Konco - Konco

Monday, December 30, 2013

Perbezaan 2013 dan 2014


Aku rasa macam baru je masuk 2013.
Pejam celik, pejam celik. Duduk bangun 
Tup..Tup. lusa dah nak masuk tahun 2014.

Allahuakbar! cepatnya masa berlalu.
Paling aku sedih bila memikirnya apakah dan sebanyak manakah benda2 bermanfaat yang aku dah buat sepanjang tahun 2013?
Dan berapa banyakkah dosa dan silap aku sepanjang 2013?
Ruginya bila pikir balik.

So apa beza 2013 dan 2014 untuk aku dan semua?
Banyak sangat! Semua akan jadi berbeza terutamanya UMUR dan JANGKA HAYAT


Maro said: "Saat yang berlalu takkan dapat berulang. Baik yang kita tinggal, baiklah ia. Andai buruk yang kita tinggal, itulah hasilnya. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Masya Allah"

Friday, December 27, 2013

IPv6


Apakah itu IPv6

IPv6 ialah Internet Protocol version 6 yang diwujudkan bagi menggantikan protokol sedia ada iaitu IPv4 selain menjadi inisiatif untuk menaiktaraf internet secara keseluruhan.

Tujuan utama IPv6 diperkenalkan adlah untuk menangani masalah kehausan alamat IPv4 yang sering dihadapi sekarang.

  • Alamat IPv4 bersaiz 32 bit manakala IPV6 bersaiz 128 bit;
  • Dengan IPv6, internet mampu berkembang menjadi lebih besar (berjuta kali ganda) berdasarkan saiz, pengguna, peranti dan objek yang bersambung dengannya.
  • Ciri IPv6 yang memperkenalkan 'extension headers' telah memberikan keupayaan pada protokol tersebut untuk melakukan pemprosesan yang lebih berkesan;
  • IPv6 menyokong Quality of Service (QoS) yang memberikan pengendalian istimewa bagi sesetengah jenis paket;
  • Penggunaan Internet Protocol Security (IPsec) dalam IPv6 dapat meningkatkan ciri keselamatan

Kelebihan IPv6.

Keupayaan protokol IPv6 memberikan alamat IP (IP Address) yang lebih besar seterusnya membolehkan internet berkembang dengan lebih besar dan pesat untuk menampung keperluan semsa dan akan datang.

Maro said: "Tak ada kaitan dengan cerita IP Man"

Wednesday, December 18, 2013

Permohonan BR1M 2014 Dibuka 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2013


Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka bermula pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi tetapi dikehendaki mengemaskini maklumat peribadi seperti berikut:
  1. Alamat Tempat Tinggal
  2. Maklumat Anggota Keluarga
  3. Akaun Bank
Bagi pemohon baru, pendaftaran secara online atau manual (mengisi Borang Permohonan BR1M 2014) bermula pada 23 Disember 2013 dan berakhir pada 31 Januari 2014.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau muat turun melalui laman web LHDNM seperti pautan di bawah


Berbanding BR1M sebelumnya, BR1M 2014 telah ditambah baik. Antaranya:
  • Kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah;
  • Nilai bantuan ditingkatkan daripada RM500 kepada RM650;
  • Kategori bantuan juga telah diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM3,001 dan RM4,000 sebulan dengan jumlah bantuan sebanyak RM450;
  • Caruman i-BR1M bernilai RM50 telah diperkenalkan kepada penerima isi rumah BR1M dengan jumlah perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal;
  • Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas akan menerima kenaikan jumlah BR1M iaitu daripada RM500 kepada RM650;
  • Kategori bujang (21 Tahun dan Ke Atas) dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 akan diberi bantuan sebanyak RM300 berbanding RM250 dalam BR1M sebelumnya.
Maklumat lanjut boleh berhubung talian hotline 1-800-88-2716 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat bermula 23 Disember 2013.


Maro said: "Semoga setiap usaha kita diberkatiNya. In sha Allah"

Monday, December 16, 2013

Amalan Selamat Apabila Menggunakan Smart Phone.


Post kali ini sekadar berkongsi 9 tips selamat apabila menggunakan smartphone.

