skrin pun best ditambah dengan external memory (memory expension) sehingga 32 GB bebb. Ciri2 internet juga bagus dan yg paling penting adalah processor grafik yang berasingan iaitu Adreno 205. Maknanya...ia amat sesuai untuk sesapa yang minat ngan graphic editing neh.

Bateri? biase2 aje. Harga? macam HTC Radar, agak mahal sket buat masa sekarang. Boleh try kalo berminat.





Hurm.. last model. Mungkin ini model terbaik Nokia yg pernah dikeluarkan. Buktinya Lumia 800 ini dapat sambutan amat menggalakkan walaupun semasa ia belum dikeluarkan semasa pre-bookings.

Apsal hebat sangat ek? Ohoo..yang pasti model ini menggunakan Windows Mango OS yang mana dilengkapi processor 1.4GHz. Selain itu, ia ringan! Thats it.


Haa..amacam dah buat pilihan? rambang mata kan. Semua ini top 10 untuk tahun 2011 aje ok. Jangan kata untuk tahun 2012. Dah tentu la akan kluar lagi hebat. Dah nama teknologi. Tak terkejor yop. Hehe. So pilihlah yang terbaik untuk anda.


Maro says:"Enset skg lebih mahal dari motor aku kat umah. Huhu"

10 comments:

  1. phone paten yg aku pakai skrang x de ke..curigaaa

    ReplyDelete
  2. huhu...ada2,
    try skrol mouse ko kebawah..ranking no 4677 kalo xsilap. huhu.

    ReplyDelete
  3. saya pkai 3310 je..xpe syukur..

    -saya

    ReplyDelete
  4. huhu..syukur. saya pun pakai model tu gak dulu.
    Lepas SPM baru merasa. Itupun adiah SPM yg kakak bagi.huhu. syukur gak

    ReplyDelete
  5. Samsung I9300 Galaxy S III okay tak? berapa harganya?

    ReplyDelete
  6. Anon,

    Samsung Galaxy S3 adalah model terbaru. Masih belum dikeluarkan masa entri ini dibuat. For sure terdapat penambaikan dan new features yg xde dalam keluaran sebelumnya. Ada member da pakai n ok katanya. Harga dalam Malaysia antara RM2100 - 2200 utk ori dan AP

    http://www.gsmarena.com/samsung_i9300_galaxy_s_iii-4238.php

    ReplyDelete
  7. Brand tu elok jugak sebanarnya. Malah xsilap Torch 9800 pernah diiktiraf/memenangi "2010 Reader's Choice Award". So ia smartphone terbaik utk 2010.

    Ramai jugak yang xstuju dengan kemenangan tu sebab mereka yang tidak setuju menganggap Torch memiliki kekurangan dalam hal HD video recording dan CPU speed, jika dibanding BlackBerry sebelumnya.

    ReplyDelete
  8. Tengku Nazem,

    Lupa nk quote, award tadi based on research done by Majalah LapTop (http://www.laptopmag.com)

    ReplyDelete

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers