Konco - Konco

Tuesday, December 21, 2010

The Beauty Of Bureaucracy



Bureaucracy
!.


A term that raises uncomfortable situations. Everyone has been aware of bureaucracy and is often associated with the government. Quite painful.

There is no an 'end' with bureaucracy. Since I first entered the field work of this government, I often face problems simply because of the bureaucracy. I've to wait until 4 to 5 days just to get the graffiti of signatures. Then, at the end...I'll be blamed.

Sometimes I was also thinking of leaving the service. Not because I don't have the potential and capability in carrying out the instructions given, but because of bureaucracy. But don't worry .. I'll keep trying to face it to ensure that my life objectives will be achieved and I'm able to serve for the sake of nation, religion and country.

Changes are needed along with the times. The present generation should think about improving the service phase. We are no longer located in the old notch, but in modern times that requires us to be more productive and efficient in ensuring the best services. Bureaucracy is great ... as long as it doesn't inconvenience everyone and do not neglect the proper assistance.

Think about it.


Maro says: " Got headache when thinking about the uncertainties in my life'..aduyai!!!

Tuesday, December 14, 2010

"Its good to shut up sometimes".

"its good to shut up sometimes"..

This quote is hilarious to me..Haha
..
But its serious!, though it is good to shut up sometimes. Often we're too quick to react or reply in anger or upset. Often we say things we later regret...things that hurt other people. I've learned that sometimes shutting up, pondering things and cooling down is teh best way to go. Trust me!!

Another words..

"When doing becomes infused with the timeless quality of Being, that is the success".

Hurm...what can i say?? Keep thinking....

Ok.. being lost in ur mind, or being ego-oriented has to do with being attached to forms...things...circumstances. Somehow being lost in BEING has to do with being aware that what you are is consciousness. It has to do with being present in the moment, not tied to external things, not focused solely on the doing and striving for success in outward things. Doing comes from BEING. Its infused with BEING..

da answer is...that's SUKSES!!!


Maro says: "Remember, u're braver than u believe, stronger that u seem and smarter than u think"..

Thursday, December 9, 2010

Hijrah & Pengorbanan

Salam Maal Hijrah kuucapkan buat semua. Didoakan semuga hidup ini dilimpahkan rahmat dan barakah dan semoga kisah penghijrahan Nabi Allah Muhamad S.A.W akan menjadi tauladan dan ikutan kita semua. InsyaAllah.

Ingat masa sekolah rendah dulu, tiap2 kali sambutan Maal Hijrah kami akan nyanyi lagu Hijrah. Hijrah itu pengorbanan! Hijrah itu perjuangan! Hijrah itu persaudaraan! Hijrah membentuk perpaduan! (PENGORBANAN + PERJUANGAN + PERSAUDARAAN = PERPADUAN). Suatu lirik yang membawa seribu maksud dan sejuta pengertian. Bagi sesetengah pihak, ia sekadar menjadi siulan dibibir takkala ada pihak yang menghayati erti disebaliknya. Aku?

Bila berbicara soal PENGORBANAN. Korban! Sacrifice! Mengalah! Bantu! Lepaskan! Kos Lepas!. Huh..juga memiliki pelbagai andaian n pengertian. Sanggup ke kita berkorban? Secara skemanya demi bangsa, agama dan negara? Tapi kalau secara peribadi, sanggup ke kita berkorban untuk memastikan orang sekeliling kita bahagia? Juga untuk pastikan matlamat kita menjadi nyata...sedangkan pada ketika kita memiliki pilihan berganda-ganda...

Itulah permasalahannya. HIJRAH means berubah dari satu keadaan baik kepada keadaan yang bertambah baik. Tapi satu2 ketika, aku agak susah untuk melakukan perubahan. Aku suka dan aku sayang cara dan kehidupan yang sedia ada. Kesudahannya bila akan aku capai matlamat yang telah sekian lama aku sematkan dalam hati aku ini.

No LiFe! Haha (tetibe aku ketawa). No LiFe!. Satu ungkapan untuk aku disaat ini. Tuntutan kerjaya memerlukan untuk aku lupakan kehidupan lama aku. Kerjaya yang telah aku jangka berkeadaannya begini. Tapi inilah yang mengingatkan aku soal HIJRAH. Soal BERUBAH. Soal BERKORBAN. Tidak sebegitu mudah untuk berhijrah. Tersalah pilihan terlepas semua. Apa aku merapik ni???....


Maro says: "Satu Muharram detik permulaan...Life must Go oN"

Tuesday, October 26, 2010

Demi Masa

Pejam celik pejam celik dah hampir 9 bulan aku berkhidmat di Kementerian Kewangan. Kadang2 aku terpikir jugak, ape dah aku buat (sebab terlalu cepat masa berlalu).

Tapi kalau direkodkan (masuk filing system plak), dah memacam benda telah terjadi sepanjang tempoh ini. Apa yang pasti, aku kini berkhidmat di Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kompetensi yang mana bossnye sentiasa bersilih ganti. Bermula aku masuk unit ini sampai hari ini sudah 3 boss aku kenal. Dan yang paling mutakhir, my current boss akan tukar ke MOF Sarawak bemula 1 November 2010. Aduyai..

Banyak lagi 'hutang' kerja yang perlu diimplimentasikan tp boss plak nak tukar. Kebetulan pada masa yang sama, seorang lagi pegawai (sama level ngan aku) akan ke DPA selama 6 bulan. So tempat kosong boss n pegawai berkenaan akan ditanggung oleh satu2nya pegawai yg tinggal. OMG!... (tetibe speechless)..habis setakat ni..

Selaras dengan peredaran masa yang makin pantas ini (fuh! bahasa surat sgt..), umur pun kian meningkat. Sepatutnya aku dah stable kan kehidupan aku tp setakat ini masih lagi belum stable baik dari segi kewangan dan mcm2 lagi la. Soalan yang sama makin kerap dipersoalkan..haha (mesti semua leh teka soalan apa). Tp buat masa ni aku malas jawab lagi persoalan2 tersebut. Peace!

Masalah! Manusia rasanya xleh lari dari masalah (melainkan mereka mempunyai 'masalah'). Aku? sentiasa menghadapi masalah. Kekadang simple..kekadang macam raksasa (iklan Jalur Lebar). Nak kata aku kuat tak juga sebab kekadang masalah2 neh totally make me down. Tapi aku masih bersyukur kerna sehingga saat dan detik ini, walau macam2 masalah yg timbul dan aku hadapi...semua aku leh gamble kan semuanya. Cuma bercakap mengenai 'outcome' aje yang kurang sedap untuk didengar. Iyalah kalau nama pun 'gamble' kan so it seems like try n error la. Nasib aku baik..xpa la. Kalau nasib xbaik?....Nauzubillah..

Apa2 pun aku tanak banyak cakap n banyak pikir. Kata orang diam itu lebih baik dari berkata2 (kalau kata2 itu ntahpape). Sekarang adalah masa untuk aku dapat..analisa..bertindak!. Hasilnya aku kena terima dengan hati terbuka. Mudah mudahan segala urusanku dipermudahkanNya. Amin.


Maro says: "Bukan mudah nak mudah n bukan susah nak susah. Apa yang penting..tindakan berlandaskan fikiran:)"

Friday, September 3, 2010

Salam Lebaran 1431H

Pejam celik..pejam celik dah hampir sebulan kita berpuasa kan.
Kejap sgt masa berlalu. Kalo boleh dihitung, berapa kerat sgtlah amal ibadah yg telah aku buat sepanjang bulan Ramadhan yg penuh barakah ni. Allahuakbar..

Bukan sekadar alasan lah tp sejak keje ni aku letih sgt. Cita2 aku masa memula start puasa adalah aku nak penuhkan solat terawih aku tahun ni (semangat!). Tp xpenuh2 jugak. Huk3. Tp xpe, yg pasti aku hanya tinggal beberapa hari saje. (Itu pun time aku drive balik kampung aritu). Erm..ada lagi 5 hari puasa..InsyaAllah akan kucube yang terbaik bagi menghabiskan baki2 bulan mulia ini.

Raya?
SALAM LEBARAN buat semua. Disini inginku ambil kesempatan untuk memohon sejuta kemaafan, maaf zahir dan batin buat ma, abah, ahli keluargaku, serta semua kawan2 n sahabatku di atas segala salah silap yang telah aku lakukan. Tak kiralah sama ada besar @ kecik, sedar @ xsedar dan sama ada aku memang sengaja @ xsengaja. Aku mintak ampun maaf buat semua terutama sekali sahabat aku.

PERSIAPAN RAYA
Korang semua dah setel ke semua urusan bagi menyambut lebaran nanti. Ecececeh..kemain lagi (raya je kemain, time pose?). Tahun ni aku xde buat pape. Tak cukup bajet. Huk3. Just imagine, gaji baru masuk 7 hari tapi aku kena bayar itu ini..last2 tggal berapa hingget je duit aku. Huk3
So plan asal aku time raya ni nak buat itu ini, nak kesana kesini...terpaksalah aku pikirkan balik. mau taknye..duit tinggal seciput neh..sempat ke aku nak tggu next gaji (arini baru 3 Sep 2010). Aduyai...caner neh???

Nak kata aku boros or beli benda tanpa tujuan rasanya tidak! sebab?
Sebab duit yang aku kata dah dibelanjakan tadi hanya termasuk (PTPTN, Credit Card, Installment Kereta, Servis Kereta) sahaja. Haa..mana ada beli benda utk raya lagi...

so? raya tahun ni? sendiri tanggung la. huhu..
Tp xpe..hari mulia perlu disambut dengan hati yg gembira. Hari kemenangan bagi semua umat Islam setelah sebulan mengharungi bulan Ramadhan. Ayuh sama2 kita meraikannya..

Maro says:" Moga semua selamat sepanjang perjalanan nanti..Amin.."

Tuesday, August 17, 2010

Current AMAR :)


Salam Ramadhan semua,
Takde pape pun just nk masukkan info terbaru mengenai AMAR ZAFRAN..
Pada Januari lepas, aku pernah postkan gambar baby ni masa baru lahir dan kini dah masuk bulan Ogos..baby tu dah besar dah.

Geram aku ngn budak kecik ni. huhu. Ku doakan semoga AMAR sentiasa sihat dan menjadi anak soleh serta berjaya dunia akhirat. Amin.


Maro says: "Sayangilah anugerah Tuhan. Tak semua yg inginkan anak, dapat anak. Didiklah mereka sebaiknya moga menjadi kebanggaan kita semua kelak".

Tuesday, August 10, 2010

Fadhilat Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


Maro says: "Ayuh sahabat-sahabatku kita pertingkatkan amal ibadat di bulan yang mulia ini. Semoga dilimpahkan rahmat olehNya"

Saturday, August 7, 2010

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum.

Huhu da lama aku xbukak blog aku neh. Maklumlar..idup aku sejak akhir2 ini sooooo hectic. Sampaikan masa aku tido pun xcukup. Aduyai..

Arini Sabtu..aku cuti so aku amik masa jap untuk bukak blog aku neh. Kalo ikutkan aku plan nk post utk setiap bulan so kalo korang tgk balik...da brapa bulan aku miss kan. Huhu.
Sebenarnya aku xde pape nk bicarakan pun. Otak tengah mamai cz aku baru je bangun. (Lepas geram time keje xleh tido lame).

Erm...nak tulis pasal hape ek? Masa? Wang? Kawan? Keluarga? Ramadhan???? haa ulas isu Ramadhan sket.

Kejap je masa berlalu. Tup! Tup! Ramadhan kini hampir kembali. Masih lagi aku ingat doa aku masa 1 Syawal tahun lepas. Aku mintak dipanjangkan umur semoga dapat lagi bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Kini ia hampr menjelma dan arap2 aku dan semua diberi kesempatan untuk terus merasainya. Amin..

Sudahkah aku bersedia untuk bulan Ramadhan ni? Erm..suatu yg kurang best utk aku pikirkan. Kalau sebelum ni aku boleh berbuka puasa sama2 keluarga. Sama2 sahabat. Sama2 rakan. Skg aku dah keje. 6.30pagi aku dah gerak ke opis then dekat2 puko 8malam (kalau awal) baru aku sampai umah. So kat mana aku nak bukak puasa? Mesti dalam keta. Huk3 bapak sedey dowh kalo camni. Terawih pulak?? huhu..biase time aku sampai umah, sofa depan 'talibesen' umahku lah yg jadi sasaran. Terlena seketika..huhu (alasan utk xg terawih la ni kot...)

Bulan Ramadhan biase akan beri aku feel yg sungguh bermakna. Mungkin kerna ia bulan yg penuh dengan rahmat. Penghulu bulan katakan. Biase aku suke sangat time bulan puasa.Tak tau nak cakap caner tp memang rasa something. Rasa tenang, damai n mcm2 lagi la. Tp aku risau jgk kalo2 style idup aku skg xdapat nk rasa semua tu.

Tp xpe la., kekadang life must be change! Akan ku cube sesuaikan idup baru aku neh. Apa yang pasti Ramadhan Al Mubarak sentiasa kutunggu...InsyaAllah kalo xde halangan, akan ku cuba cukupkan Terawih aku tahun ni (yang mana xpenah2 cukup pada tahun sebelumnya). Aku cuba, insyaAllah!!

Ayuh kita semua petingkatkan amalan sepanjang bulan yang mulia ini. Mudahan diberikan kerahmatan dan kesejahteraan oleh Yang Maha Kuasa. Amin..

Tuesday, May 25, 2010

Berkampung di Concorde Inn, KLIA Sepang

Bermula 24 Mei until 26 Mei 2010, aku dan sebilangan pegawai dan kakitangan MOF telah berkampung di Concorde Inn, KLIA Sepang bagi mengikuti BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN MS ISO 9001:2008.

Pagi 24 Mei tu aku still masuk my office, settle all the things yg masih belum disetelkan. Baru semalam aku sampai dari Melaka (Family Day Unit 2 di Melaka selama 2 hari). Aduh penat tol badan aku. Hari ni plak kena masuk office then ptg plak kena dtg bengkel.

Aku bersama2 sorang staff aku gerak ke Concorde Inn dalam 3.30pm then sampai area pukul 4.15pm. Alah dekat sangat. Lepas check in, masing2 gerak ke bilik yg disediakan. Kat situ baru aku realize bertapa byknye kelebihan diberikan for those yg berstatus 'pegawai kerajaan'. Aku ingatkan akan ditempatkan sama2 ngn staff aku tu tp tidak. Dia dapat bilik lain (biase sket la dari aku) while aku dapat DELUXE punye bilik n sorang2. Aku buat2 lar tanya member aku.."sapa duk dengan aku ek?''..dia jawab ape..."Bengong ko..ko pegawai mesti la duduk sorang2..special sket, xkan nk bagi sama ngn orang bawah"..

owh! macam tu ke? (aku baru tau). Maklumlah aku baru saje bergelar 'pegawai'. Mungkin bagi sesetengah org, benda ni cukup best kan. Tapi bagi aku..kelebihan ini kadang2 menjadikan aku kesepian..keseorangan..kefedapan...dan mungkin kerisauan..Haha. Maklum lar duk sorang2 bhai. Tapi apa2 pun aku berterima kasih diatas semua ini. Aku cuma luahkan ketidak selesaan disituasi begini. Bilik memang 'superb' la. Aku leh wat ape saje..Haha.Tp mcm membazir plak. Kalo masing2 duduk 2 org sebilik tak ke bleh jimatkan sket kos?. Haaa...

Tapi xpe lah. Rezeki Allah jugak ni dengan segala usaha n penat lelah 'pegawai'2 selama ini di alam universiti. Usaha2 'pegawai' ini melayakkan mereka untuk menikmati semua ni. 'Worth it!' bak kata org Puteh. Aku? aku masih baru n telalu cepat aku menikmati kelebihan sebegini. Tapi xpe, aku adalah aku n aku tetap menjadi aku. Seorang budak kampung yang x akan lupa asal usul ku walau ditahap mana pun aku berada.


Maro says: "Aku org atas n ko org bawah...tp kita tetap sama. Ko hormat aku..aku hormat ko. Deal!"

Monday, May 17, 2010

Haha ada jugak manusia mcm ni...

Tengok pd tajuk post aku tu mesti sume pakat tertanya2 hapakehal la yek..
Dalam aku menaip saat ni...aku tergelak sorang2..
kenapa???
sebab...ada jugak manusia mcm ni sekarang..hahaha

xde menda menarik sgt pun just kisah sorang budak ni (aku gelar dia UNTA).
UNTA??? sebab apa??...sebab dia jenis idup sorang2 dia jek. Xmasuk ngn org. Bak UNTA di padang pasir lar..huhu.

Aku malas statekan nama betul beliau tp kalau UNTA tu sedang membaca post ni sekarang..
selamat membaca la n aku arap ko sedar lar yg aku tgh citer pasal ko skg.

sebab lain aku panggil ko UNTA:
* Ko xkawan ngn manusia n hanya bergaul ngn spesis ko
* Ko happy idup di padang pasir
* Tanpa segan ko boleh ckp ni beras aku beli...hahaha (ni yg aku nk tergelak..Rasa mcm aku gaduh ngn budak2 masa kecik dulu)..kah3
* Kalo ada org... ko masuk bilik
* Kalo xde org... ko masuk bilik (ko watpe sukati ko la).

Aku nak tanya...ko orang ke UNTA sebenarnya...
Bleh plak ko survive kat bumi Malaysia ek...

hehe..byk lak aku melalut. Xde marah sesapa just terpikir nak cerita satu kisah bertajuk UNTA.

Maro says: "Berkawan biar seribu..bermusuh kita jauhi".

Tuesday, May 4, 2010

Akhirnya..

Akhirnya!!!
Usaha kami berbaloi. Congratz to all da PSM performers in Malam Karaoke & Persembahan BSWP pada 25 Mac 2010 yg lalu.
Segala penat lelah aku n kawan2 training selama kira2 dua minggu..kena marah..kena "toture" dan macam2 lagi la...finally kami dinobatkan selaku JUARA pada malam tersebut. Alhamdulillah..

Congratz Am, Khairul, Fazli, Zul, Zaidi, Kak Ila, Kak Seri, Kak Tie, Wanie, Miza, Nisa, Shafirul, Zamrie, Ayub, Anip, Man, Zain, Fuad, Daniel dan semua sekali lah yg telah terlibat secara langsung @ tak langsung dalam menjayakan persembahan tersebut. Tapi tak lupa kepada Epul..(our choreographer..hehe).

Tapi kejuaraan itu bagiku tidaklah setanding dengan best2 moment time kami semua training. Sama2 turun training sampai ke malam mendekatkan aku dengan semua warga PSM. Bukan aku xjumpa mereka di ofis tp moment2 ini cukup untuk mengeratkan ikatan antara kami semua. So bagi aku...sapa yg xjoin persembahan ini memang rugi la.

Habis pertandingan..kehidupan kami kembali menjadi formal. Masing2 sibuk dengan tugas hakiki sendiri. Tiada lagi time nak turun bawah. Tiada lagi time nak angkat barang. Aku rindu detik2 itu..huk3. (padahal nak skip keje..huhu)

Tapi apa2pun...next year ada lagi. Yang lepas biar ia berlalu tapi yang pasti PSM adalah JUARA untuk kali kedua berturut2. Syabbas bette!!!!


Maro says: "Jangan menyerah sebelum berjuang. Jangan disangka diam ubi tidak berguna. Paling bez time training...gelak ramai2. Xde 'encik2'...tp balik ofis kembali formal..huhu".

Sunday, April 25, 2010

Buat Renungan Bersama




Bila seronok, aku cari...pasanganku

Bila sedih, aku cari...Mak Abah
Bila berjaya, aku ceritakan pada...pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada...Mak Abah
Bila bahagia, aku peluk erat...pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat...Emak dan Ayahku
Bila nak bercuti, aku bawa...pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah...Mak Abah
Bila sambut valentine..Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut Hari Ibu...Aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"..."Selamat hari Bapa"..

Selalu...aku ingat pasanganku
Selalu...Mak Abah ingat kat aku
Bila-bila..aku akan telipon pasanganku
entah bila...aku nak talipon Mak Abah
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila...aku nak belikan hadiah untuk Mak Abah

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak Abah?
Mak Abah bukan nak banyak...lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya...

Tapi kalau Mak Abah sudah tiada...
MAKKKK ABAHHH...RINDU MAK..RINDU ABAH...RINDU SANGAT...

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibubapanya...
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibubapanya...
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibubapanya...
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibubapanya...
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan kudis ibubapanya...
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibubapanya...

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibubapanya...



Maro says: "Ya Allah, lanjutkanlah usia kedua2 ibubapaku, Berikanlah kesihatan buat mereka..Sayangilah kedua2 ibubapa kita selagi mereka masih ada..Tanpa mereka , siapalah kita.."

Thursday, April 22, 2010

Aku Letih!

Aku letih!
Satu ungkapan yg sememangnya amat sesuai ngn aku skg. Macam ni la hari2.
Rutin hidup aku totally changed. Kalau dulu aku leh bangun solat subuh then tdo balik.. Sebab kelas aku hanya bermula 6pm. Tapi sejak aku masuk ke alam pekerjaan skg..Turun rumah untuk ke opis pukul 6.30pg (masih gelap) then aku sampai semula kat rumah pukul 10mlm or 12mlm (telah gelap).

Aku letih!
Biase sampai rumah ikut pale otak aku.. mau aku tido terus je. Tapi xleh..aku ingat tanggungjawab aku. Mandi...solat dulu...then aku buat lah agenda yg seterusnya. Biasanya aku xtdo....bukak PC.
Aduyai..mata2 aku betol2 ngantuk skg. Rasa xleh nak celik. Dalam kereta tadi pun aku terlelap beberapa kali. Astagfirullah..

Aku letih...
aku rindu life aku yg dulu.. Life yg rilex dan menyenangkan. Rindu sahabat aku, kawan2 aku.. Ma abah n famili aku kat rumah apatah lagi.. Miss u all. Tapi...aku letih!!


Maro says: "Syukurlah dengan kehidupan anda sekarang. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara".

Saturday, April 3, 2010

Ganu Kiteeee

Aduh sakit betol badan aku..baru sampai dari Kemaman, Terengganu.
Apa2 pun alhamdulillah semua selamat sampai ke destinasi. Amin..

Sepanjang 29 Mac 2010 hingga 2 April 2010 aku telah mengikuti Kursus Induksi Khas Pegawai Tadbir & Diplomatik di INTAN Terengganu. 28 Mac 2010 aku sama2 kawan2 dari MOF gerak ke destinasi dan kami sampai dalam pukul 6.30 petang. Sesudah check in, aku masuk bilik. Wah!! tengok dari luar nampak biase tp masuk dalam....pergh!!! macam hotel.

Since esok program sebenar bermula so malam ni schedule kami free lah. Sesudah aku amik kawan aku di airport Kuantan..kami ramai2 keluar dinner di bandar Kemaman. Lapar beb! Dari pagi aku xmakan..Huhu..

Esoknya..sesi lapor diri kami dikejutkan oleh rule2 Mr. Taqiyuddin. Ramai gak la yg kena balik bilik. Apsal?? Rambut panjang, misai janggut xcukur, kasut xbertali.. adus macam2 la. Tapi alhamdulillah aku LULUS..haha..Tapi sian tgk sesape yg kena halau coz xLULUS. Lepas semua daftar...sesi kursus kami bermula sampai lah 2 April 2010. Lamenye....

Sepanjang kursus ni mcm2 hal lar yg berlaku. Kena guling..kena jadi biawak..dan macam2 lagi termasuk menjadi "kura2 gembira"..hahaha. Dalam kami tertekan dgn semua tu aku siap keluar air mata dek kerana gelak yg keterlaluan..Haha. Baru hari pertama, semua peserta aku lihat jalan mengangkang. Kah3 lawak betol. Si laki segak berkemeja dan si perempuan anggun berkebaya tapi...cara berjalan memang xleh blah..Tapi bagi aku kursus ni banyak beri aku important knowledge yg mana boleh aku praktikkan dalam urusan kerja aku nanti. Bagus2..

Kat sini jugak aku dapat kenal lagi ramai pegawai dari pelbagai Kementerian and Jabatan. Bagus jgk utk aku wat kerja nanti. Kalau sebelum ni aku xberapa ingat sgt kementerian Malaysia neh so skg sekurang2nye byk gak la yg aku update..Hehe..MOT? KPKT? KKM? semua pakat guna singkatan jek.. Aku? Aku cakap "im from MOF"..Echeche...bangga sioot..

Malam last kami disana kami diberikan task utk melaksanakan satu malam persembahan. Semua urusan dari aspek jemputan VIP sampailah sekecil2 tugas kami kena handle. So disini sedikit sebanyak memberi kami view akan urusan event management neh. Setiap group diwajibkan membuat persembahan tapi paling sedih...persembahan group ku kena reject coz hampeh.. Adus!! malu siot. Last2..group aku hantar wakil untuk duet aje..Haha.. (aku xwat persembahan).. So far malam persembahan kami berjaya. Dan disini jugak aku tau yang salah seorang pegawai PTD (sama macam aku) adalah FAIRUZ SELAMAT. Korang tau sape beliau?? Ingat QIUFACE (betol x ejaannya aku xsure) dan ANTZ dulu2. Alah zaman BOBOI dulu. Haa si FAIRUZ ni salah seorang PTD dan kini berkhidmat di KDN. Kagum gak aku ngn budak sorang neh.. Even jd penyanyi...leh jadi PTD dowh.. Huhu.. Malam ni dia sama2 buat persembahan solo. Boleh laa.. (artis kot..)..

Kalau ari mula2 aku rasa lama sgt kursus neh tp padahal kejap je rasa. Pejam celik pejam celik tibalah ari Jumaat. Aku rasa malas plak nak balik (kalau balik..kena g kerja lak..). Tapi nak xnak kena balik jugak. Area 2.30 ptg kami check out n kuar makan di sekitar Kemanan n singgah beli kopok leko..otak2...sata (semua ni benda kebanggaan Ganu kite..).

Lepas hantar kawan2 yg naik flight kat Airport Kuantan..aku gerak ke S.Alam. On da way...selamat tp sesat sampai ke Genting.. Haha aku malas citer sebab apa tp yg penting aku selamat sampai. Nasib baik ada 2 ari masa free so xde la aku kena kembali ke office pada keesokan harinya..


Maro says: "Kat mana pun level anda..jgn lupe org bawah. Hormat mereka kalo nak mereka hormat kita".

Monday, March 15, 2010

Tokoh Terkenal Kekal Bujang

Keistimewaan setiap individu semakin terserlah apabila sesuatu yg dihasilkan menjadi sanjungan ramai. Selain daripada kepandaian yg luar biasa, kebanyakan mereka juga mempunyai tabiat yg pelik. Kebanyakan daripada mereka juga kekal bujang hingga ke akhir hayat.

Antara tokoh2 terkenal tersebut ialah penulis Inggeris, Horace Walpole. Walaupun beliau pernah jatuh cinta namun beliau tidak berpeluang untuk melamar wanita tersebut (Kesian..haha). Begitu juga dengan komposer terkenal dari Jerman. Beethoven, penulis Denmark Hans Andersen, ahli falsafah Perancis Voltaire dan pelukis Itali Micheangelo.

Kebanyakan mereka tidak berkahwin kerana mempunyai sebab2 tertentu. Penulis esei Inggeris, Charles Lamb tidak berkahwin kerana kakaknya sakit. Pemuisi Inggeris, Alexander Pope pula kekal bujang kerana ibunya. Seorang lagi ahli sejarah Inggeris Gibbon mengekalkan status bujangnya kerana beliau terlalu gemuk.


Maro says: "Mahu menjadi tokoh terkenal yang kawin muda.Ha3"

Suatu Hari Yang Hampir

Suatu hari manusia pasti kesal
betapa jahilnya dia
betapa berdosanya dia
betapa lekanya dia

Pada hari itu
barulah manusia sedar
betapa hinanya dia
betapa bongkaknya dia
betapa butanya dia

Pada hari itu
barulah manusia faham
apa ertinya iman
apa ertinya ibadat
apa ertinya Islam

Pada hari itu
barulah manusia gementar
akan dosanya di dunia
akan seksa api neraka!

Masihkah manusia tak tahu?
atau pura-pura tak tahu
akan hari itu



Maro says: "Selagi masih diberi kesempatan...gunakanlah sebaiknya semoga kita berada di dalam golongan yang berjaya dunia dan akhirat. Amin..."

Sunday, March 14, 2010

Kenang Jasa

Lama dah aku x bukak blog aku neh. Apatah lagi nak publish post baru. Hu3. Bkn pe, malas, bizi n xde ape nak tulis. So drp aku duk merapu xtentu pasal, xtentu hala baek aku diam. xgitu?

Skg ni pun aku xde idea pape utk ditulis tp since aku terbukak blog aku neh...terlintas plak palotak aku akan satu perkara isitu KENANG JASA.



Dalam life kite ni try pikir balik sape yg lahirkan kita, besarkan kita, didik kita, hantar kita kesekolah n semua lah. Alhamdulillah aku masih waras dan ingat akan semua jasa mereka ini. Thanks ma, thanks abah. (Tanpa mereka, aku xde skg n aku xkan sampai ke level skg).

Next.. sape lagi yg pernah buat jasa kat kita? Abang? Kakak? adik?..mereka semua ni pun pasti pernah menabur bakti dalam hidup kita. Mustahil lah kalau dalam family kita tu, kita hanya lakukan everything alone...unless kita anak tunggal lar. So apa salahnya kalau kita ucap terima kasih. Tak rugi! Dan xsalah untuk kita balas balik jasa mereka ini.

Cikgu, lecturer, akak jaga makmal, pakcik tukang kebun, makcik cleaner pun semuanya telah berjasa pada kita. Cikgu2 lecturer2 xpernah kenal erti lelah untuk mendidik kita agar nanti lahir manusia berjaya. Harus diingat keberkatan ilmu yg dicurahkan menjadi titik tolak kejayaan kita semua. Ingat lah mereka dan hargailah mereka. Usah kita ungkitkan pukulan mereka dulu, libasan rotan dulu atau mungkin tamparan pada ketika itu...ayuh kita muhasabah kembali significant disebalik semua itu. Adakah kita berjaya kini tanpa tindakan mereka itu? Mungkin tidak...merci beacoup cikgu..lecrurer dan semua..

Kawan2..hidup xbermakna tanpa kawan. "Berkawan biar seribu, bermusuh biar satu"..(kalo boleh jgn cari musuh). Thanks a lot to all my friends for ur help.

Sahabat? Sebenarnya selain family, cingu2, kwn2..aku ada seorang sahabat yg telah banyak berjasa pada aku. Alhamdulillah syukur kupanjatkan ke hadrat Illahi kerna dipertemukan aku dgn dia. "Satu2nya org yg paling aku respect n satu2nya manusia yg aku anggap sahabat dalam dunia ini"..

Terlalu byk budi yg telah ditaburkan kat aku. Xperlu kot aku tulis semuanya tp yg pasti semua pertolongan sahabat ini memastikan aku berada disini skg. Pernah aku terlintas , kalau tidak kerana dia (juga kehendak Allah S.W.T) pasti susah hidup aku. Terima kasih sahabat..aku janji akan aku balas jasamu nanti.

Itu senua kes yg kenang jasa. Yg xreti kenang jasa? Berlambak!! Ini yg aku cukup anti. Cukup benci. Bukan saja xreti kenang jasa malah nak memburuk2kan kita lagi. Inilah dia manusia zaman skg yg xkenal dek untung.

Ramai yg aku kenal selama ini berlagak baik padahal 'plastik' semuanya. Time susah wat muka sedih dtg mintak tlg tp time senang? Cam haram! Xcukup dgn itu, siap bwk mulut kat others nak buruk2kan kita yg dulu pernah bantu mereka. Bodoh kan? Honest..cukupku anti manusia speasis ini. Xtau la kalau kena kat aku. Tp satu kes kena kat sahabat aku. Sapa sangka kawannya dulu kononnya abg, keluarga (masa tu la nak mintak tolong) tp skg pakat mengutuk n wat cerita dibelakang. Firaun btol la! Tidakkah mereka ingat hidup ini xlama? Ingatan buat mereka...u all xkan lepas punya la. Kalau xkena kat sini...tunggu je kat sana nanti. Allah Maha Adil...Xmau kutuk lebih2 just harap sesiapa yg berkenaan bwk2 bertaubat la. U all ingat semula...kalau x sahabat aku yg tolong dulu...u all entah kemana. Aku pun xheran dgn cerita2 u all. Andai betul jawatan2 / pencapaian2 yg u all pegang..prove it! Buktikan anda hebat.. Tapi kalau anda hanya bermodalkan air liur..hehe...selamat jalan.

Byk pulak aku menaip kan.. amarah membuatkan aku terlupa. Kesimpulannya...ayuh kita sama2 balik ke akar umbi. Dimana sekalipun kita disaat ini...ingat kembali mereka yg pernah sama2 disisi. Xperlu ucapan terima kasih mahupun hadiah2 hebat...tp cukup sekadar kita hargainya.

Maro says.. "Xperlu bercakap pasal UKHUWAH kalo anda hanya tahu ejaannya" (itupun kalo betul eja)

Saturday, February 20, 2010

Ministry of Finance

19 Februari 2010
Hari yang sangat penting dalam hidup aku. Selepas menghadiri taklimat dan menerima surat watikah lantikan dan penempatan semalam.. kini aku bergelar seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Seawal jam 6.45 pagi, aku gerak ke Putrajaya dan sampai disana lebih kurang jam 7.30 pagi. Arini aku melapor diri di Kementerian Kewangan Malaysia. Dan arini aku kenal ramai kawan2 baru. Dari UTM ada, Multimedia ada, dan yang paling penting..bukan aku seorang produk UiTM. Ada 2 lagi kawan dari UiTM yang ditempatkan di kementerian bersama dengan aku ini.

Arini aku n others just lepak dalam library for the whole day. Ini disebabkan kami masih belum ditempatkan di mana2 bahagian. Imagine, aku lepak dalam library dari awal pagi sampai pukul 5 petang. Mujur x kena frost tulang aku neh. Haaha..

Solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya.

Tepat pukul 5 petang, tulis nama dalam buku then aku balik. Alhamdulillah arini aku xsesat. Haha.. Kesimpulannya, arini xde pape menarik berlaku. Harapan memang nak start keje arini (yoyo'o je cakap) tapi dah xde tempat lagi...xpe la.haha


Maro says: "Jangan jadik bodoh sombong! Xguna ko cakap banyak tapi no point".

My New Life

18 Februari 2010..
Bermula satu detik baru dalam hidup aku. Sapa sangka aku leh jadi Pegawai Tadbir & Diplomati (PTD). Huhu. Tapi ni lah yg dikatakan rezeki.

Arini jugak 1st time aku drive sorang2 from S.Alam to Putrajaya untuk lapor diri di Auditorium Jabatan Perdana Menteri. Dek kerana xberapa tahu jalan kesana maka awal2 pagi lg aku da gerak kesana. "Bismillahhirrahmanirrahim...". Alhamdulillah aku selamat sampai. Hati aku x tenang memikirkan ape akan berlaku nanti. Aku lihat ramai orang dah sampai ke Auditorium tu. Mesti mereka semua pun nak lapor diri spt aku. Ada yang datang sama family, ada yang bergelak ketawa sesama rakan. Mungkin datang dari institusi yang sama. Aku? Sorang2 je. Aku tgk semua yg datang hebat2 belaka. Terasa kerdil jek aku neh. Haha...Ah! Persetankan mereka. Kalo aku leh sampai kat situ..means aku pun sama level ngn mereka la.

Memula aku kenal, brader nama Fariz dari Pasir Puteh. Agak poyo sket la so sembang2 jap then aku blah. Malas nak layan. Sementara tunggu register kat kaunter aku kenal Syafiq dari UTM. Em kwn camni la yg aku cari. Bagus bdk ni...tgk gaya mcm org berada tp attitude aku salute. Cara bercakap semua ok la. Habis setakat ni...

Masuk dalam Auditorium..dek kerana excited (kononnya) leh plak aku tersilap tempat duduk. haha wat malu muke jek. Lepas duduk seat yg sepatutnye aku kenal pulak member baru, Anuar. Dari Tumpat, Kelantan. (wah!!! ore kampung kito!!!).Haha.. Ni dah mcm sesi cerita pasal kwn2 aku lak ek..haha. okeh stop stakat ni..

Taklimat diberikan oleh En. Taqiuddin and beberapa org lagi (xingat nama). Bapak ngantuk mate aku. Smalam tdo lewat. Tapi jap jek coz lepas tu mate jadi xngantuk. Sebab pe?? sebab diorang duk cerita benda2 xbest sepanjang jadi PTD neh.. Hampeh tol!.

Sesi seterusnya ialah Penyerahan Surat Penempatan kepada pegawai2 baru (termasuk aku la). Cuak aku dibuatnye. Mana xcuaknye..semua xtau pun akan ditempatkan dimana n bila dapat surat tu kena terima je. Pendek kata, kalo kena kat Sabah ke, Sarawak ke or mana2 la..kena pergi. Aduh... aku tgk sume pegawai2 baru ni 'pucat lesing' (teramat pucat) belaka. Takut la tu. Aku pun takut!!! Lepas dapat surat kena pergi lapor diri terus pada petang itu n for those yg dapat outside Putrajaya kena lapor diri keesokan harinya. Tak bestnye hati aku time tu.. Tapi kesimpulannya aku ditempatkan di Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di Putrajaya. Alhamdulillah!!!! aku gembira gile2 time tu. Yela, dapat area Putrajaya means aku leh stay kat S. Alam la (umah aku sewa sekarang). Lagipun jarak xjauh sgt. dalam 40 minit aje.

Satu lagi berita gembira! Disebabkan sesi penyerahan surat tu terlalu lama so pihak JPA benarkan kami lapor diri pada keesokan harinya. Yahoo!!!!! Nak runtuh bangunan tu bile semua pakat jerit n tepuk tangan. Haha (Nampak sangat semua malas keje lagi). So aku boleh balik awal...

Lepas solat asar kat Masjid Putra, Putrajaya aku gerak balik ke S. Alam. Sepatutnya dalam 40 minit leh sampai la tapi aku sesat sampai ke Kuala Lumpur. Huhu..imagine aku 1st time masuk KL, sesat pulak tu. Risau gile aku time tu. Tapi aku cool. Cari mana2 jalan yg aku rasa betol (maen teka je..haha) then alhamdulillah selamat jugak akhirnya. Sesat punya pasal. Erm.. itu saja untuk harini. Esok aku start lapor diri kat Kementerian Kewangan Malaysia. Moga2 aku berjaya disana. Amin...



Maro says: "Bwk keta tengok signboard. Kalo x anda sesat".

Saturday, February 6, 2010

"3SpiES" PATAH SAYAP!!

Dalam kisah sebelum ini, '3SpiEs' telah berjaya membongkar kisah n menangkap Pak Lampir di sekitar Pangsapuri Resak. Hebat sungguh mereka!!

Berita terbaru! '3SpiEs' patah sayap. Salah seorang member team penyiasat neh telah mengalami kecederaan dek kealpaan diri beliau sendiri. Haha (Gelak plak). Ketika menyelongkar locker (kononnye investigate lar), boleh plak tersadung pintu locker so member ni mengalami kecederaan yg agak serius la. (Boleh merosakkan masa dpn beliau dalam '3SpiEs' ni).

Luka kat bdn die tu mak aiih!! mesti sakit! So member2 len segera mengejarkan (nek kereta) beliau ke klinik berdekatan untuk menyelamatkan member tersayang neh.Haha.
Tp pape pun ALHAMDULILLAH semua selamat. Sepatutnya luka tu kena jahit tp member tu xnak so dokter guna gam (Gam cap Gajah kot.haha).

Kami..member '3SpiEs' yg len mendoakan agar member neh cepat sembuh dan dapat kembali beraksi menyelamatkan penduduk bumi!! (Macam ottomen lak). InsyaAllah dua tiga ari lagi sembuh la tu. Tapi? Beliau dinasihatkan dokter untuk tidak mandi selama 3 hari. Huk3..habis la kami...:)

Wednesday, February 3, 2010

Tragedi Pak Lampir

Aduh! Ngantuk mata aku nak wat CONCEPTUAL PAPER neh. Biasa la kalo bab2 ilmiah ni mula la syaiton bertenggek atas kelopak mata aku. Kalo bab maen2, celik sakan!! huhu
Rehat jap dari perah palotak buat assignment so aku nak tulis pasal Pak Lampir..

Biase org dgr nama Mak Lampir kan? Tapi ini ada satu penemuan terbaru iaitu Pak Lampir yg berkeliaran di sekitar Pangsapuri Resak, Shah Alam. Hu3 (seram plak nak cerita). Tak kira masa, tak kira waktu bila Pak Lampir bersama gajetnya..maka mengilailah dia. Hiihii..huhuu..hahaa.
Sampaikan seluruh penghuni Resak bleh dengar hilaian Pak Lampir itu..haha

Tak tahan dgn situasi kureng selesa ni maka 3 penyiasat sulit digelar '3SpIEs' mula mengorak langkah menyiasat sapa la Pak Lampir yg sebenar. Modus operandi?? Mudah! tunggu deringan handset dan serang!!! "Tenet..tenet" (imagine that it is a scary ringtone)..Pak Lampir mula berbicara..sekejap je pastu..hihihi hahaha..huhu.. '3SpIEs' yg dah lali dgn bunyi tu xkisah sgt tp anak2 kecil disekitar Resak mula tak keruan. Pakat nangis mencari ibu ayah. "Amma!! Appa!!".

'3SpIEs' mula bertindak. Dirempuh pintu dimana Pak Lampir beroperasi lalu tertangkap lah sudah sosok misteri yg sering menghantui penghuni Resak..

Tamat la kisah...Siapa Pak Lampir itu?? Hanya '3SpIEs' yg tahu..hahaha
p/s: Kpd Pak Lampir..mohon maaf diatas artikel ini.Huhuhu :)

Saturday, January 30, 2010

"BPC Gathering 13,14,15"

Salam
Aku ni boleh dikire pucuk baru la dlm dunia blogger neh. Bukan xtau akan kewujudan free blog neh tapi sebab aku xde internet connection yg tetap. Tapi skg xlagi coz dah masuk 'Strimik'.haha. So kalo u all prasan, baru beberapa post yg aku buat. Satu lagi menjadi budak MASTER neh kdg2 xde masa nak tgk benda alah ni.Hehe

Skang pk 2.57am. Badan dah letih, mata dah layu, urat dah sakit. Actually aku baru stop wat essay Dr. Zu. Suppose aku kena submit 2 hari lagi. Imagine aku kena wat essay 4000 words tp at this moment...baru 1000 lebih.. Amma! Appa!! Dah berasap palotak aku. Cani gaye baek aku try electroconvulsive therapy.Haha

Sebelum aku tdo..tringat plak 13, 14 and 15 Feb nanti pihak BPC UiTM Kelantan akan menganjurkan camping ala2 reunion buat komander2 BPC UiTM Kelantan la. So aku pun dijemput la jgk. Wat kat Lata Rek dengar kata. Kalo aku join nanti, means cuti nanti aku balik Klate lar. Lame dah xbalik sana.Rindu gak kampung nenek aku. Rumah sahabat aku (keluarga angkat) pun dah lama xpergi. InsyaAllah kalo sempat, aku kesana nanti.

Bercakap pasal BPC Gathering neh cuak gak aku, ape yg akan depa buat time program nanti. Jangan buat pertandingan kawad sudah lar..Haaha. Sejak aku resign dari Komander BPC masa part 6 dulu, terus aku xkawad sampai sekarang. Sahabat aku laen lar, die still active komander untill now. Satu lagi yg aku xsabar...nak gi Lata Rek. Haha. Bkn pe sejak aku Form 3 di MRSM PT dulu lagi aku idam nak pergi situ tapi xsampai2. So insyaAllah nanti dapat lar aku kesana and moga2 perjalanan program itu nanti berjalan dgn jayanya tanpa sebarang masalah dan musibah. Amin.

Buat Encik Nawi n Komander2 baru...jumpe kami disana!!! :)

Thursday, January 28, 2010

Muhammad Amar Zafran


23 Januari 2010 (1.30am)
Tahniah buat Mohd Amirul Azman & Nor Surianti diatas kelahiran anak pertama mereka, Muhammad Amar Zafran.

Bertambah seri dalam keluarga aku. Amar, jadi lah anak yg soleh n beriman yang akan memberi kebahgiaan buat papa n mama ek.

Dilema Januari

Bulan Januariku bermula dgn hawa yg biasa..
Bergelar budak MASTER menjadi impian aku dan ia sudah menjadi kenyataan. Sebelum ni aku betol2 kagum ngn sape yang sambung MASTER termasuklah sahabat aku. Tapi bile aku sendiri yg masuk...biase je..hahaha
Tapi itulah lumrah manusia, mase xde nak..masa ada bukan nak syukur..

Bercakap pasal dilema..
Tengah syok2 aku mencari article2 conference, akak aku call kate ada surat dari JPA. JPA offer aku kerja as P.T.D. Adus!! xpernah terlintak dibenak fikiran aku untuk mintak kerja ni. Tup! Tup! siap panggil lapor diri. Semua orang suruh aku terima especially sahabat aku. Mereka kata "ko orang xwaras n bodo la kalo ko tolak offer tu"..haha sampai ati korang.

Cakap pandai la. Hati kita,,kita je yang tau kan. Keupayaan kita,,kita yg tau kan.. Persetankan kata2 mereka..aku muhasabah diri sengsorang.. Allah dah beri aku peluang keemasan untuk aku buktikan pada family aku (especially) yg aku bukan budak U je tp aku anak yang mampu capai sesuatu yang lebih dari yang lain. (Ceh! ckp bagai nak rak).

Dilema ni masih lagi aku pikirkan dalam palotak aku...tetibe dapat call dari KP aku, aku dapat satu lagi offer kat UTP. Semua ni datang serentak. Problemnya aku dah pon start kelas Master aku. Apa patot aku buat?

Aku xsepatotnye dgr kata2 mereka. Keputusan di tangan aku. Masa depan aku, biar aku yg tentukan. Betol x?? Tp..tanpa mereka, aku xsampai ketahap neh. Aku xleh kecewakan mereka.
Situasi memerlukan pengorbanan..

Pages

Bon Anniversaire!!

Daisypath Happy Birthday tickers