  1. Memasang nombor PIN dan katalaluan pada telefon pintar;
  2. Tidak melakukan sebarang pengubahsuaian terhadap konfigurasi ciri keselamatan smartphone;
  3. Pastikan hanya memuat turun aplikasi mobile dari sumber yang dipercayai. Kita seharusnya melakukan semakan dan mengkaji terlebih dahulu untuk memastikan aplikasi tersebut adalah dari sumber yang betul;
  4. Semak dan faham "app permission" yang diperlukan sebelum memasang mana-mana aplikasi mobile;
  5. Sentiasa update dan patch telefon dari sumber yang dipercayai;
  6. Sentiasa berwaspada dalam menggunakan kemudahan Wi-Fi di tempat awam bagi mengelakkan session hijacking dan serangan Man-in-the Middle (Digalakkan menggunakan encrypted VPN bagi akses Public Wi-Fi)... Masih mengharap WiFi free???
  7. Laksanakan data wipe sebelum menukar dan menjual smartphone anda untuk mengelakkan maklumat sulit bocor kepada pihak ketiga. Nak2 yang banyak video 'pelik-pelik'. Haha
  8. Laporkan kehilangan smartphone (kod IMEI) kepada syarikat telekomunikasi; dan
  9. Pasang aplikasi antivirus yang sah untuk mengimbas aplikasi yang telah atau akan dimuat turun ke dalam smartphone anda.

Maro said: "No matter where you are or what you do, remember..Allah is watching over you"

Transaksi Teknologi Near Field Communication (NFC)

Handphone zaman sekarang dikatakan sebagai teman paling akrab, teman setia dan sentiasa bersama kita sepanjang masa. Ia mampu menjadi medium transaksi pembayaran menerusi teknologi Near Field Communication (NFC).

Bayangkan, mudahnya hidup kita kalau boleh beli barang atau gunakan servis dengan membayar menggunakan handphone. Wallet kita tak perlu lagi membonjol sebab penuh duit dan kad, tapi dengan hanya sebuah handphone, kita mampu bayar segalanya. In fact, pelanggan juga tak perlu bersemuka dengan peniaga atau jurujual.

Bunyinya macam dunia berbeza. Dunia tanpa cash!

Walaupun ia mungkin masih jauh untuk dikecapi secara sepenuhnya, namun ia tidak mustahil. Melalui teknologi wireless sekarang, Near Field Communication (NFC), semua traksaksi seperti itu dapat dilakukan. Untuk makluman, teknologi ini telahpun berjaya dipraktikkan di beberapa negara di dunia seperti Jepun.

Beroperasi dengan kerjasama tiga pihak iaitu bank, syarikat telekomunikasi mudah alih dan peruncit atau penyedia pengangkutan awam. Syarikat telekomunikasi  NTT DoCoMo di Jepun telah merealisasikan pembayaran debit atau kredit di kedai mahupun di dalam teksi.

Ia dilakukan dengan handphone berteknologi NFC yang diimbas pada reader. Apa itu NFC sebenarnya?

  • NFC ialah teknologi  wireless jarak pendek yang membolehkan komunikasi antara peranti pada jarak kurang daripada 10cm.
  • Beroperasi pada kadar 13.56 MHz dan boleh beroperasi sama ada secara aktif iaitu menggunakan bateri atau secara pasif (menggunakan tenaga radio).
  • Dikatakan boleh membantu mempercepatkan transaksi dalam menerima dan berkongsi data serta membuat pembayaran dengan pantas dan selamat.

NFC boleh beroperasi dengan tiga (3) mod iaitu:

  • Mod Pertama : MOD KAD EMULASI - Peranti handphone sendiri bertindak seperti kad pintar tanpa bersemuka untuk pembayaran tiket pengangkutan awam berasaskan MiFare atau pembayaran perbankan sistem Visa payWave, MasterCard PayPass atau American Express ExpressPay.
  • Mod Kedua : MOD PEMBACA - Peranti NFC mampu membaca tag identifikasi frekuensi radio (RFID) pasif seperti membaca atau menyimpan maklumat pada poster dan sebagainya.
  • Mod Ketiga : Menemukan dua (2) peranti NFC untuk pemindahan maklumat seperti Bluetooth.
Penglibatan syarikat pembuatan handphone dalam menghasilkan handphone berteknologi NFC juga dapat menyemarakkan lagi penggunaan teknologi ini. Selain memasukkan cip NFC ke dalam handphone, terdapat juga usaha untuk menghasilkan handphone berteknologi NFC berasaskan kad SIM.

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers